5 Resepi Berbeza Sambal Kerang

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang : Makanan Kegemaran ?

Mira dulu memang suka makan makanan yang pedas-pedas nie. Antara yang Mira suka sambal kerang tapi bukan la dalam kategori makanan kesukaan.

 

Kalau mak masak atau jumpe di kedai, Mira ambik dan makan.. Tak la sampai mengidam bagaikan… Tapi suamiku memang kegemarannya Sambal Kerang nie..

 

Kat Klang ni tak jumpe pulak Kerang yang dah kopek.. Kat Melaka memang ada kedai yang jual. So nak tak nak kene la mengopek Kerang untuk suami kesayangan.

 

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang : Jom tengok 5 Resepi Nie..

 

Masak sambal ni antara yang basic bagi Mira sebab agak mudah. Tapi bile dah kahwin nie, masak sambal pun tengok resepi tau..

 

Sebab dulu bukan selalu pun masak Sambal Kerang nie. Yang selalu tu, Sambal Udang, Sambal Ikan Bilis dan Sambal Ayam.. Tu bila nak masak kat rumah di Klang, nak confirmkan resepi, betul ke cara aku masak nie.. hehehhehehe..

 

Ape lagi.. tanye Encik Google la kan…

 

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang :

My Opinion

 

Bagi Mira resepi Azie Kitchen nie paling simple. Tak renyah nak cari barang-barang kecuali Kerang.. hehehhehe..

 

Dalam resepi nk tak guna serai mahupun halia.. just buat macam sambal biase jer.. No belacan as well tau.. Mira ingat Mira je masak tak guna Belacan..

 

Selalu Mira campak je belacan tapi takut anak gatal-gatal so memang dah tak guna dah.. Ape pun kalau ada ikan bilis atau udang kering, Mira campakkan jer… hehehheh…

 

Nanti try la mana resepi yang berkenan k.

 

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang :

1. Resepi dari Azie Kitchen

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang

Kredit kepada Azie Kitchen.

 

Bahan bahan:

  • 1 mangkuk isi kerang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • 1/4 keping asam keping
  • 1/2 biji bawang besar Holland – opsyenal

 

Cara cara:

 

1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kalau nak cepat, boleh la guna chopper ye.. hehehhehe..  Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing. Tumis bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar.

 

2. Tumis cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata sebelum dimasukkan kerang.

 

3. Oleh kerana kerang telah masak, masakkan kerang seketika sahaja. Masukkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga sambal pecah minyak.

4. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.

 

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang :
2. Resepi dari Amie’s Little Kitchen

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang

Kredit Amir’s Little Kitchen

 

Bahan-bahan:

  • 500 gram isi kerang rebus
  • 1 labu bawang besar – mayang kasar
  • 1 sudu teh pati asam jawa
  • garam /  gula /perasa pilihan
  • 1/2 cawan minyak

 

Bahan kisar:

  • 20 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 batang serai – ambil bahagian isinya yang putih
  • 1.5 cm halia

 

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Perlahankan api dapur dan biarkan masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan pati asam jawa dan isi kerang. Masak lagi sehingga kuah sambal menjadi pekat.

3. Kemudian masukkan bawang besar, garam / gula / perasa pilihan secukup rasa.

4. Setelah bawang besar layu, padamkan api dapur.

 

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang :
3. Resepi dari SedapTube.com

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang

Kredit : SedapTube.com

 

Bahan-bahan :

  • 3-4 kg kerang direbus dan ambil isinya
  • 2 biji bawang besar dihiris
  • 1 sudu besar air asam jawa
  •  garam dan gula secukup rasa

 

Bahan kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 5 tangkai cili merah
  • 1 cm belacan

    Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak

2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.

3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.

4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

 

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang :
4. Resepi dari SajianBonda

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang

Kredit : Sajian Bonda

 

Resepi kali unik bagi Mira sebab ada banyak bahan-bahan yang ditambah. Antaranya halia, daun limau, serai, sos tiram, kunyit hidup dan belacan

 

Tapikan, sedap juga tau sambal kerang bila ditambah daun limau.. Mira pernah try.. but not from this recipe. Normal recipe.. just add daun limau.

 

Sajian Binda pun ada juga resepi sambal kerang dengan kerisik tau.. Semua bahan macam dibawah nie tapi ada penambahan kerisik dan santan kelapa.

 

Bahan-bahannya:

  • 600 gram isi kerang rebus
  • 2 biji bawang besar – dihiris bulat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar pati asam jawa
  • 2 helai daun limau purut – dicarikkan
  • 2 sudu besar gula perang
  • Gula putih secukupnya (sebagai tambahan kepada gula perang)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

 

Bahan-bahan dikisar:

  • 4 senduk nasi cili kering kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci panjang kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan

 

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau.

2. Masukkan sedikit air, pati asam jawa, gula perang, gula putih dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.

3. Kemudian masukkan kerang diikuti dengan bawang besar dan daun limau purut. Kacau sebati dan perlahankan api.

 

4. Biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan bersalut dengan kerang. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

 

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang :
5. Resepi Sambal Tumis Kerang Berkulit dari Aznanie.blogspot

 

5 Resepi Berbeza Sambal Kerang

Kredit : Aznanie.blogspot

 

Resepi kali nie kulit kerang tu still ada. Means tak payah la nak rebus dan kopek kerang tue.. Dulu mak Mira pun pernah buat nie…

 

Sedap jugak tau.. Pastu masa makan berebut ambik kerang yang dah terbukak sebab malas nak kopek.. Jom tengok resepi nie pulak..

 

Bahan-bahan :

  • Kerang – dibersihkan
  • Bawang merah – ditumbuk
  • Bawang putih – ditumbuk
  • Lada kering -direbus dan diblend
  • Halia – ditumbuk
  • Serai – dititik
  • Garam, ajinomoto dan gula – secukup rasa
  • Air asam jawa sebanyak yg diperlukan

 

Cara membuat :

 

1. Tumis bahan tumbuk dan lada kering yang dah diblend tadi hingga garing

2. Masukkan serai dan gaul rata

3. Masukkan kerang yang telah dibersihkan

4. Masukkan air asam jawa dan gaul rata

5. Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kacau sebentar supaya semua bahan serata. Biarkan sehingga kerang mulai terbukak kulitnya. Kacau-kacaukan ia .Bila kuah mulai mengering dan pekat, tutup api dan hidangkan …

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge