5 Resepi Ayam Marmite

5 Resepi Ayam Marmite

5 Resepi Ayam Marmite

 

Ayam Marmite die with sos yang pekat.. melekat.. memikat.. hahahhahaha.. dapat bayangkan tak ???

 

Ayam Marmite ni kesukaan suami Mira..
Kite orang always had this di Strawberry Restaurant.. tapi Mira tak prefer yang kat sini.. sebab cair dan macam masak kicap jer..

 

Yang Mira suka Ayam Marmite di Restoran Seafood di Tasik Shah Alam tue.. Chinese Restaurant.. Restaurant Tasik Indah namanyer if tak silap

 

Ayam Marmite die with sos yang pekat.. melekat.. memikat.. hahahhahaha.. dapat bayangkan tak ???

 

Soooo yummmy…

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi dari Iman

 

Ni 1st recipe yang Mira jumpa. Mira dah try and not bad. Sedap juga. Tapi Mira skip letak halia.. hahahhaha… kurang minat..

 

Kalau letak pun sikit jer.. Kredit ImanVitahouse

 

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam | potong kecil.
  • sedikit lada sulah.
  • 5 sudu besar Kicap Pekat.
  • 5 sudu besar Tepung Jagung.
  • Brokoli | dicelur.
  • Cili Benggala merah | dipotong serong.
  • 3cm Halia.

 

Bahan untuk sos :
  • 5 ulas Bawang Putih | dicincang halus.
  •  1 sudu besar Marmite.
  • 4 sudu besar Sos Tiram.
  • 2 sudu Kicap Manis.
  • air
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa.

 

Cara-cara Penyediaan :

 

1.Gaulkan ayam bersama garam,lada sudah dan kicap pekat.

 

2. Bila sudah siap,celupkan ayam ke dalam tepung jagung dan goreng ayam tersebut separuh masak. Ketepikan.

 

3. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan sos,kicap dan air.Biarkan mendidih.

 

4. Masukkan ayam. Setelah ayam masak,masukkan brokoli,cili benggala merah dan halia.

5. Perasakan dengan garam hingga cukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi Dapur Itu Duniaku

 

5 Resepi Ayam Marmite

Kredit : Izanmann.blogspot

 

Bahan-bahan :

  • 2 keping isi ayam

 

Bahan unutk Marinate :

  • 1 sudu kecil Kicap Cair
  • 1 sudu besar Tepung Jagung
  • Sedikit Garam dan Lada Hitam

 

Bahan untuk Sos :

  • 1/2 sudu kecil Marmite Yeast Extract – giant ada jual
  • 1 sudu besar Maltose – beli kat bake with yen… sec 13, jalan badminton, shah alam
  • 1/2 sudu kecil Sos Tiram
  • 1 sudu kecil Madu
  • 1 sudu besar Kicap Cair
  • 1/2 sudu kecil Gula
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam
  • 100ml Air

 

Cara-cara Penyediaan :

1. Marinate kan ayam dengan bahan-bahan untuk marinate selama 1 jam

 

2. Masakkan ayam yang dimarinate tadi secara deep fry. Make sure suhu minyak tu cukup panas ya. Angkat dan tapiskan ayam tadi.

 

3. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak masak.  Masukkan bahan-bahan untuk sos dan masak dengan api yang perlahan sehingga pekat.

 

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Sedia untuk dihidang.

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi dari Snapguide

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi Nyonya Cooking

 

marmite chicken 300x169 - 5 Resepi Ayam Marmite

Kredit : nyonyacooking.com

 

Bahan – bahan :

  • 300 grams isi ayam
  • 1 sudu besar Kicap Cair
  • Tepung Jagung
  • 1 sudu besar Madu
  • 1 sudu besar Maltose
  • 1 sudu besar Marmite

Cara-cara Penyediaan :

 

1.Salutkan ayam bersama dengan kicap cair dan tepung jagung.

 

2. Goreng ayam yang telah disalut tadi dengan api yang sederhana panas sehingga kekuningan dan ketepikan.

 

3. Satukan kicap cair dan 2 sudu besar air. Resepi asal menggunakan Wine tapi boleh digantikan dengan cuka apple.

 

4. Masukkan Marmite Paste , madu dan maltose ke dalam campuran tadi. Kacau dan ratakan maltose dan madu supaya mejadi rata.

 

5. Biarkan kuah mendidih seketika dan memekat. Tutup api masakan dan salutkan kepingan daging ayam tadi dengan sos yang disediakan.

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi dari Recipes for Chicken Breast

 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Minyak Masak untuk deep fry
  • 2 ketul isi ayam.. potong Cube

 

Bahan Perapan:

  • 1 sudu kecil Kicap Cair
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1/2 sudu kecil Lada Hitam / Lada Sula
  • 1 sudu besar Tepung Jagung

 

Bahan Sos :

  • 2 sudu besar Marmite yeast extract
  • 1 sudu besar maltose
  • 1 sudu besar Madu
  • 1 sudu besar Kicap Cair
  • Dash of pepper
  • Kiub Ayam
  • 0.5 cawan Air

 

Cara Penyediaan :

 

1.Campurkan ayam dengan bahan-bahan marinate dan perap selama 1 jam. Selepas 1 jam, boleh deep fry sehinggga kekuningan atau sehingga masak.

 

2. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam kuali. Tuangkan Bahan-bahan sos dan masak  dengan api yang sederhana sehingga pekat. Masukkan ayam tadi dan kacau rata.

 

3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

Resepi nie pun boleh digunakan untuk masak daging, udang atau ape saja la yang jorang suke.. 🙂

 

Tapi owner resipe ni pesan, kalau udang tu, tak perlu perap atau marinate yer..

 

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Cara Mira

 

Nie cara Mira sendiri tau..  Mira tak jumpe Marmite Paste ni so Mira masak je guna ape ada..

 

Bahan – bahan A :

  • Isi Ayam potong kecil-kecil
  • Garam
  • Pepper
  • Kicap Cair
  • Sedikit Tepung Jagung

 

Bahan Sos :

  • Bawang Putih – cincang
  • Bawang Merah / Kecil – cincang
  • Cili Merah – cincang
  • Sos Tiram
  • Kicap Pekat
  • Kicap Manis / Madu
  • Tepung Jagung

 

Cara-cara Penyediaan :

 

1.Bahan-bahan A tu satukan. Tepung jagung Mira letak hujung sudu je tau.. Mira tak deep fry.. So sikit je letak, Marinate / Perap 1 jam

 

2. Mira goreng ayam perapam guna airfry at 160 degree celcius for 10 min.. % minit 1 side, another 5 min another side. Penting tak nak garing sangat sebab nanti keras dan AGE Protein terbentuk pula.. Kita nak sihat so goreng and grill keterlaluan ni tak digalakkan.

 

3. Tumis bawang putih sehingga naik bau then masukkan bawang dan cili cincang.. Gaulkan sehingga masak then masukkan bahan sos. Kalau nak letak air pun sedikit je dan masak sehingga kuah pekat..

 

4. Mira masak guna kurang minyak so letak air memang extra.. Kekadang kuah tu tercair.. boleh je masukkan larutan air dengan tepung jagung.. bagi kuah tu pekat balik.. Make sure garam and pepper semua dah masuk.. then bila rasa dah ok, boleh masukkan ayam dan kacau rata serta terus angkat.

 

5. Nak nampak cantik.. Bukan cantik jer.. Bijan ada kalsium dalam die.. so boleh taburkan.. ambik khasiat bijan sekali 🙂

Sedia untuk dimakan.. 🙂

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Age Protein

 

Age Protein Mira ada sebut tadi kan.. Pembentukan AGE Protein ni antara sebab kita mudah sakit. Antara penyumbang kepada kanser itu sendiri.

5 Resepi Ayam Marmite

5 Resepi Ayam Marmite  :  AGE Protein ni apa ??

 

Ni Mira ambil dari En Google dan dah siap translate guna En Google Translate :

Produk akhir glycation (AGEs) adalah protein atau lipid yang menjadi gliserasi akibat pendedahan kepada gula. Mereka boleh menjadi faktor penuaan dan dalam perkembangan atau memburuknya banyak penyakit degeneratif, seperti diabetes, aterosklerosis, penyakit ginjal kronik, dan penyakit Alzheimer.

5 Resepi Ayam Marmite

5 Resepi Ayam Marmite : Sumber-sumber AGE Protein

 

Makanan yang kaya protein:

Daging merah dan keju cenderung mempunyai yang paling banyak. Dalam urutan menurun, ayam, ikan, telur, dan kekacang mempunyai kurang. Apabila makan daging, berpegang pada hidangan 3-4 ounce, kira-kira saiz telapak tangan anda.

Biji-bijian: Butir-butir rebus, seperti beras dan oat, dan roti sandwich adalah rendah dalam AGEs.

 

5 Resepi Ayam Marmite :

Makanan yang tinggi AGE Protein pula makanan macam mana ?

 

Diet moden sebahagian besarnya diproses haba dan hasilnya mengandungi tahap tinggi produk akhir glikasi maju (AGEs). … Sebaliknya, makanan kaya karbohidrat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan susu mengandungi sedikit AGEs, walaupun selepas memasak.

 

Thats why elakkan masak terlalu lama pada suhu terlalu tinggi sebab nie semua boleh membentuk AGE Protein. Badan kita sendiri pun hasilkan AGE Protein dari tindak balas gula dan protein dalam badan.

 

What do i do to make sure my family sihat ? Mira ubah cara masakan. Kurangkan minyak.. Airfryer pun guna with not so high temperature. Normally Mira guna 160 to 180 paling tinggi.

 

Since Mira breast feed both babies, Mira amalkan pengambilan Vitamin C, Vitalea for source of Zinc. Vitaleas ni Multivitamin. Vitamin B Complex pun Mira ambil plus Alfalfa. Nie semua Morning Vitamins for Mira.

 

Alfalfa untuk detox balik ape yang Mira makan tapi nie unutk usus kecil jer.. Alfalfa bagi susu Mira melimpah ruah as well. ESP tak dilupa. Sumber Protein yang baik.

 

ESP ni MIlkbooster as well. antara yang paing awal Mira consume dulu selain Omega 3 or Omega Guard. Impian Mira nak cuba Vivix pula selepas nie.. Nie untuk benefit antioksidan yang tinggi.

 

5 Resepi Ayam Marmite

 

Mira ni arwah nenek dulu ada cancer so memang nak kene jaga. Setakat sekarang ambil Vitamin C dlu. Nanti income bisnes dah besar boleh ambil Vivix pula.

 

Ambil tuk Mira, suami, mak, abah, mummy, daddy and siblings Mira. Doakan Mira berjaya dengan Bisnes part time Shaklee nie yer.. Part Time ??  Full time sebab Mira ni housewife..

 

Anda nak sihat juga ? Nak dapatkan Vitamin sihat ? Leh pm atau whatsapp Mira di 012 531 997 ya. Boleh click link nie

http://www.wasap.my/60125319097/Vivix/

 

Bisnes Shaklee ni MIra buat tuk tolong lebih ramai lagi orang hidup sihat. Normally Mira memang encourange jadi ahli so dapat beli terus pada harga ahli.. lebih murah kan..

 

Not only that, if belian tu banyak and dah boleh sampai dapat 200UV, lagi bagus.. membership tu jadi free. Beli pun harga ahli la terus kan.. Best ke best ???

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge