5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai ni Mira kongsikan untuk mereka yang tak pernah buat dan tak tahu macam mana nak buat Corn Flakes Madu nie. Perbezaan antara 5 resepi ni ialah bahan yang digunakan dan cara menyediakan.

.

Tak susah pun nak buat sebenarnya tapi these recipes will be a guide line to those beginner yang nak buat anak-anak dan suami tersenyum riang bila nampak snacks kegemaran mereka tetiba ada depan mata. Those yang sukakan corn flakes madu ni, dari jauh pun dorang dah boleh hidu tau.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Corn Flakes Madu, Kueh Raya yang wajib ada

 

Tahun ni mak mertua Mira dah pesan siap-siap. Tak perlu buat any kueh for raya. Just take care of the kids tapi Mira ni jenis yang dah biasa membaking so mesti la gatal tangan dan gatal hati bile nampak ada cornflakes dan bahan-bahan untuk baking.

.

So one of the day before Raya tu, lepas siap masak makanan untuk berbuka, buat kueh sagu then terus capai corn flakes.

.

Anak-anak ada kat atas tengah main dengan atuk dorang so lagi cepat la langkah mama dorang. Ni peluang keemasan nie. Last year masa Mira buat, anak yang sulung tak pandai nak makan lagi so mama die sapu sorang-sorang. Who knows this year will be the year he started to eat Kueh Raya kan.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi Pilihan Hati

.

Memang ada banyak resepi Corn Flakes Madu di internet dan Mira akan senaraikan antara yang Mira jumpa untuk pilihan korang. Pilihan Mira for sure yang tanpa gula dan tanpa susu pekat sebab Mira nak kurangkan additional sweetener. Konon-konon nak maintain hidup sihat gitew tapi nak jugak makan manis.. hihihihihi..

.

Ye la madu yang kita beli kat Mall tu belum tentu madu yang asli. So i am trying my very best to limit the usage of it. Cornflakes pula tak kisah la nak guna brand apa tapi Mira lebih suka brand Kellogs sebab lebih nipis tapi kene hancurkan dulu ye sebab corn flakes ni macam lebar-lebar dan besar skit saiznyer.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi-resepi Terpilih

 

Lain orang, lain seleranyer. So di sini Mira kumpulkan few resepi dengan cara penyediaan yang hampir sama tapi ada sedikit perbezaan. Ada yang memerlukan Corn Flakes Madu untuk dibakar dan ada juga yang tidak perlu dibakar. So pilih la mana yang bertakhta di hati.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi 1 Corn Flakes Madu

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai
Resepi Corn Flakes Madu by Azie Kitchen

 

Resepi yang pertama ni Mira ambil dari Azie Kitchen. Mira memang suka melawat blog Azie Kitchen dan kebanyakan resepinya memang menjadi. Bab-bab sukatan if pakai cawan nie, Mira normally agak-agak je. Tapi if madu terlebih, berhati-hati masa membakar ye, lebih mudah hangit.

.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkan 50-60 biji Corn Flakes Madu :

 

  • 4 cawan Cornflakes
  • ¼ cawan madu
  • ¼ cawan mentega
  • Papercup secukupnya
  • Sprinkles atau Ceri sebagai hiasan

 

Cara Penyediaan :

 

  1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
  2. Kak Azie advice untuk Cornflakes dihancurkan sedikit supaya mudah dimasukkan ke dalam papercup. Hancurkan dalam bekas yang berbeza dahulu ya.
  3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
  4. Sudukan ke dalam paper cup dan tabur sprinkles ke atasnya atau letak hirisan ceri jika suka. Ada je yang masukkan ceri as part of the resepi dan gunakan sprinkles sebagai hiasan.
  5. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

 

Experience Mira dalam membakar Corn Flakes Madu

.

Base on my experience, if Oven besar, boleh gunakan suhu 160C dan api tu kalau ada jenis kipas, leh la pilih jenis kipas. Then leh la susun tray pembakar tu dalam oven. Mira suka nie, cepat sikit kueh masak macam kat rumah mak dlu.

.

Tapi kalau oven kecil tu, guna suhu 150C – 160C dan boleh guna api atas bawah. Kalau still nak susun jugak loyang tu, berhati-hati sebab takut lapisan bawah nanti kehangusan. Hihihi.. Mira dah kene so sekarang dengan sabar Mira masak layer by layer. Tak pun guna api atas je kalau nak tinggal-tinggalkan.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi ke-2 Corn Flakes Madu

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai
Resepi Corn Flakes Madu by Yatie dari masammanis

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

 

Bahan A

  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu

Bahan B

  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang atau gajus

Hiasan

  • Mangkuk kertas kecil atau papercup
  • Ceri merah dan ceri hijau yang dipotong kecil atau Sprinkles sebagai hiasan

 

Cara Penyediaan

  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170’C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi ke-3 Corn Flakes Madu

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai
Resepi Corn Flakes Madu by Che’ Nom

 

Mengikut Che’ Nom masa penyediaan adalah lebih kurang 10 minit, Masa Memasak dalam 15 minit dan Jumlah hidangan dalam anggaran 60 biji. Resepi ni menggunakan gula dan madu sebagai pemanisnyer. Gula pula Che’ Nom gunakan Gula Castor. Ada juga sesetengah orang yang menggantikan gula kastor dengan gula biasa.

 

Base on experience Mira kalau buat kueh ni normally Mira memang guna gula Castor. Jarang sangat guna gula biasa waktu buat bisness kueh raya dulu.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • Ceri atau taburan manik (sprinkle) untuk hiasan
  • Paper cup, secukupnya

.

Cara Penyediaan

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati atau sehingga berbuih
  2. Dalam mangkuk lain, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih atau papercup.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi ke-4 Corn Flakes Madu

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai
Resepi Corn Flakes Madu by Zie Has
Resepi dari blog Zie Has merupakan Resepi ke-4 untuk Corn Flakes Madu kita. Boleh klik pada tulisan bewarna biru di bawah gambar jika ingin terus ke blog beliau ya. Beliau prefer menggunakan Corn Flakes brand Nestle untuk Corn Flakes Madu ini. So boleh cuba nanti ya.
Menurut Zie Has, Buttercup adalah sejenis marjerin yang ditambah butter. Kalau kita ada budget yang lebih, seelok-eloknya guna 100% butter. Not only that Zie Has mengatakan penggunaan marjerin sahaja pun boleh, cuma rasa biskut kurang sedap. Boleh juga buat campuran sendiri marjerin 200g dan butter 50g.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 Pack Nestle Cornflakes (500g)
  • 3/4 Buku Buttercup (250g)
  • 1/2 Tin Susu Pekat
  • 5 Sudu Besar Madu
  • 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
  • 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.
  2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata. Lepas masukkan gula, madu dan susu ni normally akan berbuih dan bau wangi 🙂 kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.
  3. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.
  4. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.
  5. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.

 

Untuk hiasan boleh gunakan Ceri yang dipotong atau sprinkles. Dalam gambar dia ats Zie has menggunakan Chocolate Rice. Cantik juga kan. Kanak-kanak yang sukakan coklat confirm tertarik. Tapi if takde coklat pun, corn flakes madu ni confirm jadi pilihan kanak-kanak.

 

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi ke-5 Corn Flakes Madu Karamel

 

Resepi yang terakhir ni tak memerlukan sebarang oven tapi boleh je kalau nak bakar seperti resepi-resepi lain seperti yang diatas. Tapi ia memang direka khas untuk dimasak menggunakan kuali sahaja. Resepi ni dari Rasa.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1/2 kg Cornflakes
  • 250 gm Gula Castor
  • 250 gm Margerin / Mentega
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • Ceri atau taburan manik (sprinkle) untuk hiasan jika perlu

 

Cara Penyediaan

  1. Satukan margerin, gula dan susu. Masak atau panaskan sehingga berbuih. Jangan lupakacau ye. Nanti hangit pulak.
  2. Masukkan Cornflakes dan kacau rata. Jika nak masukkan dalam papercup, boleh la hancurkan sikit Cornflakes tapi jika tak nak masuk papercup, tak perlu hancurkan.
  3. Tambahkan buah-buahan kering jika suka dan kacau sehingga rata. Padamkan api.
  4. Biarkan kepingan cornflakes sejuk dan mengering. Kalau tak sejuk nanti tak rangup pula.
  5. Boleh terus disimpan dalam bekas kedap udara.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge