13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :
Kekurangan Omega 3 Punca Utama Kematian di US

.

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard mengenai 10 penyebab utama kematian di Amerika Syarikat mendapati kekurangan asid lemak Omega 3 menjadi salah satu sebab utama. Malaysia pula bagaimana ya?

.

https://www.diamondherbs.co/30-impressive-benefits-of-fish-oil-that-improve-health/
Punca kadar kematian di US

.

https://www.diamondherbs.co/30-impressive-benefits-of-fish-oil-that-improve-health/
Pemakanan menyumbang kepada 90% masalah Penyakit Jantung di US dan UK

.

Manfaat dari sudut kesihatan yang berkaitan dengan minyak ikan ni banyak dan berbeza-beza.

Ia unik kerana keupayaannya untuk membantu dalam merawat pelbagai penyakit sebagai contoh kolesterol tinggi, kemurungan, ADHD, kegelisahan, kesihatan jantung, untuk sistem imun yang lemah dan untuk kesihatan mata.

.

Ada yang terkejut apabila mengetahui bahawa minyak ikan telah wujud sejak sekian lama. Kajian telah dijalankan sejak sedekad yang lalu untuk lebih memahami kepentingan Omega-3 dan Omega-6 dalam diet seharian.

.

Untuk Malaysia, Mira tak jumpa pula study yang specific tentang malnutrition of Omega 3 tapi kajian tentang pengambilan Omega 3 dan Omega 6 antara pelajar dan ibu mengandung serta ibu yang menyusu ada dijalankan.

.

30 Kebaikan Minyak Ikan Omega 3
Pengambilan sumber Omega 6 dan Omega 3 oleh pelajar di kampus IMU, Malaysia

.

Menurut pengkaji, pengambilan Omega 3 di kalangan ibu mengandung dan ibu yang menyusu amat-amat membimbangkan kerana pengambilannya adalah sangat rendah. Data di bawah ini berdasarkan kajian yang dijalankan di sebuah klinik kesihatan di Putrajaya.

.

30 Kebaikan Minyak Ikan Omega 3
Pengambilan Omega 3 dan Omega 6 di kalangan ibu mengandung dan ibu menyusu

.

Dilaporkan Rakyat Malaysia hanya mengambil 0.22 sehingga 0.28% sahaja Omega 3 jika dibandingkan dengan kuantiti yang dicadangkan oleh RNI. Bukan itu sahaja, ratio atau nisbah pengambilan Omega 6 ke atas Omega 3 adalah 20: 1.

.

Ratio ini sangat-sangat membimbangkan.

.

30 Kebaikan Minyak Ikan Omega 3

.

.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3:
Bagaimana Minyak Ikan bermanfaat kepada manusia ?

Kita semua memerlukan makanan yang kaya dengan nutrisi dan salah satunya ialah makanan laut tetapi bagaimana pula dengan orang-orang yang tidak suka makanan laut ? Atau mereka yang tidak mampu untuk membeli makanan laut yang bermutu?

.

30 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3

.

Supplement minyak ikan mula merupakan alternatif nya. Asid Lemak yang kaya dengan nutrien yang terdapat di dalam minyak ikan kini boleh didapati secara meluas dalam bentuk kapsul.

Minyak ikan. Makan la ikan hari-hari. Hhhmmmmmm…. tau tak dalam ikan yang besar-besar tu lagi banyak toxin ?!!

.

30 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3
Kandungan merkuri dalam makanan laut

Itu belum masuk bab logam berat seperti merkuri. Itu antara sebab kenapa alternative kepada sumber Omega 3 sangat penting. Toxin dalam ikan ni salah satunya berpunca dari manusia sendiri. 🙁

.

.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :
Berapa banyak minyak ikan yang diperlukan?

.

Jumlah minyak ikan yang diperlukan bergantung kepada diet dan kesihatan kita. Bagi sebahagian besar dari kita, minyak ikan diperlukan untuk diet sepanjang minggu, bahkan setiap hari, tetapi bagi orang yang menikmati makanan laut lebih kerap, maka keperluannya secara semula jadi menurun.

.

30 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3

Tanpa asid lemak dalam sistem badan, keradangan mudah berlaku dan boleh mengakibatkan penyakit kronik. Itu antara kebaikan yang Minyak Ikan tawarkan kepada kita. Sifat anti radang.

Bukan itu sahaja, yang nak kurus tu, Omega 3 ni sangat membantu dengan menaikkan tahap metabolisma dalam badan. Nak Slim ? Exercise, Jaga Makan dan Ambil Omega 3.

Sifat antiradang ini juga yang membantu dalam masalah kerapuhan tulang as well. Baca di SINI. Omega 3 nie baik untuk serba serbi. Even anak-anak kecil pun sangat perlukannya terutama mereka yang mengalami masalah Ekzema.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :
Berapa banyak omega 3 yang diperlukan sehari?

Secara keseluruhan, kebanyakan organisasi mengesyorkan sekurang-kurangnya 250-500 mg gabungan EPA dan DHA setiap hari untuk orang dewasa yang sihat.

Walau bagaimanapun, jumlah yang lebih tinggi sering disyorkan untuk keadaan kesihatan tertentu.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :
Apakah manfaat mengambil supplement minyak ikan?

Kekurangan pengambilan diet berasaskan makanan laut boleh ditampung dan diseimbangkan dengan pengambilan minyak ikan.

Minyak ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 yang merupakan lemak penting yang sangat diperlukan dalam diet seharian.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :
Manfaat Minyak Ikan untuk Kesihatan

Terdapat ratusan jika tidak beribu-ribu manfaat kesihatan minyak ikan yang kita ketahui dan tidak diketahui sehingga kini. Tapi yang pasti, minyak ikan sangat bermanfaat untuk manusia.

Cara terbaik untuk mendapatkan semua manfaat minyak ikan (dari omega ke sifat anti-keradangan) adalah dalam bentuk kapsul atau minyak. Minyak Ikan dalam bentuk kapsul ni banyak dijual dengan jenama yang berbeza dan dos yang berbeza.

So perhatikan label betul-betul ya semasa membeli minyak ikan ni. Kita perlu pastikan kandungan minyak ikan yang optimum dan bukan filler semata-mata. Filler ni bahan lain yang ada dalam minyak ikan.

30 Kebaikan Minyak Ikan Omega 3
Pelbagai brand sumber Omega 3

Pelaburan untuk kesihatan itu kan lebih berbaloi. InsyaAllah kita meniti hari apabila usia meningkat dengan kesihatan yang lebih baik. Aminnn..

Tau tak, minyak ikan ni antara supplement yang paling popular sekarang ni due to benefits yang minyak ikan ni berikan kepada manusia.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

Kebaikan dan Manfaat Minyak Ikan Omega-3

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

1. Untuk Kanak-kanak ADHD dan Kanak-kanak Normal

Kajian 16 minggu ke atas anak-anak ADHD menunjukkan perubahan dari segi “Attention”. Kajian lain juga pada anak-anak ADHD pada tahun 2012 pula menunjukkan perubahan yang signifikan secara statistik ke atas kategori :

1. Kegelisahan
2. Agresif
3. Penyelesaian kerja dan
4. Prestasi akademik

Kata Dr. Alex Strauss, tanpa ADHD atau dengan ADHD, Fish Oil dapat membantu anak-anak untuk lebih focus. Rupa-rupanya Omega 3 dalam Fish Oil ni antara building block yang penting untuk Otak.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

2. Penyakit / Pesakit Alzheimer

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 untuk Penyakit / Pesakit Alzheimer

Asid lemak Omega-3 penting untuk fungsi otak. Ia bukan sahaja dapat memperlahankan penurunan kognitif, tetapi dapat membantu mencegah atrofi otak pada orang dewasa yang lebih tua.

Kajian melibatkan Alzheimer dan Minyak Ikan

Satu kajian yang diterbitkan dalam FASEB Journal menunjukkan memang terdapat kesan positive terhadap kesihatan dengan pengambilan supplement MInyak Ikan dan sumber antioksidan selama 4 hingga 17 bulan.

Penemuan ini mengesahkan potensi minyak ikan untuk digunakan sebagai sumber untuk menangkis tanda-tanda penurunan kognitif dan penyakit Alzheimer.

Kognitif adalah kemampuan berpikir dan memberikan rasional, termasuk proses mengingat, menilai, orientasi, persepsi dan memperhatikan (Stuart & Sundeen, 1987).

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Rhode Island Hospital melibatkan individu dewasa yang lebih tua; dimana 229 individu kognitif, 397 pesakit dengan gangguan kognitif ringan dan 193 pesakit dengan penyakit Alzheimer.

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara supplement minyak ikan dan tanda-tanda penurunan kognitif.

Mereka dinilai dengan ujian neuropsikologi dan pencitraan resonans magnetik otak setiap enam bulan dalam keadaan mengambil supplement minyak ikan.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 untuk Penyakit / Pesakit Alzheimer
Perbezaan otak yang sihat dan otak pesakit Alzheimer

Kajian mendapati bahawa individu dewasa yang mengambil minyak ikan (Individu berisiko mengalami Alzheimer dan individu yang tiada risiko genetik Alzheimer) mengalami penurunan peratusan yang sangat signifikan dalam risiko penurunan kognitif dan pengecutan otak dibandingkan dengan individu dewasa yang tidak mengambil minyak ikan.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

3. Anxiety / Kebimbangan

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : Anxiety / Kebimbangan
Kebimbingan atau depressi antara penyakit zaman moden

Jurnal Neurosains Eropah menerbitkan satu kajian pada tahun 2013 yang menunjukkan minyak ikan mampu menerbalikkan kecenderungan kebimbangan dan depressi ke atas tikus.

Kajian ini menekankan kepentingan pengambilan minyak ikan ketika “critical periods of brain development” iaitu ketika kanak-kanak masih kecil supaya mereka tidak berhadapan dengan risiko kebimbangan atau depressi di kemudian hari.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : Anxiety / Kebimbangan

Tiba-tiba teringat pula Mira dengan kes kanak-kanak 11 tahun bunuh diri. Kecik-kecik pun dah pandai stress budak-budak zaman sekarang kan.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

4. Artritis

Kajian selama 18 bulan yang diterbitkan pada tahun 2014 yang menilai bagaimana minyak borage (kaya dengan GLA) dan minyak ikan mampu merawat pesakit dengan artritis reumatoid.

 13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : rheumatoid-arthritis

Kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga kumpulan (1. Individu mengambil Minyak Ikan, 2. Individu mengambil minyak borage, 3. Individu mengambil kedua-dua unsur) “memperlihatkan pengurangan yang ketara” dalam  aktiviti penyakit tersebut.

 13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : rheumatoid-arthritis
Tahap-tahap dalam aheumatoid arthritis

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

5. Melawan Kanser

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : Melawan Cancer / Kanser

Kajian saintifik mendapati bahawa minyak ikan boleh membantu mencegah dan membunuh pelbagai jenis kanser, termasuk kolon, prostat dan payudara.

Penyelidikan membuktikan bahawa minyak ikan menjadikan dadah atau ubat untuk rawatan kanser menjadi lebih berkesan, tetapi ia juga merupakan natural cancer treatment.

Kajian saintifik yang diterbitkan pada tahun 2013 melihat asid lemak tak tepu omega-3 dan pencegahan kanser prostat. Penyelidik menyimpulkan bahawa ada banyak bukti menunjukkan bahawa omega-3 mempunyai kesan antiproliferatif – yang bermaksud menghalang pertumbuhan sel kanser – dalam sel-sel kanser, model haiwan dan manusia.

Di samping itu, “kesan langsung ke atas sel-sel kanser” dan kesan anti-radang yang tidak langsung ke atas sistem imun yang melawan kanser mungkin menyumbang kepada keupayaan asid lemak omega-3 untuk menghalang pertumbuhan tumor.

Kajian saintifik pada tahun 2014 menilai penemuan kajian mengenai pengambilan omega-3 berhubung dengan pencegahan dan rawatan kanser payudara, kanser yang paling lazim di kalangan wanita.

Kajian mendapati bahawa EPA dan DHA, serta ALA, boleh menghalang perkembangan tumor payudara secara berlainan.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : Melawan Kanser

Menurut kajian ini, terdapat bukti kukuh untuk menyokong penggunaan omega-3 sebagai “campur tangan pemakanan dalam rawatan kanser payudara untuk meningkatkan terapeutik konvensional, atau berpotensi menurunkan dos efektif.”

Selain itu, satu kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa “Pengambilan sumber ikan yang sangat tinggi pada awal keremajaan hingga pertengahan umur mungkin dikaitkan dengan penurunan risiko kanser payudara.”

Minyak ikan juga dikatakan berguna untuk  kanser endometrium. Satu kajian saintifik yang diterbitkan dalam American Journal of Nutrition Clinical mendapati bahawa “pengambilan rantai panjang omega-3 mengurangkan risiko kanser endometrium pada wanita yang mempunyai berat badan normal”

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

6. Penyakit Kardiovaskular

Menurut Institut Penyelidikan Kardiovaskular di Maastricht, Belanda, “Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa penggantian lemak dengan karbohidrat mungkin lebih buruk akibatnya. (daripada diet jenis lemak tinggi yang diamalkan oleh orang Barat)

“Ini termasuk asid lemak minyak ikan dengan sifat anti-radang, yang boleh membantu mencegah dan membalikkan banyak penyakit kardiovaskular.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : 6. Penyakit Kardiovaskular

Kajian juga mendapati bahawa asid lemak omega-3 dari minyak ikan dikaitkan dengan kadar survival yang lebih tinggi di kalangan mangsa serangan jantung.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation mendapati bahawa individu yang mengambil dos minyak ikan yang tinggi  (setiap enam bulan) berikutan berlakunya serangan jantung sebenarnya meningkatkan fungsi jantung mereka secara keseluruhan dan juga mengurangkan biomarker keradangan sistemik.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :
7. Kemurungan

Minyak ikan boleh membantu gejala kemurungan yang dialami tikus, tetapi bagaimana dengan manusia?

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : Atasi Kemurungan

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutritional Neuroscience menilai kesan suplemen minyak ikan pada kepekatan metabolit prefrontal pada remaja dengan gangguan kemurungan teruk.

Penyelidik mendapati terdapat penurunan sebanyak 40 peratus dalam gejala gangguan kemurungan selain peningkatan kandungan asid amino dan kandungan nutrisi di dalam otak, khususnya, korteks prefrontal kanan dorsolateral.

Minyak ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang baik, yang memainkan peranan penting dalam fungsi otak.

Orang yang mengalami kemurungan mungkin mempunyai asid eikosapentaenoic (EPA) dan docosahexaenoic asid (DHA) yang rendah dalam darah.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

8. Diabetes

Satu kajian yang diterbitkan dalam Brain Research menunjukkan sejauh mana minyak ikan boleh memberi kesan kepada pesakit diabetes.

Penyelidikan mendapati bahawa minyak ikan boleh membantu mengurangkan risiko pesakit kencing manis daripada mengalami tanda-tanda kognitif kerana ia melindungi sel-sel hippocampus daripada dimusnahkan.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : 8. Diabetes - Kognitif

Kajian itu juga menunjukkan bahawa minyak ikan boleh membantu mengurangkan tekanan oksidatif, yang memainkan peranan penting dalam perkembangan komplikasi diabetes, sama ada mikrovaskular atau kardiovaskular.

Satu lagi kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa penggunaan minyak ikan boleh mengurangkan risiko komplikasi diabetik mata.

Penyelidikan mengesan penggunaan makanan laut pada kira-kira 3,600 lelaki dan wanita yang memgalami diabetis berusia antara 55 dan 80 selama hampir lima tahun.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : 8. Diabetes - Eye Sight

Para penyelidik mendapati bahawa individu yang mengambil 500 miligram asid lemak omega-3 setiap hari dalam diet mereka mempunyai 48 peratus kurang risiko untuk mengalami retinopati diabetes berbanding mereka yang kurang pengambilan asid lemak omega 3

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :
9. Gangguan Mata

Minyak ikan telah menunjukkan kemampuan untuk mengurangkan masalah gangguan mata yang berkaitan dengan usia.

Pada bulan Mac 2014, para penyelidik Perancis menilai 290 pesakit dengan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD).

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : Gangguan Mata (age-related macular degeneration AMD)

Mereka mendapati diet dengan pengambilan minyak ikan dan makanan laut menyababkan kesan age-related macular degeneration (AMD), jauh lebih rendah dalam pesakit AMD dipercayai berpunca dari paras EPA dan DHA yang tinggi dalam minyak ikan

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

10. Fungsi Sistem Imun

Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa apabila astaxanthin antioksidan digabungkan dengan minyak ikan, kuasa daya tahan tubuh meningkatkan berkali ganda.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 : 10. Immune System

Para penyelidik percaya bahawa hasil kajian ini pastinya boleh digunapakai untuk kebaikan kesihatan manusia.

Mereka menyimpulkan kajian tersebut memperkuatkan lagi kesan positif dalam menggalakkan pengambilan sumber ikan.

Salmon adalah ikan yang secara semula jadi mengandungi minyak ikan dan astaxanthin. Tapi becareful yer, ikan besar nie kekadang high mercury atau logam berat.


13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

11. Kulit dan Rambut

Manfaat kesihatan minyak ikan boleh menjadi sangat luar biasa untuk organ terbesar tubuh iaitu kulit.

Omega-3 untuk Kulit

Minyak ikan menyuburkan kulit dengan kandungan lemaknya dan membantu vitamin larut lemak seperti Vitamin E yang membantu kulit mengekalkan tekstur dan kekenyalan kulit.

Terdapat juga bukti minyak ikan menghalang kedutan dan berfungsi melambatkan proses penuaan.

Kekurangan EPA dan DHA dalam diet menyumbang kepada kelemumur, rambut menipis, ekzema dan psoriasis, serta jeragat.

Kelembapan kulit lebih mudah hilang tanpa Omega-3. Omega-3 membantu mengekalkan kelembapan kulit dari dalam dan terserlah dengan keadaan kita yang sihat.

Pengambilan Supplement Omega-3 adalah jauh lebih ba1k dari penggunaan pelembap konvensional.

Dalam satu kajian, individu yang mengambil minyak ikan (1.8 gram EPA) mempunyai pengurangan yang signifikan dalam gejala ekzema selepas 12 minggu.

Penyelidik percaya bahawa kesan ini mungkin disebabkan oleh keupayaan minyak ikan untuk mengurangkan leukotriena B4, bahan radang yang memainkan peranan dalam ekzema.

Omega-3 dan Psoriasis

Menurut Yayasan Psoriasis Kebangsaan (US) minyak ikan boleh membantu dalam mencegah atau melambatkan penyakit jantung.

Ia sangat baik untuk pesakit psoriasis dan psoriatic arthritis yang berisiko tinggi untuk mengidap penyakit jantung.

Terdapat banyak kajian mengkaji hubung kait Minyak Ikan dan psoriasis dan ada yang terbukti berkesan dan ada juga kajian yang tidak menampakkan kesan.

Sekiranya anda mengalami psoriasis, anda mungkin ingin mencuba supplement minyak ikan, atau menambah pengambilan ikan yang kaya omega-3 secara kerap.

Omega-3 dan Keradangan

Salah satu sebab utama minyak ikan membawa kepada kulit yang lebih sihat adalah hakikat bahawa ia

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa supplement minyak ikan dapat mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh matahari dan memberikan kelegaan ke atas sunburn.

Nak lagi cepat, kena la try kollagen Shaklee. Sahabat Mira, Mumu yang bekerja Keluar masuk hutan tu, bila sunburn ke die terus capai kolagen Shaklee ni. Bila tengok gambar before dan after consumes Shaklee, memang terkejut. Sekarang gojes and flawless giler..

.

.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :
12. Kesuburan dan Kehamilan

Kajian terbaru menunjukkan bahawa penggunaan minyak ikan (atau lebih khusus, asid lemak omega-3 yang ditemui dalam minyak ikan) dapat meningkatkan kesuburan pada lelaki dan wanita.


DHA, yang merupakan hasil sampingan asid lemak omega-3, memainkan peranan utama dalam pergerakan sperma dan kesihatan sperma pada lelaki.Tahap darah rendah DHA telah dikaitkan dengan penurunan kesuburan.

Kajian haiwan telah mendapati bahawa DHA dalam ikan adalah penting untuk mengubah sperma berkepala bulat yang tidak berfungsi ke dalam perenang yang kuat dengan kepala berbentuk kon berbungkus dengan protein pembukaan telur.

Minyak ikan mampu meningkatkan kesuburan wanita dengan mengurangkan keradangan, menyeimbangkan hormon dan mengawal selia kitaran haid mereka.

Minyak ikan juga didapati berkesan dalam merawat keadaan seperti sindrom ovarium polikistik dan endometriosis, yang boleh menyebabkan kemandulan.

Manfaat Omega 3 untuk Ibu dan Kanak-kanak

Sepanjang kehamilan dan semasa menyusu, keperluan omega-3 wanita lebih tinggi daripada biasa. Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, kebanyakan wanita A.S. kekurangan EPA dan terutama DHA  semasa kehamilan kerana plasenta membekalkan janin dengan DHA dari tisu ibu.

Omega-3 DHA adalah blok bangunan yang kritikal bagi otak janin, mata dan sistem saraf.


Setelah bayi dilahirkan, omega-3 masih lagi penting untuk perkembangan otak yang sihat dan fungsi imun. Asid lemak Omega-3 juga dikatakan dapat mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Pengambilan EPA dan DHA boleh membantu kelahiran bayi yang sihat dan memudahkan proses kelahiran. Kehadiran dua unsur omega-3 ini juga membantu menormalkan mood dan membantu pemulihan ibu secara keseluruhannya selepas melahirkan.

.

.

13 Kebaikan Minyak Ikan, Omega-3 :

13. Berat Badan

Penyelidik Australia menerbitkan hasil kajian yang mengkaji kesan minyak ikan pada penurunan berat badan dalam kombinasi dengan pemakanan dan senaman dalam isu American Journal of Clinical Nutrition pada Mei 2007.

Minyak Ikan membantu mengurangkan lemak dalam badan dan kurangkan risiko sakit jantung

Kajian menunjukkan bahawa kombinasi suplemen minyak ikan dan senaman yang kerap dapat mengurangkan lemak dalam tubuh serta meningkatkan kesihatan jantung dan meningkatkan metabolik badan.

Kumpulan yang mengambil suplemen ikan menunjukkan penurunan trigliserida, peningkatan kolesterol HDL dan aliran darah yang lebih baik.

Secara keseluruhannya, pengambilan minyak ikan kepada program latihan semasa (dan gaya hidup sihat) dapat mengurangkan lemak dalam badan serta risiko penyakit kardiovaskular.

Minyak Ikan membantu mengurangkan lemak dalam badan dan kurangkan risiko sakit jantung

Dalam satu kajian, para sukarelawan menggunakan enam gram (6 g) minyak ikan setiap hari selama tiga minggu. Mereka mendapati bahawa jisim lemak dalam badan berkurangan dengan pengambilan minyak ikan.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa diet yang mengandungi minyak ikan mampu mengurangkan lemak dalam badan dan merangsang penggunaan asid lemak untuk pengeluaran tenaga pada orang dewasa yang sihat.

Ingin dapatkan Sumber Omega 3, DHA dan EPA ?

Ingin mendapatkan sumber Omega 3 ? Omega Guard merupakan sumber Omega 3, DHA dan EPA. 13 Manfaat atau kebaikan Omega 3 yang telah disebutkan di atas telah menekankan betapa pentingnya sumber Omega 3 ke atas badan.

Omega 3 bukan sahaja sangat baik untuk mencegah penyakit yang sering melanda warga tua, malah ia merupakan salah satu rahsia dalam menjaga kecantikan tubuh dan paras rupa.

Bukan sahaja untuk orang dewasa, ia juga sangat sesuai untuk kanak-kanak serta remaja. Bahkan bayi dalam kandungan juga memerlukannya. Hubungi Mira jika anda ingin mendapatkan manfaat Omega 3, DHA dan EPA ini.

Ketiga-tiga unsur ini beroleh diperolehi dari Omega Guard yang dikeluarkan oleh Shaklee. Whatsapp Mira untuk mendapatkannya Omega Guard anda hari ini serta Vitamin-vitamin sihat yang lain. Klik pada link.  Mira 012 531 9097

Rujukan

 

  1. https://www.diamondherbs.co/30-impressive-benefits-of-fish-oil-that-improve-health/
  2. http://www.goedomega3.com/index.php/healthcare
  3. http://web.imu.edu.my/ejournal/approved/2.Review_Tony_p04-09.pdf
  4. https://draxe.com/fish-oil-benefits-health/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge