Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Chapati ooo chapati.. Sihat dan mengenyangkan..

 

Dah lama tak share resepi. Today rasanya nak share resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam jenis lembap-lembap gitew. Nak cakap kering pun tak boleh sebab tak kering sepenuhnya.. Just nice to eat with the chapati !

 

Kebetulan tengah hujan kan, dapat makan chapati ni panas-panas mesti best kan!

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Chapati dan Kuah Dhall

 

Normally Chapati nie kebanyakan orang makan dengan Kuah Dhall yang pekat. Memang best nak-nak kalau ada sambal tumis yang pekat tu. Boleh bertambah-tambah tau makan chapati nie.

 

I am not a Chapati lover..

 

Personally Mira bukan peminat Chapati but Mira still ingat my sister love it masa kecik-kecik dlu.

 

Tapi di Melaka ada satu tempat tu terkenal dengan Chapati dan kuah Kacang Poll. Betul ke eje nie ? hahahha.. masa kecik-kecik dulu abah pernah bawak, so Mira layan je makan.. dah tak ingat kat mana..

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Belajar buat Chapati

 

Marrying an Indian guy took me almost 4 years tuk belajar dan buat chapati nie.. hohoohoho.. lamanyer ambik masa. Jawapannya, bila teringin nak makan baru la belajar. Tu pun belajar dari internet.

 

Chapati di India lebih sedap

 

Husband Mira always travel and used to eat Real Chapati dari India. Lagi sedap katanyer so thats the reason kenapa Mira tak eager tuk belajar dan buat.

 

Akhirnya terbuka hati nak belajar buat..

 

Tapi disebabkan si kecik nie macam suke je makan roti, dan Chapati antara yang sihat untuk dimakan, so Mira pun google and buat sendiri. Alhamdulillah, menjadi dan dapat pujian.

 

Yang puji tu Mak mertua, bukan suami sendiri.. hihihihi.. Kira ok la tu kan.

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Dried Chicken Curry aka Kari Ayam ala Rendang

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Kari Ayam kering ala-ala Rendang.

 

Kari Ayam Kering ni kebetulan buat sebab bahan-bahan yang ada kat rumah tak mengizinkan Mira tuk buat rendang ayam. So lepas google, Mira decide untuk buat Kari ayam ala Rendang nie.

 

Rendang ayam jadi Kari Ayam…

Cuba cari resepi ayam tanpa lengkuas tak jumpa tapi jumpa resepi Kari Ayam ala Rendang nie dari blog yang trusted!

Nasib baik Mr Google ada tuk bagi resepi

Mula-mula ingat nak mintak mummy je masak tapi mumy said, u la masak today. So, ape lagi, sinsing jari and google la kan. Alhamdulillah menjadi and suami pun suka.

 

Bukan apa, husband Mira kan dah biasa makan kuah kari mummy masak, takut nanti makan kari Melayu rasa tak best pulak kan.. Tapi kire learning process la ni kan, mana tau dorang suke pulak kari yang Mira buat kan..

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Resepi Chapati yang Lembut

 

Resepi nie Mira ambil dari foodlikeammusedtomakeit. Mira tertarik untuk try resepi nie sebab writer ni tulis in details macam mana mak die buat roti ni dan rahsia kelembutannya.

 

Lagi pun husband Mira dah warning siap-siap, jangan buat chapati keras macam batu! hahhahahha.. belum apa-apa dah kene warning.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Chapati :

 

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah

  • 400g tepung atta / gandum
  • 1 sudu besar butter yang dicairkan atau ghee
  • l/2 sudu kecil garamtablespoons vegetable oil
  • 1/2 cawan tepung untuk menguli (jika perlu)
  • 250ml air panas

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Cara Menyediakan Chapati

 

Proses Menguli

  1. Masukkan 350g tepung atta dan garam dalam mangkuk. Masukkan minyak dan air panas dan kacau gunakan sudu ye. Panas lagi so kacau guna sudu dulu. Guna air panas ni antara tips untuk dapatkan roti yang lembut.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Gambar dari penulis. Air panas, minyak dan tepung disatukan dan dikacau

 

2. Ambil lebihan tepung tadi dan gunakan untuk menguli. Uli sehingga adunan menjadi lembut dan letakkan tepung jika perlu.

 

Penulis nie kata uli mungkin sehingga 5 minit untuk dapatkan adunan yang lembut. Kemudian rehatkan adunan tadi selama 5 minit. Boleh tutup dengan kain atau terbalikkan je any bekas untuk tutup adunan doh kita tadi.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Uli adunan yang dah dicampurkan tadi sehingga menjadi lembut. Letak tepung jika perlu

 

 

Teknik Menguli

 

3. Cairkan butter tadi dan kita dah sedia untuk membentuk chapati.

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Jom mula rolling chapati. Nie gambar owner resepi yer

 

4. Ambil sebahagian dari adunan doh tadi (dalam saiz 8cm diameter) dan kemudian roll menjadi bentuk bulat yang nipis.

 

5. Bila dah roll menjadi nipis, sapukan permukaan doh dengan sedikit butter atau ghee yang telah dicairkan dan gulungkan doh tadi seperti kita roll swiss roll.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Rollkan adunan tadi membentuk bentuk bulat yang besar dan sapukan butter atau ghee yang telah dicairkan

 

6. Gulungkan doh yang dah disapu butter ke arah anda seperti dalam gambar penulis. Katanya seperti bentuk ular gitew..

 

7. Bila kita dah gulung memanjang, kita potongkan kepada 4 bahagian seperti dalam gambar yang penulis dah provide nie.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Potong doh yang kita dah gulung memanjang tadi kepada 4 bahagian. Nie kiranya dah nak masuk final stage sebelum kita mula masak

 

Mira buat untuk kesemua doh yang ada dan kemudian baru Mira get ready tuk masuk the final stage sebelum start masak roti.

 

8. Kemudian lepas kita dah bahagi 4 doh yang kita dah gulung tu, kita ambil 1 dan tegakkannya. Then leperkan guna tangan dan membentuk bentuk bulat seperti dalam gambar nie.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Doh yang telah do=ipotong, ditegakkan dan dipenyetkan membentuk bentuk bulat

 

9. Then kita roll lagi dengan penguli senipis yang boleh. Letak tepung untuk elakkan doh melekat pada penguli atau atas meja semasa proses ini ya.

 

Menurut penulis, roti yang tebal akan lambat masak dan kalau roti kita tak masak sepenuhnya, nanti akan ada rasa tepung yang tak masak masa makan. So pastikan uli sehingga betul-betul nipis.

 

 

Jom masak Chapati

 

10. Bila dah ready, kita dah boleh start masak Chapati nie. Boleh guna pan yang leper tu atau gunakan non-stick pan jer. Mira tak letak minyak pun masa masak chapati nie.

 

11. Letakkan doh yang nipis ke atas pan dan biarkan selama 5 – 10 saat sebelum terbalikkannya. Then lepas terbalikkan tu, tekan-tekan bahagian tepi roti yang akan mula mengelembung untuk memastikan ia masak.

 

Mira akan keep on terbalikkan Chapati till ada warna keemasan keluar. Penulis ada gitau yang roti ni akan masak dalam lebih kurang 1 minit yer. So jangan la biarkan je chapati tu atas kuali.

 

 

Video cara masak Chapati

 

Mira includekan video yang penulis ada berikan sebagai rujukan untuk cara memasak chapati nie. Semoga anda lebih clear macam mana nak masak nanti k.

 

Memang simple tapi for me, kalau nak belajar, we have to learn A to Z. Baru la dapat result yang lebih kurang sama macam yang sepatutnya. Nama pun belajar dengan bantuan En Google kan..

 

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Resepi Dried Chicken Curry aka Kari Ayam yang lembap-lembap gitew.

 

Resepi Kari Ayam ala Rendang nie Mira ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Resepi dalam blog ni memang boleh dipercayai sebab Mira dah pernah try few resepi.

 

Thanks yer kepada owner resepi. Minta halalkan resepi yer. Mira kongsikan di sini dan ada link ke blog tersebut jika nak tengok resepi-resipi yang lain.

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Kari Ayam ala Rendang :

 

Masakan Melayu selalu memang ada few parts.. Ada bahan menumis, bahan kisar dan bahan-bahan lain. So Mira bahagikan ikut urutan yer.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Bahan Menumis

 

Nie bahan menumis yang penulis sediakan. Penulis pun ada gtau yang beliau tak masukkan daun kari. Mira pun masukkan la since daun kari belakang pintu je kan. Ku tak tau bile nak masuk so masuk je waktu menumis.. hihihi..

 

  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

 

Selalunya kalau mummy (my mother in law) buat dried curry, banyak kayu manis yang mummy letakkan.

 

Tapi Mira ikut je resepi nie sebab baru nak buat kan. Rempah-rempah tu semua Mira blend kering sebab suami prefer kalau hancur.

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Bahan Kisar dan Bahan-bahan yang lain

 

Bahan kisar yang diperlukan ialah (*dikisar halus) :

  • 3 camca besar cili kisar
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*

 

Bahan-bahan lain yang diperlukan untuk kari ayam ala-ala rendang nie ialah

  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus (Mira add in daun limau purut as well 🙂 )
  • 2 keping asam gelugor
  • 800 ml santan
  • 3 camca besar madu (Mira guna gula)
  • Garam secukup rasa

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Cara Penyediaan Kari Ayam ala Rendang

 

1.Panaskan minyak dan tumis bahan menumis. Macam Mira inform tadi, Mira masukkan as well daun kari waktu menumis. Kalau ada yang prefer yang nak letak lepas masuk ayam pun boleh.

 

2. Tumis bahan tumis hingga naik bau. Then Mir masukkan cili kisar dan bahan kisar yang lain.

 

Mira masukkan cili kisar dahulu sebabnyer MIra memang masak dengan minyak yang kurang so nak bagi cili tu masak betul-betul so MIra masukkan cili kisar dahulu dan diikuti bahan kisar yang lain.

 

3. Bila semua dah garing, boleh la masukkan rempah kari. Penulis advice tuk bancuh serbuk kari dengan air dulu. Tapi sebab dari dulu mak Mira ajar masukkan jeserbuk kari tu so dah terbiasa.

 

Bancuhkan lebih baik tuk elak rempah tu berketul-ketul kot. Then masak hingga terbit minyak ya.

 

4. Bila minyak dah terbit, dah boleh la masukkan ayam kita dan masak sehingga ayam tu kecut. Mira add in air sedikit waktu nie.

 

5. Bila ayam dah kecut, masukkan pula santan dan asam gelugor (asam keping). Then masuk la garam dan madu. Mira guna gula je sebab madu dah habis. Bila agak-agak kuah tu dah mengering, Mira masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau.

 

Masa ni la bau ala-ala rendang tu datang. Mengancam.

 

Jangan lupa try tau. Memang sedap. Kebetulan MIra pun memang nak buat chapati so bila ada kari ayam nie, hmmmm terus membuka selera tuk makan chapati. 🙂

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan

Kepentingan Kalsium dalam Badan : Fungsi Utama Kalsium

 

Fungsi kalsium dan penyerapannya dalam badan yang paling utama adalah untuk menyokong kesihatan tulang.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Sumber Kalsium diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang

 

Walau bagaimanapun, kalsium juga memainkan peranan penting dalam sistem lain seperti sistem otot, sistem saraf pusat, dan sistem saluran kencing.

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Kalsium, Sistem Saraf dan Sistem Otot Manusia

 

Otot dan saraf berfungsi bersama-sama dalam penggunaan sumber kalsium.

 

Tisu saraf menggunakan tenaga kalsium untuk merangsang impuls saraf dan mencetuskan penguncupan otot.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Kalsium diperlukan unutk memastikan otot berfungsi secara normal

 

Kontraksi ini menghasilkan pergerakan otot dan membolehkan tubuh menghasilkan tindak balas badan yang normal.

 

Jantung merupakan organ yang berasaskan otot dan kalsium membantu memastikan jantung berdegup dan berkontrak secara normal.

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium

 

Sekiranya anda mengalami gangguan otot dan kekejangan otot, badan anda mungkin kekurangan kalsium.

 

Denyutan jantung yang tidak teratur dan kehilangan ketumpatan tulang juga merupakan kesan daripada tahap kalsium yang rendah dalam darah.

 

Adalah sangat penting untuk memastikan kalsium diserap secara optimum. Fungsi badan dapat dijalankan sepenuhnya bila segala nutrisi yang diperlukan dibekalkan dengan secukupnya.

 

Baca lebih lanjut tentang Tanda-tanda Kekurangan Kalsium dalam Badan 

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Kekurangan Kalsium punca Osteoporosis

 

Kalsium yang tidak mencukupi menyumbang kepada risiko osteoporosis.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Osteoporosis berlaku apabila kepadatan tulang semakin berkurang

 

Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang rendah sepanjang hayat dikaitkan dengan jisim tulang rendah dan kadar kepatahan tulang yang tinggi.

 

Anda mengalami masalah tulang?  Baca lebih lanjut tentang 5 Cara Pemeliharaan dan Penyembuhan Tulang secara semulajadi.

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Kalsium dan Zat Besi Musuh Tradisi?

 

Pengambilan makanan tambahan kalsium dan zat besi perlu dijarakkan atau perlu dielak untuk diambil bersama.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Sumber Kalsium dan Sumber Zat Besi

 

Ini kerana kalsium boleh menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Oleh itu lebih baik Zat Besi diambil pada waktu pagi dan sumber kalsium diambil sebelum tidur.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Supplement atau makanan tambahan perlu diambil pada waktu yang tepat untuk penyerapan nutrisi yang optimum

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Sumber Kalsium untuk Badan

 

Penguraian kalsium berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan di saluran kencing, perpeluhan , dan perubahan tubuh seperti menopause dan kehamilan.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Kekurangan sumber Kalsium dalam diet harian antara punca utama Kalsium diambil dari dalam badan dan berpotensi menyumbang kepada Osteoporosis

 

Proses penguraian kalsium sentiasa berlaku dalam badan untuk memastikan otot dan saraf mendapat bekalan kalsium yang secukupnya.

 

Oleh itu sangat penting untuk memastikan badan sentiasa menerima bekalan kalsium yang secukupnya untuk mengelakkan kalsium diurai dari tulang yang boleh menyababkan tulang menjadi rapuh dan kita terdedah kepada osteoperosis.

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Kalsium dan Keperluan yang Disyorkan

 

Produk tenusu merupakan sumber kalsium yang sangat baik. Selain produk tenusu, terdapat juga sumber-sumber lain untuk kita mendapatkan sumber kalsium itu sendiri.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Sumber Kalsium untuk Diet

 

Ini adalah sebahagian daripada Data Nutrisi Nasional Departemen Pertanian Amerika Syarikat. Nilai yang diberikan adalah berdasarkan satu cawan bahan makanan dan nutrisinya dinilai berdasarkan unit miligram (mg):

 

• Jus Orange yang diperkaya dengan Kalsium : 1514 mg

• Benih Bijan: 1404 mg

• Keju Mozzarella Rendah Lemak : 1086 mg

• Biji bijirin Keseluruhan: 1000 mg

• Sardin dengan tulang: 569 mg

• Susu Almond tanpa gula: 516 mg

• Kacang soya matang: 515 mg

• Badam: 457 mg

 

Terdapat sesetengah orang yang mempunyai alahan terhadap produk tenusu. Mereka dinasihatkan untuk mendapatkan sumber kalsium dari tumbuh-tumbuhan atau supplement.

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Keperluan Kalsium dalam Badan mengikut Umur

 

Walaupun kalsium dapat diperoleh secara meluas melalui sumber makanan, kekurangan kalsium adalah sesuatu yang sering berlaku di kalangan masyarakat masa kini.

 

Berikut merupakan keperluan Kalsium mengikut umur.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Keperluan Kalsium dalam Badan mengikut umur

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Tingkatkan Penyerapan Kalsium dalam Badan.

 

Penyerapan kalsium boleh dicapai dengan pengambilan produk yang mengandungi kalsium.

 

Tetapi proses penyerapan kalsium dapat dipermudahkan dan dipertingkatkan lagi dengan kehadiran Vitamin D.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Pancaran Matahari antara sumber Vitamin D semulajadi

 

Antara sumber Kalsium yang sering kita lihat di pasaran adalah Susu dan Jus Orange yang “diperkaya dengan vitamin D.”

 

Selain mengambil sumber kalsium yang telah diperkayakan dengan Vitamin D, kita juga boleh mendapatkan Vitamin D secara semulajadi.

 

Sumber vitamin D juga termasuk cahaya matahari, keju, kuning telur, dan ikan yang berlemak.

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan
Sumber Vitamin D

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Punca Kalsium tidak Diserap Sepenuhnya

 

Protein dan Garam yang Tinggi dalam Badan

Walaupun diet yang seimbang membantu penyerapan kalsium, kadar protein dan natrium (garam) yang tinggi dalam diet dapat meningkatkan perkumuhan kalsium melalui buah pinggang.

 

Jumlah bahan yang berlebihan itu harus dielakkan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai diet kalsium yang rendah.

 

 

Intoleransi Laktosa

Intoleransi laktosa juga boleh mengakibatkan kalsium yang tidak mencukupi dalam badan. Mereka yang tidak bertoleransi laktosa tidak mempunyai enzim laktase yang mencukupi.

 

Enzim laktase diperlukan untuk memecahkan laktosa yang terdapat dalam produk tenusu. Untuk memasukkan produk tenusu dalam diet, makanan tenusu dapat diambil dalam kuantiti yang kecil atau dirawat dengan titisan laktase, atau laktase dapat diambil sebagai pil.

 

Sesetengah produk susu di pasaran telah pun dirawat dengan laktase.

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Keperluan Supplement Kalsium

 

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi dalam diet, anda mungkin perlu mengambil supplement kalsium.

 

Picture2 1 - Kepentingan Kalsium dalam Badan
Sumber Kalsium dengan kadar penyerapan yang baik beserta Vitamin D dan Magnesium untuk menggalakkan penyerapan

 

Jumlah kalsium yang anda perlukan dari supplement bergantung kepada berapa kalsium yang anda peroleh dari sumber makanan.

 

Terdapat beberapa sebatian kalsium yang berbeza untuk dipilih, seperti kalsium karbonat, kalsium sitrat dan lain-lain lagi. Semua bentuk utama kalsium tambahan diserap sama baiknya apabila diambil dengan makanan kecuali bagi mereka yang mengalami penyakit gastrousus

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Penyerapan Kalsium

Supplement kalsium lebih baik diserap apabila diambil dalam dos kecil (500 mg atau kurang) beberapa kali sepanjang hari. Kebanyakan individu mendapati suplemen kalsium lebih baik kadar serapannya apabila diambil dengan makanan.

 

Adalah penting untuk memeriksa label makanan tambahan atau supplement untuk memastikan produk itu memenuhi standard Amerika Syarikat Pharmacopeia (USP).

 

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Vitamin D Meningkatkan Penyerapan Kalsium

 

Tubuh memerlukan vitamin D untuk menyerap kalsium. Tanpa vitamin D yang mencukupi, seseorang tidak dapat membentuk hormon calcitriol (dikenali sebagai “vitamin D aktif”).

 

Kekurangan hormon calcitriol menyebabkan penyerapan kalsium yang tidak mencukupi daripada diet. Apabila ini berlaku, badan akan mendapatkan sumber kalsium dari rangka atau tulang yang kemudian akan melemahkan tulang yang ada dan menghalang pembentukan tulang baru yang kuat.

 

Anda boleh mendapatkan vitamin D dalam tiga cara iaitu melalui kulit, dari diet, dan dari makanan tambahan.

 

Baca lebih lanjut tentang Kepentingan Vitamin D kepada Kanak-kanak dan Dewasa

 

Kepentingan Kalsium dalam Badan :

Ingin mendapat Supplement Kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D dan Magnesium ??

 

Kehadiran Vitamin D dan Magnesium dapat meningkatkan lagi kadar penyerapan Kalsium dalam badan.

 

OSTEMATRIX SHAKLEE  300x150 - Kepentingan Kalsium dalam Badan
Ostematrix, Pil Kalsium yang mengandungi Vitamin D san Magnesium. 4 biji Ostematrux membekalkan 1000mg Kalsium, 400IU Vitamin D dan 400mg Magnesium

 

Tawaran untuk mereka yang belum lagi menjadi ahli Shaklee. Beli 3 botol Ostematrix (Supplement Kalsium) pada harga RM185.00 termasuk postage. Berminat ? PM 012 531 9097 atau klik link ini.

 

Nak jimat lagi ? Beli dengan harga ahli dan dapatkan keahlian Shaklee secara percuma apabila anda membuat belian dengan 200UV ke atas.

 

Atau beritahu kami masalah kesihatan anda berdasarkan apa yang telah doktor anda maklumkan dan kami akan cadangkan bekalan Vitamin yang sesuai untuk anda.

 

 

Rujukan :

  1. Why Calcium Absorption is More Important Than You Think by BistroMD Health Library
  2. Calcium and Vitamin D : Important at Every Age by NIH Osteoporosis and Related Bone Diseases National Resource Center
  3. Treasure Your Bones with Bone-Building Nutrient by Shaklee.com.my

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) ni Mira tulis khas untuk mereka yang ada masalah Hyperthyroid. Ada testimoni di hujung penulisan ini.

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)

 

Testimoni ini Mira kumpulkan dan semoga bermanfaat kepada mereka yang mengalami Hyperthyroid. Terdapat Testimoni dari Malaysia dan Mira selitkan Testimoni from Oversea as well.

 

Semoga is bermanfaat kepada lebih ramai orang dan Mira doakan mereka yang mengalami Hyperthyroid nie cepat sembuh especially to people who is close to my heart. Perlu Mira ingatkan, tindak balas Supplement mungkin berbeza terhadap individu yang berbeza.

 

Thats is the main reason Mira letakkan juga Testimoni yang juga berhadapan dengan Healing Crisis. Semoga pemilik semua testimoni dan keluarga mereka diberikan kesihatan yang jauh lebih baik dan diluaskan rezeki mereka. Amin

 

Semoga Bermanfaat.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Apa itu Hyperthyroidism

 

Hyperthyroidism ialah keadaan apabila kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid. Hormon tiroid tambahan ini menyebabkan metabolisme yang tinggi atau proses metabolisme anda dipercepatkan.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism
Tanda-tanda Hyperthyroidism

 

Ini mungkin kelihatan seperti perkara yang baik, tetapi apabila badan anda bekerja terlalu keras, ia boleh mempengaruhi hati, tulang, dan mood anda.

 

Hyperthyroidism mempunyai tiga bentuk yang berkongsi beberapa gejala yang sama. Bentuk yang paling biasa ialah penyakit Graves.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism
Jenis-jenis Hyperthyroidism

 

Hyperthyroidism juga boleh berlaku daripada pengambilan terlalu banyak hormon tiroid apabila anda dirawat untuk hipotiroidisme.

 

Hyperthyroidism lebih kerap dialami oleh pada wanita berbanding lelaki, dan biasanya berlaku selepas usia 60 tahun.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Tanda-tanda atau Gejala Hyperthyroidism

 

Thyroid dan Hyperthyroidism
Tanda-tanda atau symptom hyperthyroidism

 

Tanda-tanda atau gejala Hyperthyroidism adalah seperti berikut :

  • Kadar denyutan jantung yang laju dan berdebar-debar
  • Sesak nafas
  • Goiter (pembengkakan pada kelenjar tiroid)
  • Kulit menjadi lembap dan peluh meningkat
  • Menggeletar
  • Kebimbangan (anxiety)
  • Intoleransi haba dan berpeluh
  • Meningkatkan selera makan dan disusuli dengan penurunan berat badan
  • Insomnia
  • Mata membengkak, menjadi merah, dan tertonjol (penyakit Graves)
  • Kadang-kadang berlaku penebalan kulit di bahagian atas kaki, belakang kaki, belakang badan, tangan, atau bahkan muka
  • Dalam krisis: demam, denyut nadi yang sangat pesat, kesakitan, dan kemungkinan kecelaruan
  • Perubahan dalam haid
  • Kesukaran menumpukan perhatian

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Bagaimana Hyperthyroidism boleh berlaku?

 

Penyelidik mengesyaki bahawa penyakit Graves (hipertiroidisme yang paling biasa) disebabkan oleh gangguan pada antibodi badan yang merangsang tiroid untuk menghasilkan terlalu banyak hormon.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism
Ciri-ciri Penyakit Graves.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Kehadiran hormon  thyroxine (T4) dan triiodothyronine (T3) serta TSH yang abnormal penanda awal Hyperthyroidism

 

Kelenjar tiroid menghasilkan hormon thyroxine (T4) dan triiodothyronine (T3) yang memainkan peranan penting dalam fungsi tubuh.

 

Penghasilan kelenjar tiroid yang merangsang pembentukan terlalu banyak hormon T4 dan T3 ini yang ditakrifkan sebagai hipertiroid.(hyperthyroidism)

 

Thyroid dan Hyperthyroidism
Quantity Hormon T4 dan T3 yang tinggi serta TSH yang rendah menunjukkan kemungkinan berlakunya hyperthyroidism

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Penyakit Graves

 

Penyebab hipertiroidisme yang paling biasa adalah penyakit autoimmune Graves. Penyakit Graves juga dikaitkan dengan banyak penyakit autoimun lain termasuk diabetes jenis 1, arthritis rheumatoid, dan lupus.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism :
Petua untuk mengurangkan kesan Penyakit Graves

 

Gangguan ini menyebabkan tubuh menghasilkan antibodi (protein yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi daripada virus atau bakteria) yang dikenali sebagai imunoglobulin tiroid (TSI) yang merangsang kelenjar tiroid membuat terlalu banyak hormon tiroid.

 

Penyakit Graves merupakan penyakit yang boleh diwarisi kepada ahli keluarga dan sering melanda  wanita.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Multinodular Goitre

 

Thyroid dan Hyperthyroidism
Multinodular Goitre

 

Hyperthyroidism juga mungkin disebabkan oleh goiter nodular atau multinodular beracun, yang merupakan benjolan atau nodul dalam kelenjar tiroid yang menyebabkan tiroid menghasilkan sejumlah besar hormon tiroid.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Thyroiditis

 

Di samping itu, keradangan kelenjar tiroid yang dikenali sebagai thyroiditis-akibat daripada virus atau masalah dengan sistem imun boleh menyebabkan gejala hipertiroidisme buat sementara waktu.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism
Thyroiditis

 

 

Bukan itu saja, sesetengah orang yang mengambil terlalu banyak iodin (sama ada dari makanan atau makanan tambahan) atau yang mengambil ubat-ubatan yang mengandungi iodin (seperti amiodarone) boleh menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid.

 

Sesetengah wanita mungkin berisiko mengalami hipertiroid semasa mengandung atau pada tahun pertama selepas melahirkan.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Pengambilan Makanan Tambahan atau Nutrisi Tambahan untuk pesakit Hyperthyroidism

 

Untuk mereka yang mengalami Hyperthyroidism ini, pemakanan sehari-hari seharusnya dijaga untuk mengelakkan pengambilan makanan yang merangsang lebih banyak hormon T4 dan T3 dihasilkan.

 

Antara cadangan dan bimbingan untuk mereka yang menghidapi Hyperthyroidism seperti berikut :

 

  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan tindak balas alahan atau alergik, seperti tenusu (susu, keju, dan ais krim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet, dan bahan penambah rasa makanan. Doktor mungkin ingin menguji anda untuk sebarang alahan makanan.
Thyroid dan Hyperthyroidism
Produk Tenusu

 

  • Makan makanan yang tinggi kandungan Vitamin B dan Zat besi, seperti bijirin penuh (jika tidak ada alergi), sayuran segar, dan sayur-sayuran laut.

 

  • Jika anda mengambil ubat hormon tiroid, berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil produk soya. Sesetengah bukti mencadangkan bahawa soya boleh mengganggu penyerapan hormon tiroid.

 

  • Zat Besi juga boleh mengganggu penyerapan ubat hormon tiroid.

 

  • Makan makanan yang kaya dengan antioksidan, termasuk buah-buahan (seperti blueberry, ceri, dan tomato) dan sayur-sayuran (seperti labu dan lada).
Thyroid dan Hyperthyroidism
Vitamin C kaya dengan antioksida

 

  • Elakkan makan makanan yang diproses seperti roti putih, pasta, dan gula.

 

  • Kurangkan pengambilan daging merah dan lebihkan pengambilan daging tanpa lemak, ikan air sejuk, atau kacang untuk protein. Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera yang menggunakan daging yang diproses.
Thyroid dan Hyperthyroidism
Pelbagai sumber protein. Elakkan daging merah dan daging serta makanan yang telah diproses

 

  • Gunakan minyak masak yang sihat, seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.

 

  • Kurangkan atau elak pengambilan asid lemak trans, yang terdapat dalam barangan yang dipasarkan secara komersil seperti cookies, crackers, kek, kentang goreng Perancis, donat, makanan olahan atau makanan yang diproses dan marjerin.
Thyroid dan Hyperthyroidism
Say NO to trans fat dan makanan yang telah diproses

 

  • Elakkan alkohol dan tembakau. Bercakap dengan doktor anda sebelum menggunakan produk yang mengandungi kafein, seperti teh dan minuman ringan. Kafein memberi kesan kepada beberapa situasi dan ubat-ubatan.

 

  • Melakukan aktiviti senaman, 30 minit sehari, 5 hari seminggu. Tapi pastikan senaman yang dilakukan tidak mendatang stress ke atas tubuh dan mental ya.
Thyroid dan Hyperthyroidism
Senaman yang terkawal digalakkan tetapi elakkan melakukan senaman yang menyebabkan badan anda stress

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Kekurangan Nutrisi akibat pengawalan pemakanan boleh dicegah dengan pengambilan Makanan Tambahan

 

Berikut merupakan antara cadangan makanan tambahan untuk merreka yang mengalami Hyperthyroidism.

 

Makanan tambahan ini membantu pengawal hormon mereka dan meredakan tanda-tanda hyperthyroid itu sendiri.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) : Multivitamin harian.

  • Mengandungi vitamin antioksidan A, C, E, vitamin B kompleks, dan mineral surih, seperti magnesium, kalsium, zink, dan selenium.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) : Omega-3 asid lemak, seperti minyak ikan.

  • Untuk membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan imuniti. Asid lemak omega-3 boleh mempunyai kesan penipisan darah. Jika anda mengambil ubat penipisan darah, berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil asid lemak Omega-3.
Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
4 Sumber Utama Omega 3 selain Supplement

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) : Vitamin C.

  • Sebagai antioksidan dan sokongan imun.
Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Sumber Vitamin C tapi elakkan untuk masak terlalu lama ya (sayur-sayuran). Nanti Vitamin C tu hilang pula

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :  Asid Alpha-lipoik.

  • Untuk sokongan antioksidan. Boleh berpotensi mengganggu agen kemoterapi tertentu. Asid Alpha-lipoic mungkin berbahaya pada orang yang mempunyai kadar tiamin yang rendah, keadaan yang biasa dilihat di kalangan kaki minum.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) : L-carnitine.

  • Untuk mengurangkan aktiviti tiroid. Mungkin mempunyai kesan penipisan darah dan boleh meningkatkan kesan anticlotting ubat tertentu, seperti warfarin (Coumadin).

 

L-carnitine boleh meningkatkan kemungkinan sawan pada orang yang mempunyai sejarah sawan.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) : Suplemen probiotik (mengandungi Lactobacillus acidophilus).

  • Apabila diperlukan untuk penyelenggaraan kesihatan gastrousus dan imun. Sesetengah produk acidophilus mungkin memerlukan penyejukan.

 

Baca label dengan teliti. Sekiranya anda mengalami masalah imun, atau jika anda mengambil ubat-ubatan yang menindas imun, maklumkan doktor anda sebelum mengambil suplemen probiotik.

 

 

JANGAN mengambil makanan tambahan iodin kecuali diarahkan atau setelah pakar perubatan setuju dengan pengambilan makanan tambahan tersebut . Iodin hanya berkesan dalam kes-kes kekurangan iodin, yang jarang berlaku di negara maju. Iodin yang berlebihan boleh menyebabkan hipotiroidisme.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Pertimbangan Khas untuk Wanita

 

Masalah tiroid semasa hamil boleh menyebabkan komplikasi serius. Ia juga mungkin akan mendatangkan impak kepada janin di dalam kandungan anda.

 

Ada Mira kongsikan Testimoni seorang Wanita yang mengalami Hyperthyroid. Beliau dan suami mendapatkan pil perancang untuk mengelakkan wanita tersebut dari mengandung semasa tempoh rawatan.

 

Tetapi suami beliau mendapati penggunaan pil perancang juga mengganggu proses pemulihan isterinya.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Kesan hyperthyroid ke atas janin

 

Sesetengah pesakit dengan penyakit hipertiroid mengalami kemerosotan kepadatan mineral tulang. Ini boleh dibaik pulih selepas rawatan hipertiroidisme atau mungkin pengambilan supplement kalsium dapat membantu.

 

Komplikasi hyperthyroidism termasuk degupan jantung yang tidak teratur (fibrilasi atrium), penyakit jantung, dan osteoporosis. Penyakit Graves yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan buta.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Testimoni hasil pengalaman pesakit bersama Makanan Tambahan / Supplement Shaklee

 

Ingin Mira tekankan bahawa kesan pengambuilan Supplement berbeza untuk individu. Paling utama, dapatkan pengesahan pakar perubatan tentang kondisi anda.

 

Perbincangan dengan pakar perubatan juga amat dititikberatkan supaya keadaan anda dapat di”monitor”. Terdapat juga cadangan untuk berbincang dengan pakar nutrisi Shaklee supaya pilihan yang terbaik dicadangkan.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Testimoni 1 dari  Kristina Yeouze

 

Kristina merupakan pengguna Shaklee sejak 17 tahun dahulu. Beliau kongsikan perjalanan proses penyembuhan suami beliau sendiri di dalam blog beliau.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Kristina mencerita detik-detik bagaimana suaminya sendiri didiagnos dengan Hyperthyroid

 

Pengambilan makanan tambahan untuk menyokong fungsi badan dan itu tidak bermakna pengambilan ubat-ubatan perlu dihentikan.

 

Untuk mendapatkan kesan yang maksima dari ubat-ubatan dan makanan tambahan (supplement) gap atau durasi minimum 1 -2 jam diperlukan.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Nasihat oleh Pakar Nutrisi dan pengurangan kuantiti dos oleh doktor

 

Kristina turut kongsikan Makanan Tambahan yang diambil oleh suaminya. Perlu diingatkan bahawa pengambilan Makanan Tambahan adalah berbeza mengikut individu dan ia berdasarkan tahap kesihatan badan anda.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Nasihat Pakar Pemakanan atau Pakar Nutrisi diperlukan sebelum sebarang makanan tambahan diambil

 

Bawah ni merupakan makanan tambahan atau supplement yang diambil oleh suami Kristina.

 

Vivix berada di pasaran Malaysia tetapi Set Vitalizer perlu dibeli secara berasingan kerana Malaysia belum lagi mengeluarkan Packaging seperti dalam gambar di bawah.

 

Begitu juga dengan Nutriferon. Di Malaysia, Nutriferon dijual di dalam sachet.

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Vivix, Set Vitalizer dan Nutriferon antara yang diambil oleh suami Kristina

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)

Ada beberapa makanan tambahan yang tidak terdapat di Malaysia tapi boleh digantikan dengan item yang lain seperti ESP, Ostematrix dan CoQPlus

 

Selain pengambilan smoothie,  ESP juga boleh diambil kerana ESP juga berunsurkan protein soya yang organik. Untuk naikkan berat badan, ESP diambil selepas makan.

 

Di Malaysia juga tiada Vitamin D3 yang dijual secara berasingan. Sebagai alternative, Ostematrix boleh diambil. Ostematrix mengandungi Kalsium, Vitamin D3 dan Magnesium.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)

Omega Guard antara yang diambil. Berfungsi untuk mengurangkan keradangan

Last but not least, Omega Guard sebagai sumber Omega 3 yang lebih tulen.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Testimoni 2 dari Puan Salmiza Ramly

 

Mira tertarik dengan testimoni kedua nie kerana Puan Salmiza mendedahkan “Healing Crisis” atau proses penyembuhan yang berlaku kepada beliau semasa dalam proses penyembuhan.

 

Tak semua orang akan mengalami “Healing Crisis” tetapi kerana disebabkan tak tahan dengan “Healing Crisis” lah yang menyebabkan seseorang individu itu akan berhenti dari menggunakan sesetengah produk kesihatan.

 

Secara jujur Mira sendiri pernah mengalami Healing Crisis semasa 1st time menggunakan Vitamin B Complex dahulu. Tapi Mira tak pernah ada Heaking Crisis apabila menggunakan produk-produk Shaklee yang lain.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Kisah dan perjalanan proses penyembuhan Puan Salmiza

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Tak semua individu yang akan mengalami Healing Crisis ini. Healing Crisis dipercayai merupakan proses penyembuhan.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Testimoni 3 dari Norhasnida Mohamad Nayan

 

Dalam kisah Puan Nieda ini, beliau cerita secara detauls hyperthyroidism yang dihidapi beliau bersama-sama dengan Asthma. Alhamdulillah kini Puan Nieda bebas Hyperthyroid dan penyakit Asma beliau.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Ini la Puan Nieda bersama keputusan T4 dan T3 beliau,

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Komplikasi penyakit hyperthyroid yang dialami Puan Nieda

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)

 

Selain berhadapan dengan tanda-tanda Hyperthyroid secara fizikal, masalah imunisasi adalah antara masalah utama pesakit Hyperthyroid.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Masalah imunisasi antara masalah pesakit Hyperthyroid dan di sini lah Nutriferon memainkan peranan.

 

Antara makanan tambahan yang diambil oleh Puan Nieda adalah seperti berikut. Ada persamaan dengan Supplement yang diberikan oleh Kristina kepada suaminya.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Bekalan Makanan Tambahan yang diamalkan oleh Puan Nieda serta kesan positif yang dialami beliau. Lain individu mungkin memerlukan makanan tambahan yang berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Testimoni  seorang Suami yang berusaha untuk memulihkan kesihatan Isteri Kesayangan.

 

Testimoni ini sangat menarik bagi Mira. Ada 2 sebab iaitu kita boleh nampak kasih sayang seorang suami ke atas si isteri dan kesan penggunaan pil perancang ke atas individu yang mempunyai hyperthyroid.

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Salah satu tanda-tanda hyperthyroid atau sakit yang berkaitan dengan thyroid adalah penurunan berat badan

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Antara tanda-tanda lain Hyperthyroid adalah berdebar-debar dan cepat risau

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Inilah isteri kesayangan En Mohamad Isa Shafri bersama produk Shaklee yang digunakan / diconsume untuk membantu merawat Hyperthyriod

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Selepas sebulan penggunaan makanan tambahan Shaklee, paras thyroid mula kembali normal. Tapi ubat still makan as well tau. Perlu jarakkan timing ambil ubat dan supplement

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
Pengambilan Pil Perancang juga mengganggu proses penyembuhan. GLA diambil unutk menstabilkan hormon dalam badan.

 

Lengkap sudah 4 Testimoni yang Mira harap dapat membantu mereka yang menghidap Hyperthyroid di luar sana.

 

Jika anda ingin mencuba Supplement Shaklee sebagai salah satu cara usaha untuk kesihatan lebih baik, anda boleh Whatsapp Mira atau boleh contact empunya Testimoni. Click pada link yang Mira letak ya.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Cadangan Makanan Tambahan untuk Hyperthyroidism

 

Ini adalah cadangan pengambilan untuk makanan tambahan Shaklee. Ada yang memilih untuk mengambil Vivix sahaja dan ada juga yang memilih unutk mengambil Set Lengkap Hyperthyroid.

 

Bincang dengan pakar perubatan atau pakar nutrisi anda dahulu ya! List ni Mira sediakan berdasarkan tertimoni di atas. Do pm me for more info.

 

  • Vivix, sumber antioksida
  • Vitamin B Complex, sumber lengkap 8 Vitamin B dan asid folik
  • Vitamin C, sumber antioksida
  • Vitamin E, sumber antioksida dan selenium
  • Omega Guard, sumber Omega 3
  • Ostematrix, sumber Kalsium, Magnesium dan Vitamin D
  • Energizing Soy Protein (ESP), sumber Protein

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Lets feel Shaklee Effects..

 

download 1 1 300x117 - Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Kenapa perlu jadi ahli Shaklee ??

 

Sebab ada banyak privilege menanti. Bukan sekadar harga ahli, promosi-promosi Shaklee hampir kesemuanya untuk ahli tau !!!

 

Ada yang tanya.. Boleh tak jadi ahli for FREE ?? Ada caranya.  Jom joint jadi ahli and become my business partner. Lets strive to be Healthier ! Nak joint ahli and makan saja-saja pun ok. Dapat jimat. If beli leih 150UV dapat Bonus cash lagi..

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Kenapa nak kena Contact Mira dulu ??

 

  • Boleh je beli direct secara online tapi if contact Mira, boleh tau Vitamin yang paling sesuai untuk masalah anda.  Mira recommend list of Vitamins yang terbaik which will according to masalah dan tanda-tanda masalah yang hadir.

 

  • Bukan tu saja, Mira tawarkan harga yang berpatutan.

 

  • Mira sendiri merupakan pengguna Shaklee so InsyaAllah Mira advice berdasarkan pengalaman Mira dan berdasarkan rujukan daripada Master-Master dan Nutritionist Shaklee. 

 

  • Vitamin atau Produk Shaklee yang dibeli kesemuanya dari Warehouse Shaklee. Bila dah jadi ahli nanti dan nak beli di HQ direct pun boleh.

 

  • Bukan apa, bila Vitamin dari Warehouse Shaklee atau HQ Shaklee, InsyaAllah barang-barang tu semua 1st IN dan 1st OUT.  Tiada masalah dengan Expiring Date insyaAllah.
images 9 - Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid)
First In First Out. Stock yang sampai dulu akan dihabiskan terlebih dahulu.

 

  • Bukan tu jer.. produk confirm Produk yang Asli. Semua produk Shaklee ada kelulusan KKM tapi label kelulusan KKM ni ada yang dah pandai tiru..

 

  • Tau tak ada je yang complain barang yang diterima made in China.. Produk keluaran Shaklee Malaysia semua dari US tau. 

 

  • HALAL tu yang utama.. Kami semua ada Sijil Halal sebagai Bukti. Feel free to ask k. 🙂

1516087857_2018_HALAL_Annual_Certificate_1219-17-32812

 

Miera

Shaklee ID : 1255626

Whatsapp / Hp No : 012 531 9097 atau click link nie

 

 

Thyroid dan Hyperthyroidism (Penyakit berkaitan Tiroid) :

Rujukan :

  1. https://www.umm.edu/health/medical/altmed/condition/hyperthyroidism
  2. http://vitaminsihatmommyzila.blogspot.my/2014/09/hyperthyroid-hypothyroid.html
  3. http://haneewardrobe.blogspot.my/2017/05/cara-merawat-penyakit-hyperthyroid.html
  4. https://ohcantik.wordpress.com/2015/08/26/tanda-tanda-penyakit-tiroid-cara-merawat-penyakit-tiroid/
  5. http://myhealthierlife2u.blogspot.my/2013/02/testimoni.htmlhttps://rahsiajelitahawa.blogspot.my/2017/09/hyperthyroid-semakin-sembuh-selepas.html
  6. http://www.vitaminwawa.com/2015/10/testimoni-vivix-dan-hyperthyroid.html
  7. http://www.pommewellness.com/blog/natural-healing
  8. http://www.pommewellness.com/blog/natural-support-for-thyroid-function

 

Disclaimer:

This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

 

Information at jomhidupsihat.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

 

Penafian:

Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera.

 

Maklumat di jomhidupsihat.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.