3 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin

 

Nak goreng sayur pun tak Reti ???
Tu pun nak mintak tolong cari resepi…

 

Ni la orang zaman sekarang.. Kalau internet tiba-tiba menghilang, memang kami tak leh hidup senang..

 

Sape cakap ??? Allah kan boleh bagi Ilham.. hehehheheh.. Ni ayat skema nie..

 

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin :

Macam-macam Sayur pun boleh

 

Mira ingatkan Kailan je orang buat goreng dengan Ikan Masin.. Rupenya kangkung dan sawi pun boleh.. huhuhu..

 

Kalau macam tu, nanti lebih banyak la sayur Mira buat goreng ikan masin.. Semalam sayur brokolli, carrot dan kacang pir dah masuk Paprit.. Siap makan dengan ikan.. Paprit Ikan la jadinyer..

 

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin :

Resepi 1 dari Hairul.com

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin

Kredit : Hairul.com

 

Kata pemilik blog nie, resepi nie kiriman Kak Raja. Maybe dorang buat contest kot tuk dapatkan resepi yang best.. Mira pun tak sure..

 

Setakat ni resepi di Hairul.com ok je bila Mira cube.. Alhamdulillah.. boleh la makan.. sedap jer.. Tak la cakap tak jadi ke apa.. selalunya memang menjadi..

 

Thanks ye Hairul.com

 

Bahan-bahan :

  • Kailan / Sawi / Kangkong atau any vegetables pilihan hati
  • 50g Ikan Tenggiri Masin
  • 2 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Biji Cili Merah
  • 1 Sb Sos Tiram
  • 1/4 Cawan Air

 

Cara-cara Penyediaan :

 

1. Siang sayur dan asingkan daun dan batang. Batang boleh hiris nipis untuk percepatkan process masak yer..

 

2. Ikan masin dihiris nipis tapi pemilik resepi cakap jangan kecik sangat

 

3. Panaskan kuali, masukkan ikan masin tadi dan goreng garing.

 

4. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili merah. Kacau dan masukkan sos tiram.

 

5. Masukkan batang sayur dan tuangkan air. Bila batang dah masak, boleh masukkan daunnya pula. Kacau till daun sayur layu sedikit.

 

No garam added sebab dah guna ikan masin yer.

 

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin :

Resepi 2 dari eResepi.com

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin

Kredir : eResepi.com

 

Perbezaan resepi dari Hairul.com dengan eResepi.com ni hanya pada addition of Sos Ikan sahaja. Yang lain sama je kecuali pada kuantiti air dan sos tiram.

 

Bahan-bahan :

  • 1 genggam sayur kailan
  • 1 sudu besar ikan tenggiri masin dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • Sos ikan secukup rasa

 

Cara-cara Penyediaan :

 

1. Sayur kailan dipotong, dibersihkan dan kemudian direndam ke dalam air bercampur sedikit garam selama beberapa minit.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Goreng ikan masin hingga agak masak dengan guna api kecil. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah.

3. Tambahkan sos tiram, kacau dan masukkan sedikit air. Kemudian masukkan batang kailan terlebih dahulu supaya cepat empuk dan kemudian baru daunnya.

4. Kacau serta masukkan sedikit sos ikan jika perlu atau secukup rasa.

 

Pesanan khas pemilik resepi :

Pastikan daun kailan jangan terlampau layu dimasak kerana lebih sedap sekiranya daunnya tidak terlalu empuk, selamat mencuba!!

 

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin :

Resepi 3 dari norazlitaaziz.blogspot

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin

Kredit : norazlitaaziz.blogspot

 

Resepi yang ketiga ni gunakan sayur bayam. Mira la kan.. kalau bayam normally masak ngan ikan bilis jer dan memang berair la sayur ni lepas masak.. if kering tak sedap pulak.. tapi banyak sangat air pun tak best.

 

Dalam resepi ni ada penggunaan sos tiram dan belacan.. Menarik nie..

 

Bahan-bahan :

  • 2 ikat sayur bayam ~ di potong
  • 1 keping kecil ikan masin ~ ikan tenggiri atau ikan kurau, potomg atau hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih ~ di cincang
  • 4 ulas bawang merah ~ di hiris
  • 5 batang cili padi ~ di hiris
  • sedikit belacan ~ di tumbuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan :

1. Satu yang telah di potong di cuci bersih ~ toskan airnya

 

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, belacan, ikan masin dan cili padi hingga naik bau

 

3. Tambahkan sedikit air, sos tiram dan perasakan dengan garam secukup rasa
Bila kuah dah didih, masukkan sayur bayam.

 

Pesanan Chef kita :
Masak sebentar aje, bila layur aje sayur , tutup api
Sedia di hidangkan

 

Owner blog ni pandai ambil gambar… Cantik-cantik flatlay die buat… Ni Mira bagi cuci mata.. hehehhe

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin

 

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin :

Resepi 4 dari rasa.karangkraf

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin

Kredit : rasa.karangkraf

 

Resepi yang ke empat ni guna sayur dari keluarga Taugeh.. Mira dulu memang tak makan taugeh nie.. Tapi sejak dah kenal Shaklee dan rasai perubahan kesihatan nie, terus telan je semua sayur..

 

 

Bahan-bahan :

  • 1 paket tau miu (sweet pea sprout)
  • 3 ulas bawang putih | diketuk kasar
  • 1 ekor ikan kembung masin | dihiris halus
  • Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

1.    Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.

2.    Kemudian masukkan ikan kembung masin dan goreng hingga garing.

3.    Akhir sekali masukkan tauge daun dan kacau sehingga  masak. Ubah suai rasa dengan menambah serbuk lada hitam dan garam mengikut cita rasa anda.

4.    Angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.

 

 

4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin :

Jadi sihat dengan makanan sihat

 

Mira dah kongsi 4 resepi yang berbeza. Boleh lawat blog-blog yang Mira sebut dan kredit ya.

 

Boleh la tengok dan tiru atau tengok dan tiruvasi.. Lain orang, lain cara so mana cara yang berkenan di hati boleh la apply.

 

Yang penting, makan makanan yang berkhasiat yer.. Kurangkan pengambilan fast food semua. Kajian yang dijalankan mendapati Fast Food antara penyebab kanser cause fast food boleh meningkatkan keradangan dalam badan kita.

 

masalah akibat radikal bebas 300x231 - 4 Resepi Sayur Goreng Ikan Masin

 

Tu sebab yang ada kanser, makanan macam daging, ayam dan kopi semua ni kene elak.. nak kurangkan keradangan dalam badan.

 

Dan Alhamdulillah, ramai juga yang dah recover bila try Vivix dari Shaklee. Mira ni pengedar Shaklee. Try dulu pun sebab berpantang.. Mula dari 2 item till now memang banyak dah Mira try tapi semua basic Vitamins..

 

Memang terasa perubahannya. Kulit yang dah 2 tahun rasa tak best dan kekeringan yang bila terlanggar sana sini leh bawak berdarah pun Alhamdulillah dah ok.

 

Mira nak bantu mereka yang ingin dibantu sahaja. Yang willing nak try dan willing face healing crisis.. Yang nak diri dia dan orang yang disayangi hidup sihat ke akhir hayat.

 

Matlamat Mira nak Mira, suami, anak-anak dan parents hidup sihat hingga akhir hayat. Ada time nak ibadat dengan berkualiti tanpa sakit sana sini..

 

Ada time nak cari rezeki dan memberi kepada yang patut diberi.. Ameen..

 

Kalau anda ada masalah kesihatan yang nak Mira tolong, leh pm Mira yer atau whatsapp 012 531 9097. ID Shaklee Mira 1255626

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge