Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu. Tingkatkan Sistem Imun :)

Semalam tetiba ternampak statistik jangkitan HFMD di Malaysia up till 2nd August 2018. Makk aaaiii !! Dalam masa 2 minggu boleh naik more than 3,000 kes di Selangor.

.

HFMD terus meningkat di Selangor

 

Makin menjadi-jadi nampaknya dan Selangor mencatatkan jangkitan HFMD yang tertinggi dalam Malaysia. Memang tak selamat nak pergi mana-mana with kids. Duduk kat rumah je la sayang-sayang sekalian yer.

.

Bila HFMD menyerang nie, memang rasa tak selamat nak bawa anak ke mana-mana even ke Mall atau Playground. Tak kira la indoor atau outdoor playground sebab HFMD ni Virus yang sangat mudah tersebar.

.

So kalau boring sangat kat rumah, kita jalan-jalan dalam kereta je la. Mummy pun kene la rajin memasak sekarang sebab tak selamat nak makan di luar even for tapau. Thats my personal view.

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Statistik jangkitan HFMD sehingga 18 Julai 2018

.

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Statistik jangkitan HFMD di Malaysia sehingga 2 Ogos 2018

.

.

Penyusuan Susu Ibu dan HFMD

.

Sebagai breastfeeding mum, antara yang paling Mira risaukan adalah bila anak sulung dah stop minum susu badan. Umur dah 3 tahun so kami decide untuk stop breastfeeding so that he will eat better.

.

Tapi bila HFMD ni menyerang Malaysia, Mira risau sangat sebab no more extra protection yang Mira boleh beri. So i study a lot on HFMD tuk cuba elakkan mana yang boleh. Boleh baca di sini. For adik, lega sikit sebab adik memang fully breastfeed dan die rajin makan buah.

.

Di bawah ni Mira senaraikan persoalan yang mungkin bermain di fikiran ibu-ibu yang masih menyusukan bayi mereka berkenaan dengan HFMD.

 

Bolehkah saya terus menyusukan anak saya walaupun saya mempunyai HFMD?

 

Jawapannya adalah YA.! Anda tidak akan menyebarkan virus kepada anak anda, susu ibu anda tidak mengandungi virus. Sebaliknya ia mempunyai antibodi untuk penyakit ini.

.

Jika anda mengalami kesakitan pada puting susu, lebih baik mendapatkan nasihat daripada doktor / pakar ginekologi untuk ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan dan lepuh pada puting.

.

Dalam beberapa kes, untuk ibu-ibu yang menyusui dan dijangkiti HFMD, lepuhan boleh merebak dan mengganggu penyusuan.

.

.

Anak saya dijangkiti HFMD, bolehkah saya terus menyusukannya?

.

Ya, penyusuan susu ibu sangat membntu bayi yang terkena jangkitan HFMD. Kebanyakan bayi dan kanak-kanak tidak dapat mengambil apa-apa makanan lain apabila dijangkiti HFMD. Penyusuan secara langsung akan melegakan dan membuatkan mereka rasa lebih selesa.

.

.

Saya mempunyai bayi kembar. Salah satunya mempunyai HFMD. Bolehkah saya menyusukan kedua-duanya ?

.

Ya, boleh! Pastikan anda membersihkan puting anda selepas setiap penyusuan kerana HFMD boleh menyebar melalui air liur.

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Twin baby? Salah seorang sakit? Risaunyer kalau berjangkit.. 🙁

.

Saya mempunyai HFMD, bolehkah saya makan antibiotik dan masih menyusukan anak saya?

.

HFMD disebabkan oleh virus dan pengambilan antibiotik adalah tidak mendatangkan sebarang kesan.. Ubat hanya diberi untuk merawat gejala, contohnya, paracetamol untuk demam.

 

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Tiada rawatan khas untuk HFMD

.

.

Adakah terdapat vaksin untuk HFMD?

.
Malangnya, tidak ada vaksin untuk HFMD setakat 2016 dan Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kajian dan pembangunan Vaksin sedang giat dijalankan di Singapura ketika ini.

.

.

Bagaimana nak tingkatkan Imunisasi Ibu dan Anak yang disusui ?

.

Especially for breastfeed mom, bila kita makan any food yang high in Vitamin and Minerals, anak pun ikut dapat benefit. Tapi kalau makan makanan yang memudaratkan pun, anak dapat kesan tau. So careful dengan apa yang kita ambil.

.

HFMD tengah HOT sekarang ni dan bukan kanak-kanak je boleh dijangkiti, orang dewasa as well. Kalau dewasa yang kene, lagi teruk kesannya dan ambil masa lebih lama untuk pulih. HFMD ni pun boleh kene berulang kali sebab ia melibatkan 2 virus yang berbeza.

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
HFMD merupakan penyakit bawaan Virus

.

So if ada anak kita yang dah pernah kenejangkitan HFMD sebelum ni akibat Virus A, possibility nak kene lagi sekali ada sebab mungkin kali kedua anak kene disebabkan oleh Virus B pula.

.

So penting untuk ibu-ibu tingkatkan sistem imun badan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat atau supplement tambahan untuk boost up immune kita dan bayi yang disusui.

.

.

Tingkatkan Sistem Imun

.

Apa yang ibu-ibu boleh amalkan untuk tingkatkan sistem imun badan ? Mira listkan sebahagian yang memang famous sebagai instant reference ya. Sumbernya boleh didapati melalui sumber makanan atau makanan tambahan.

  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Minyak Ikan atau Omega 3
  • Bawang Putih
  • Kunyit

.

.

4 Fungsi Utama Vitamin C

 

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Sumber Vitamin C

 

Antara 4 Fungsi Utama Vitamin C dalam membina Sistem Imun badan.

  • Bantu meningkatkan penjanaan antioksidan yang dipanggil glutation. Glutathione, yang terdapat dalam setiap sel, adalah pertahanan tubuh yang paling penting terhadap radikal bebas dan oleh itu perangsang sistem imun.
  • Faktor penting dalam penghasilan kolagen, yang menjadikan tisu badan lebih kuat, dengan itu melindungi dari jangkitan bakteria.
  • Mempercepat pembentukan sel darah putih dan antibodi baru yang melawan bakteria dan virus, dengan itu melindungi dari jangkitan
  • Meningkatkan tahap antivirus yang dikenali sebagai interferon. Interferon adalah sekumpulan isyarat protein yang dirembes oleh sel-sel sistem imun (seperti WBC) jika ada mikrob-penyebab penyakit masuk ke dalam sistem badan.

.

.

Vitamin D dan Sistem Imun

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Sumber Vitamin D

 

Sumber matahari dan makanan merupakan sumber utama Vitamin D. Tetapi pendedahan kepada pancaran matahari yang terlalu ekstrim boleh mengudang bahaya ke atas kulit manusia.

.

Kajian mengenai Vitamin D dan Sistem Imun

Penyelidik percaya Vitamin D yang boleh diperolehi daripada makanan atau yang dihasilkan oleh kulit manusia yang terdedah kepada matahari, memainkan peranan utama dalam meningkatkan sistem imun.

.

Ia mencetuskan dan melancarkan sel T tubuh, iaitu sel-sel dalam badan yang mencari dan menghancurkan bakteria dan virus yang menyerang.

.

Para saintis di Universiti Copenhagen mendapati bahawa Vitamin D adalah penting untuk mengaktifkan pertahanan imun kita dan bahawa tanpa pengambilan vitamin yang secukupnya, sel pembunuh sistem imun – sel T – tidak akan dapat bertindak balas dan melawan jangkitan serius dalam badan.

.

Sel T perlu diaktifkan dengan Vitamin D

 

Bagi sel T untuk mengesan dan membunuh patogen asing seperti rumpun bakteria atau virus, sel-sel mesti terlebih dahulu ‘dipicu’ atau “diubah” dari sel-sel imun yang tidak aktif dan tidak berbahaya kepada sel-sel pembunuh yang bertujuan untuk mencari dan memusnahkan semua jejak daripada penceroboh.

.

Para penyelidik mendapati bahawa sel-sel T bergantung kepada vitamin D untuk mengaktifkannya dan mereka akan kekal tidak aktif atau ‘naif’ terhadap kemungkinan ancaman jika vitamin D kurang dalam darah.

.

Minyak Ikan atau Omega 3 dan Sistem Imun

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Sumber dan kandungan Omega 3

 

Kajian mengenai Omega 3 dan Sistem Imun

 

Selain popular dengan fungsi untuk mengurangkan keradangan, Omega 3 yang kaya dengan EPA dan DHA juga dapat melanjutkan fungsi Sel Imuniti iaitu Sel B.

.

Kajian menunjukkan Minyak Ikanyang diperkaya dengan DHA dapat mengaktifkan Sel B dan meningkatkan penghasilan antibodi.

.

Bawang Putih atau “Garlic” dan Sistem Imun

.

Satu kajian yang dilakukan oleh University of Florida menggunakan 120 orang untuk menentukan kesan bawang putih ke atas pertumbuhan sel imun dan gejala selsema dan selesema. Pengkaji mendapati  mengambil bawang putih dapat mengurangkan keparahan gejala selesema.

.

Bukan itu sahaja, bawang putih jufa mempercepatkan proses penyembuhan akibat selesema. Kesimpulan yang dapat dibuat darikajian itu ialah bawang putih telah meningkatkan fungsi sel imun peserta.

.

Satu lagi kajian yang dijalankan di Mexico, menggunakan kaedah yang sama, mendapati bahawa bawang putih mengurangkan kekerapan selesema pada orang dewasa.

.

.

Kunyit

 

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Kunyit

 

Manfaat sistem imun dari kunyit adalah melalui sebatian aktif utama yang terdapat di dalam akar kunyit yang dipanggil Curcumin. Kandungan Curcumin ini dianggap komponen utama yang bertanggungjawab terhadap kesan kunyit ke atas sistem imun badan.

.

Menurut sesetengah pengkaji, khasiatnya tidak mudah diserap oleh badan terutama bagi kunyit yang telah diserbukkan kerana ia telah disimpan lama.

.

.

Semoga informasi ini dapat membantu breastfeeding mum untuk meningkatkan sistem imun ibu sendiri dan bayi yang disusui. Jika ibu-ibu ingan mendapatkan bekalan Supplement Vitamin C, Vitamin D, Omega 3 dan Bawang Putih, boleh hubungi Mira ya.

.

.

Set Penyusuan dengan sumber Vitamin C, Omega 3 dan Vitamin D.

.

Kalau nak tahu, Vitamin C, Omega 3 dan Vitamin D ni antara item utama dalam Set Penyusuan Shaklee. Vitamin C Sustained Release Shaklee mampu bertahan selama 5 jam dalam badan kita dan diperkaya dengan bioflavonoid yang mampu membantu penyerapan Vitamin C ke tahap optimum.

.

FB IMG 1515291188934 01 - Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu. Tingkatkan Sistem Imun :)
Testimoni Set Penyusuan Lengkap Shaklee

 

Omega 3 pula merupakan bahan utama dalam Omega Guard. Omega Guard merupakan sumber Omega 3 yang kaya dengan sumber DHA dan EPA. Sangat baik untuk kesihatan ibu dan perkembangan mentak dan pelinghatan bayi sendiri.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Item-item yang dicadangkan dalam Penyusuan. Ada Set Basic, Medium dan Premum ya. Pm for details

.

Manakala sumber Vitamin D boleh didapati di dalam Ostematric, iaitu Pil Kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D dan Magnesium untuk bantu penyerapan Kalsium ke tahap yang optimum.

.

Bawang putih atau Garlic Complex merupakan salah satu produk Shaklee yang terkenal dengan fungsi melawan jangkitan kuman dan sangat bermanfaat untuk mereka yang mempunyai masalah keputihan, selalu demam serta selesema. Ia juga turut digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat, mabuk akibat kehamilan dan untuk membuang angin dalam badan.

.

images 1 - Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu. Tingkatkan Sistem Imun :)

.

Ia turut digunakan oleh ibu hamil yang mempunyai masalah darah tinggi dan gastrik serta keputihan.

images 2 - Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu. Tingkatkan Sistem Imun :)

.

.

Dapatkan Vitamin Sihat anda

.

Hubungi Mira di talian 010 22 88 151 (klik untuk Whatsapp) atau 012 531 9097 (klik untuk whatsapp Mira) untuk mendapatlan Produk Shaklee yang anda inginkan. Mira merupakan pengguna dan pengedar Shaklee yang sah.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit ? Bila wabak HFMD ni tersebar dengan meluas di Malaysia, Mira teringat pula waktu anak Mira terkena jangkitan HFMD di Korea few years back. Hygiene merupakan sebab utama.

.

Doktor galakkan untuk beri susu ibu untuk percepatkan kesembuhan HFMD

 

Selepas balik je Malaysia, kami terus bawa anak ke Klinik dan doktor sahkan itu merupakan  HFMD. Masa tu dah tahu dah mengenai HFMD ni melalui poster di Airport dan Mall yang Mira sempat singgah. Berderau jantung bila tahu tau.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Saranan doktor untuk terus berikan susu ibu kepada bayi yang dijangkiti HFMD

 

Sakit apa pun, bila doktor tahu baby menyusu badan, doktor akan encourage ibu untuk terus berikan susu badan. This is base on my experience dealing with lots of doctors. Terbukti susu ibu banyak khasiatnya dan Mira bangga sebab dapat menyusukan sendiri bayi Mira.

.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit :

HFMD di Selangor sehingga July 2018

.

Di Selangor sahaja,hampir 10,000 kes dicatatkan dan menurut Berita Awani, 9,300 Kes HFMD dilaporkan sejak Januari 2018  sehingga pertengahan Julai 2018.

.

Mangsa HFMD di Selangor dari January sehingga pertengahan Julai 2018.

 

Daripada 9,300 kes yang dilaporkan :
  • 8,501 kes HFMD melibatkan kanak-kanak berusia bawah 6 tahun di Selangor (Jan – Mid July 2018)
  • 568 kes HFMD melibatkan kanak-kanak berusia 7 – 12 tahun di Selangor
    (Jan – Mid July 2018)
  • 231 kes HFMD melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di Selangor
    (Jan – Mid July 2018)

 

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
HFMD juga boleh menyerang kanak-kanak 7 tahun ke atas serta orang dewasa

 

Menurut sumber lain, 600 kes direkodkan setiap minggu pada Mei 2018 (Minggu ke-15 hingga minggu ke-17) dan kes HFMD yang dicatatkan selepas itu mengalami penurunan kepada 300 kes setiap minggu.
.
.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit :

HFMD di Rantau Asia

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Malaysia dan Singapura adalah antara negara yang diserang HFMD

 

Negara-negara Asia Pasifik telah mengalami kecenderungan meningkatnya wabak HFMD dalam beberapa dekad yang lalu. HFMD telah mengakibatkan ribuan kematian di kalangan kanak-kanak.

.

HFMD mampu membawa kematian

.

Sejumlah 1,619,706 kes HFMD baru dengan 509 kematian dilaporkan di China pada tahun 2011. Wabak yang teruk juga telah disaksikan di Taiwan pada tahun 1998 dengan 129,106 kes HFMD dan 78 kematian kanak-kanak dilaporkan.

 

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Statistik kematian akibat HFMD di Taiwan pada tahun 1998

.

.

Ubat dan Vaksin untuk HFMD

.

Baru-baru ini kabinet di Malaysia ada ditanya mengenai tindakan kerajaan untuk membasmi HFMD dan menteri yang terbaru ada memberitahu kemungkinan menggunkan Vaksin yang kini sedang dalam kajian di Singapura.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Tiada rawatan khas untuk HFMD

 

Sehingga 2014, tidak ada ubat atau vaksin yang berkesan untuk HFMD, jadi langkah pencegahan seperti mengelakkan hubungan langsung dengan orang yang berpotensi dijangkiti, pembasmian kuman terhadap persekitaran yang tercemar virus, dan tabiat kebersihan peribadi yang baik menjadi satu-satunya cara yang berkesan untuk mencegah penyebaran wabak ini.

.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit : Mampukah Penyusuan Susu Ibu membanteras HFMD ?

.

Susu Ibu kurangkan risiko penyakit berjangkit

 

Terdapat kajian yang melaporkan bahawa penyusuan eksklusif dapat mengurangkan risiko banyak penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit lain pada kanak-kanak seperti otitis media, gastroenteritis, necrotizing enterocolitis, penyakit pernafasan, sindrom kematian bayi secara tiba-tiba, obesiti, dan hipertensi.

.

Penyusuan Eksklusif bantu kurangkan risiko demam

.

Di beberapa negara, penyusuan eksklusif dalam tempoh 6 bulan pertama telah dilaporkan mempunyai kesan perlindungan terhadap jangkitan saluran gastrointestinal pada masa kanak-kanak. Satu kajian baru-baru ini mengkaji kesan penyusuan eksklusif terhadap kejadian di kalangan pesakit HFMD. Kajian menunjukkan bahawa pesakit HFMD di kalangan kanak-kanak yang diberi penyusuan eksklusif mempunyai risiko demam yang lebih rendah di Xi’an, China

 

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Kajian mendapati susu ibu mampu kurangkan risiko demam dan penyakit berjangkit

.

WHO syorkan ibu menyusukan bayi pada 6 bulan pertama

.

World Health Organisation, WHO telah mengesyorkan ibu untuk memberikan penyusuan eksklusif  dalam 6 bulan pertama kehidupan, setiap kanak-kanak. Walau bagaimanapun, hanya 45.3% ibu-ibu telah menyusu anak mereka sekurang-kurangnya selama 4 bulan, dan hanya 21.6% telah menyusu selama 6 bulan di China.

.

Halangan untuk meneruskan Penyusuan Eksklusif

.

Terdapat beberapa halangan kepada penyusuan susu ibu yang konsisten. Menurut kajian Zhang, et al dalam 10 komuniti Cina, sesetengah ibu (32.0%) menganggap susu formula lebih berkhasiat daripada susu ibu. Bukan itu saja, 27.0% daripada ibu-ibu berpendapat bahawa penyusuan susu adalah berbahaya kepada pemulihan badan mereka.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Kaum Ibu sepatutnya lebih berhati-hati dengan maklumat yang diterima dan mengkaji terlebih dahulu. Minda kita sangat dasyat

 

Hasilnya, wanita atau kaum ibu kurang cenderung menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Pemikiran seperti ini menyebabkan mereka memilih susu formula berbanding susu ibu untuk tumbesaran bayi mereka.

.

Kelebihan Susu Ibu

 

Susu ibu boleh memberi beberapa kesan kepada perkembangan saluran gastroenteritis dan keupayaannya untuk melawan beberapa jangkitan dan penyakit. Pemindahan ejen pemakanan, immunoregulatory, immunomodulatory tertentu dan komponen anti-radang tertentu, terutamanya beberapa antibodi yang dihasilkan oleh ibu-ibu yang telah terdedah kepada patogen tersebut, mungkin memainkan peranan penting dengan mempromosikan kematangan dan kecekapan imun bayi.

.

Kanak-kanak yang diberikan susu ibu secara eksklusif mempunyai kurang risiko terdedah kepada virus daripada susu formula yang tercemar, cecair dan makanan pelengkap yang lain.

.

Kesimpulan dari Kajian

.
Kajian bertajuk “Protective effect of exclusive breastfeeding against hand, foot and mouth disease” yang dijalankan di China ini menunjukkan bahawa,  penyusuan eksklusif mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap tangan, kaki dan mulut di kalangan kanak-kanak dalam tempoh 28 bulan.

.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit :

Vitamin C mampu tingkatkan Imunisasi

 

Vitamin C antara yang terkenal dengan kebaikannya untuk meningkatkan sistem imun badan. Oleh itu tidak hairan mengapa ia merupakan antara salah satu komponen utama dalam kehidupan terutama untuk ibu-ibu.

 

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Vitamin C Sustained Release bertahan 5 jam dalam badan

 

Mira sendiri mengamalkan pengambilan Vitamin C sejak berpantang anak ke-2 dan kesannya, hingga kini, (hampir setahun lebih) Mira terpelihara dari jangkitan penyakit selesema, batuk dan demam. Even bila the whole family affected, Mira still maintain but of course Mira increase dosage when they are got ill.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Set Penyusuan yang Mira amalkan termasuk Alfalfa Complex

 

Anak-anak Mira pun sangat jarang sakit dan cepat sembuh kalau sakit pun. Thats why Mira always recommend pengambilan Vitamin C kepada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka dan Vitamin C merupakan antara element utama dalam Set Penyusuan Shaklee.

.

Kelebihan Vitamin C

 

Vitamin C yang mencukupi dalam badan mampu meningkatkan pengeluaran glutation, antioksidan yang merangsang sistem imun.

 

Bukan itu sahaja, Vitamin C diperlukan untuk sintesis kolagen, yang menguatkan tisu tubuh, sehingga menghambat jangkitan bakteria. Di samping itu, ia melindungi sistem imun dengan mempercepat pembentukan sel darah putih dan antibodi baru yang melawan bakteria dan virus, dengan itu mencegah jangkitan.

 

Vitamin C juga meningkatkan tahap interferon, bahan antivirus yang menghalang kemasukan virus dengan melapisi permukaan sel.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Kepentingan Vitamin C

 

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit :

Dapatkan Set Penyusuan dan Vitamin C anda

.

Jika anda membaca dari atas ke bawah, sudah pasti anda dah tahu kepentingan dan kebaikan susu ibu. Jika anda mempunyai masalah kekurangan susu badan, Mira syorkan anda mencuba Set Penyusuan Shaklee.

 

Mira sendiri hampir-hampir give up dan berikan susu formula kepada anak sulung tapi selepas Mira mencuba ESP dari Shaklee, susu bertambah dan anak terus berhenti susu formula dan meneruskan penyusuan sehingga berumur hampir 3 tahun.

 

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Item-item yang dicadangkan dalam Penyusuan. Ada Set Basic, Medium dan Premum ya. Pm for details

.

Dapatkan Vitamin C untuk boost Sistem Imun Ibu dan anak

.

Vitamin C merupakan salah satu item dalam Set Penyusuan Shaklee. Pengambilan Vitamin C yang berterusan dapat membantu membina pertahanan badan yang lebih kuat. Jika anda ingin mencuba Set Penyusuan, Mira galakkan anda mengambil ESP + Alfalfa (milkbooster) + Vitamin C dan Omega 3.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Testimoni Vitamin C Sustained Release

 

Selain Vitamin C, Omega 3 juga dapat membantu meningkatkan sistem imun badan ibu dan anak. BUkan itu sahaja, Omega 3 mengandungi DHA dan EPA yang baik untuk tumbesaran anak-anak dan merupakan agen anti-radang yang sangat baik untuk kekalkan tahap kesihatan anda.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Vitamin C Sustained Release dan Omega Guard (Omega 3) by Shaklee

.

Hubungi Mira untuk dapatkan Set Penyusuan atau Vitamin Sihat

.

Mira merupakan Pengguna dan Pengedar Shaklee yang sah dan kesemua Vitamin yang Mira jual akan datang directly dari Shaklee Malaysia. Kesemua Vitamin Shaklee telah terbukti keberkesanannya dan tidak membahayakan kesihatan.

.

Kesemua Vitamin Shaklee yang berada di pasaran Malaysia berasal dari US dan telah diperakui status HALAL. Setiap tahun Sijil Halal ini akan diperbaharui dan dikeluarkan untuk rujukan.

.

Hubungi Mira untuk mendapatkan Vitamin anda di talian 010 22 88 151 atau klik pada link ya.

.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit :

Rujukan

 

  1. www.ncbi.nlm.nih.gov. dengan kajian yang bertajuk “Protective effect of exclusive breastfeeding against hand, foot and mouth disease”.
  2. healthyeating.sfgate.com dengan tajuk “What Is a Good Vitamin to Help With the Immune System While Nursing?

Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia

HFMD bermaksud Hand Foot and Mouth Disease atau Penyakit Tangan Kaki dan Mulut kini sedang merebak di seluruh Malaysia.

.

Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia
Tanda-tanda anak anda dijangkiti HFMD

 

#hfmd #hfmdawareness #penyakittangankakimulut #berjangkit

.

.

Kes HFMD di Selangor

.

Di Selangor sahaja,hampir 10,000 kes dicatatkan dan menurut Berita Awani, 9,300 Kes HFMD dilaporkan sejak Januari 2018  sehingga pertengahan Julai 2018.

.

Mangsa HFMD di Selangor dari January sehingga pertengahan Julai 2018.

 

Daripada 9,300 kes yang dilaporkan :
  • 8,501 kes HFMD melibatkan kanak-kanak berusia bawah 6 tahun di Selangor (Jan – Mid July 2018)
  • 568 kes HFMD melibatkan kanak-kanak berusia 7 – 12 tahun di Selangor
    (Jan – Mid July 2018)
  • 231 kes HFMD melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di Selangor
    (Jan – Mid July 2018)
 .
Menurut sumber lain, 600 kes direkodkan setiap minggu pada Mei 2018(Minggu ke-15 hingga minggu ke-17) dan kes HFMD yang dicatatkan selepas itu mengalami penurunan kepada 300 kes setiap minggu.
 .
 .

Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia :

Kurangkan Risiko Jangkitan HFMD

.
Terdapat beberapan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko dijangkiti HFMD terutamanya kepada mereka yang mempunyai anak kecil.
.
Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia
Saranan kepada Pihak Pengusaha Pusat Jagaan Kanak-kanak
.

Langkah-langkah Mengurangkan Risiko Jangkitan HFMD

.

Langkah-langkah berikut boleh diambil untuk mengurangkan risiko HFMD dan ia merupakan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :

.

a) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.

b) Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.

c) JANGAN berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu, dan sudu.

d) Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.

e) Basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya, yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak.

f) Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan.

g) Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain.

h) Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, dinasihatkan tidak menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.

.

.

Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia :

Amalan Mencegah Jangkitan HFMD

.

Selain mengamalkan saranan yang diberikan oleh KKM untuk mengurangkan risiko jangkitan HFMD, amalan di bawah boleh diterapkan dalam kehidupan seharian untuk mengawal dan mencegah jangkitan HFMD.

.

.

5 Amalan bagi mengawal dan mencegah jangkitan HFMD

Amalan untuk mengawal dan mencegah HFMD adalah seperti berikut :

 

1. Penjagaan kebersihan diri;

2. Amalan cuci tangan yang betul;

3. Penjagaan kebersihan persekitaran;

4. Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska / tadika / tabika / pra-sekolah dan sekolah; dan

5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.

.

Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia
Langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit HFMD

 

Ini merupakan saranan yang dikeluarkan oleh KKM untuk rakyat Malaysia. Semoga ia boleh memberi rujukan kepada ibubapa dan penjaga di luar sana.

 

Sumber :
Kenyataan Akhbar KPK 28 Julai 2018 – Situasi Terkini Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Sarawak

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi. Bila dah ada anak ni, macam wajib pulak pergi zoo every year. Hihihi ? Bukan anak je excited, mak die lagi terlebih excited. Actually last year waktu pergi zoo tu boleh consider wrong timing so this year we all really plan our trip there.
.
Ada yang tanya entrance fee pula nanti so MIra letak sini siap-siap. Entrance ni boleh bawak kita masuk tengok panda as well tapi tak leh nak lama-lama sangat kat tempat panda tu dan stroller pun takleh bawak masuk yer.

.

Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Entrance Fee untuk Zoo Negara Malaysia

.

.

Apa nak consider before pergi Zoo

.

Jangan ulangi kesilapan Mira dan suami tau. Kami ni yang beria-ia sangat nak bawak anak tengok binatang tapi anak excited main je lebih. That was last year la. hihihi. That’s why this time around we make sure our kids dah really ready for it.

.

Nak kata ready sepenuhnya tu tak la sangat tapi die dah pandai la pronounce nama binatang dan dah kenal certain animals.Ni merupakan checklist yang ringkas je tau yang korang leh apply sebelum bawa anak-anak pergi Zoo.

.

1. Umur anak

.
Last year my boy was only 2 years old masa kite orang bawak gi Zoo. So Kat zoo selain tengok binatang dengan kurang perasaan, he tend to kutip daun dan kayu kering. Bukan setakat kutip, die siap main pasir lagi.

.

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Pastikan umur anak 3 tahun ke atas jika nak anak dan parents enjoy Zoo Time together

 

Geram la bile tengok kan… Animal show pun die tak really enjoy tengok. Die lagi excited nak usik budak lain. Bersuai kenal dengan budak sebelah dan sibuk nak usik bag orang. Air minuman orang pun die sibuk nak minum. Boleh jadi Hulk tau nak ikutkan. Tapi sabar je la. Budak-budak kan..

.

So kalau tak nak bertukar jadi hulk, make sure korang bawak anak gi Zoo bila anak-anak berumur 3 tahun ke atas.
.
.

2. Timing

 

Timing yang Mira maksudkan ialah keadaan Zoo. Kalau boleh kita nak elakkan cuti umum dan cuti hujung minggu. Bukan apa, both timing tu memang sangat ramai orang dan boleh jadi distraction for our kids.

.

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Hujung Minggu dan Cuti Umum memang Zoo penuh normally so kene la ambil cuti dan rancang cuti anda

 

Base on pengalaman Mira, bila kami pergi di hujung minggu, sangat ramai orang dan sangat bising. Kami even terlepas beberapa main station sebab nak elak bertembung dengan crowd. Rugi tau. First time pergi, tak tahu pun kewujudan tempat ? Panda dan orang hutan.

.

Not only that, memang tiada privacy and chances nak ambil gambar secara selfie atau wefie pun terhad sebab nanti masuk pulak muka orang lain. Bila dah penat berjalan, mesti la nak rest dan relax kan. Ada je Zoo sediakan pondok-pondok untuk kita istirehat, and if ramai orang, kene la share. Macam last year, waktu Mira menyusukan baby, selambe je lelaki lain datang dan duduk lepak kat tempat Mira susukan anak.

.

This year kami pergi hari biasa so memang tak ramai orang. Yang buat ramai pun foreigner tapi tak la crowded giler macam hujung minggu.

.

.

3. Nyamuk dan Serangga

.

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Nyamuk perkara biasa di Zoo

 

Zoo kan kawasan yang banyak pokok so nyamuk dan serangan kecil tu memang banyak. So kita tak nak la balik dalam keadaan badan penuh gigitan nyamuk. Sebagai persediaan, Mira bawa bersama Herbal Blend Cream.

.

Mira pakai kan baju lengan pendek untuk anak-anak sebab base on previous experience, cuaca sangat panas. Tapi Alhamdulillah Kali ni cuaca agak redup. Sementara suami berconference call, Mira pun sapu la Herbal Blend Kat tangan dan leher anak-anak.

.

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Herbal Blend dirumus daripada bahan semujadi yang selamat digunakan

 

Mula-mula boleh nampak nyamuk berterbangan tapi lepas dah sapu Herbal Blend tu, boleh nampak berkurang skit. Mungkin nyamuk tak suka agaknya dengan Bau herbal blend tu. It is a bit obvious sebab kami duduk di bench dekat area harimau which a bit redup dan gelap. Tapi best je bau Herbal Blend ni.

.

We all end up balik dengan satu gigitan nyamuk di muka baby sebab Mira tak sapu Herbal Blend kat muka baby dan pada belakang telinga si abang despite of anak-anak pakai baju tak berlengan. Pandai betul nyamuk tu cari spot nak gigit. Alhamdulillah abang tak banyak kene gigitan nyamuk macam tahun lepas berkat bawa Herbal Blend kali ni.

.

.

4. Pemakaian

 

Pakai aje baju yang menutup aura dan yang agak santai. Tak salah pun kalau nak berbaju kurung atau berkebaya. Ramai je orang Arab yang even berjubah. Selamat dari gigitan nyamuk. Hihihi.. Tapi boleh juga bawa topi untuk mengelakkan terkena bahang matahari. Kipas tangan atau electric fan yang portable tu pun boleh bawa supaya si kecil lebih selesa dan kurang meragam.

.

.

5. Pergi awal Pagi.

 

Zoo buka pada jam 9:30 Pagi hingga 5 petang. Jika bawa anak-anak yang dah cerdik sikit ni, memang kita akan spend a lot of time there. So better Pergi awal supaya kita tak terlepas sesi Animal Shows plus kita tak perlu rushing masa tengok animals.

.

We even took videos for memory. Video kepompong terbuka jadi butterfly pun ada tau. Tu penting sangat make sure tak ramai supaya kita dapat spend masa sepuasnya di any station point.

.

.

6. Dapatkan Map Zoo sebelum menjelajah Zoo

.

Map untuk Zoo ni korang boleh minta di pintu masuk. They all even recycle it. So ambil masa nak masuk dan return balik supaya orang lain boleh gunakan nanti. Even timing untuk Animal Show pun ada pada Map yang disediakan.

.

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Map Zoo Negara Malaysia

 

Bukan apa, kita nak make sure kita jelajah the whole Zoo dan tak skip those attraction yang menarik seperti Panda, Butterfly dan lain-lain. Boleh pilih nak naik trem atau jalan kaki. Kami memilih untuk jalan kaki sebab boleh la bersenam sambil berjalan-jalan tengok Animals.

 

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Bayaran untuk naik trem di Zoo Negara

.

.

7. Bekalan berkhasiat

.

Pagi-pagi before gi Zoo tu memang bangun awal tuk prepare bekalan. Pagi-pagi macam biasa Mira akan ambil ESP. Hari ni nak jalan-jalan kat Zoo so mesti guna banyak tenaga. Tak nak la pancit kat sana nanti kan. Lepas breakfast with sandwich, ambil keperluan harian seperti Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Alfalfa untuk banyakkan susu dan Omega 3 untuk get ready bakar lemak di Zoo nanti.

.

Bekalan untuk gi Zoo ? Zoo Malaysia takde restriction untuk bawa makanan. Nak ikutkan boleh je beli makanan kat sana. Mira just prepare makanan yang so call “berkhasiat” seperti sandwich ayam dan telur, buah-buahan segar (who;e fruit),Air Masak, Milo dan Ribena untuk anak-anak serta air-fryer fries. Pop Corn Madu pun boleh bawa sama untuk snack yang lebih berkhasiat tapi tak buat that day.

.

Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Healthy Food sebagai bekalan sebab tengah dietkan.. hihihi

 

Bukan tak nak beli, makanan yang dijual kat sana pun tak la sihat sangat, kebanyakkannyer jenis bergoreng dan segera seperti Maggi. Kat Zoo, kami cuma dapatkan Ais Krim for the whole family untuk menghilangkan bahang panas mentari sambil menikmati pemandangan Zirafah dan Zebra.

.

.

Bergambar di Zoo Negara Malaysia

.

Sekarang semua orang pun ada smartphone so boleh la ambil gambar sebanyak mungkin. Di Zoo Negara pun ada khidmat untuk ambil gambar as well. Dorang akan cakap saja-saja ambil gambar for their collection tapi nanti kita pun boleh dapatkan gambar tu dengan bayaran.

.

Ada 3 station atau lebih. Dorang sediakan booth untuk ambil gambar. Yang Mira tau ada di Pintu Masuk, di kawasan Pusat Panda dan di Pintu keluar. Harga die pun boleh tahan juga. Lebih murah if ambil banyak. RM76.00 untuk 4 gambar yang diprint dan dapat 16 keping softcopy.

.

Lain station, lain gambar latar belakang. Ni contoh gambar yang Zoo Negara provide. Ni gambar hiasan yer. Kalau ambil di Pusat Panda, belakang dia ada gambar Panda instead of Harimau dan Singa.

 

Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Gambar Hiasan

.

.

Testimoni Herbal Blend Cream dan Gigitan Nyamuk

Bukan Mira je yang gunakan Herbal Blend untuk elak gigitan nyamuk. Malah Herbal Blend digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan kegatalan akibat gigitan Nyamuk.

 

Nyamuk dah tak datang dekat

Testimoni ni exactly sama dengan pengalaman Mira. Tapi Silapnyer Mira lupa nak sapu pada muka baby. Tu yang baby kene cium dengan nyamuk kat pipi tue. hihihi..

 

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Bila sapu Herbal Blend, tempat sapuan confirm tak kene gigit dengan nyamuk

.

.

Herbal Blend always dalam handbag

Herbal Blend ni sejak Mira beli, memang always ada dalam handbag. Gatal ke atau kene gigitan serangga ke, sapu cepat-cepat. Sapu kat tumit kaki kita yang pecah-pecah pun boleh, Lagi cepat baiknya.

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Herbal Blend untuk dibawa ke mana-mana

.

.

Gunakan Herbal Blend untuk elak gigitan nyamuk

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Boleh sapu di semua bahagian kulit. Kat muka pun boleh sebab Herbal Blend ni diperbuat dari bahan semulajadi dan tanpa paraben

.

.

Kesan gigitan nyamuk cepat hilang

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Ruam hilang, kesan gigitan nyamuk pun menghilang lebih cepat dari biasa

.

.

Kurang rasa kegatalan lepas sapu Herbal Blend

7 Checklist Trip ke Zoo Negara bersama anak-anak sekali lagi
Kesan gigitan cepat hilang dan rasa gatal pun berkurang

.

.

Nak dapatkan Herbal Blend ?

Jika ada yang berminat nak dapatkan Herbal Blend Cream or any Supplement Shaklee, boleh hubungi \\\\\MIra di talian 012 531 9097 (Klik untuk terus whatsapp Mira)

.

Kesemua produk Shaklee memang Mira dapatkan direct dari Warehouse Shaklee. Mereka akan terus hantar ke rumah atau pejabat anda dengan jaminan tau.\ Yang nak COD area Bandar Puteri, Klang, contact Mira dulu yer sebab Mira tak simpan stok. Mira order base on permintaan.

.

Mira ,  Agen Sah Shaklee Anda

012 531 9097

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan ni tak ramai yang ambil kisah. Boleh tak minum kopi atau minuman berkaffein semasa menyusukan bayi? Kene berhenti minum kopi ke kalau mengandung dan menyusukan bayi ? Badan i memang lemah longlai kalau takde kopi doktor  :(. Ini antara soalan dan feedback ibu-ibu menyusu atau ibu hamil berkenaan dengan pengambilan kopi atau minuman berkafein.

 

Apa yang menyebabkan kopi ni jadi sesuatu yang perlu dikurangkan atau kenapa ramai ibu menyusu dan ibu mengandung elak minum kopi? Tak baik untuk baby ke? Mira antara banyak manusia yang telah mengurangkan pengambilan Kopi sejak hamil dan menyusukan baby.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Nutrisi untuk Si Comel

 

Ibu menyusu dan ibu mengandung memerlukan Nutrisi yang seimbang dan melebihi orang normal kerana nutrisi yang diambil bukan sahaja untuk mereka sebagai seorang wanita tetapi untuk bayi yang disusui dan bayi yang dikandungkan.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Nutrisi yang cukup penting bukan sahaja untukbayi tapi untuk kesihatan dan kecantikan ibu

 

Kopi juga memiliki kebaikannya tetapi pengambilan secara berlebihan tidak disarankan dan terdapat impak pada penyerapan nutrisi dalam badan.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Coffee dan minuman berkafein amalan seharian

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Kesan pengambilan minuman berkefein

 

Minuman berkafein adalah sebahagian daripada hidangan sarapan pagi bukan sahaja di US malah di negara Asia. Selain pengambilan kopi atau minuman berkaffein nie, ramai juga yang mengamalkan pengambilan suplemen multivitamin setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin pagi mereka.

 

Tidak ramai yang menyedari bahawa mengambil vitamin atau makanan berkhasiat dengan secawan kopi atau teh boleh mengganggu penyerapan banyak nutrien yang diperlukan oleh badan.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kesan Kafein ke atas Penyerapan Vitamin dan Mineral

 

Pengambilan Kopi atau minuman berkafein bukan memberi impak pada satu atau dua Vitamin sahaja, malah lebih dari tu. Kafein dalam kopi akan mempercepatkan proses pencernaan dengan meningkatkan kontraksi yang memaksa makanan melalui saluran penghadaman anda dengan lebih pantas.

 

Apabila pergerakan ini menjadi lebih cepat, masa untuk penyerapan vitamin dan mineral menjadi lebih pendek dan terdapat risiko vitamin dan mineral tidak dapat diserap oleh badan.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Penyerapan Kalsium

 

Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Pengambilan secawan kopi atau 150 mg kafein, boleh menyebabkan 5 mg kalsium dikumuhkan oleh badan. Kesan ini boleh berlaku walaupun selepas beberapa jam selepas pengambilan kafein.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Sumber Kalsium diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang

 

Satu kajian ke atas wanita menopaus mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 300 mg kafein sehari kehilangan lebih banyak kalsium yang diambil dari tulang mereka. Bukan itu sahaja, kafein juga mampu mengurangkan jumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang dikekalkan oleh tulang.

 

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil kafein pada kadar yang tinggi lebih mudah mengalami patah tulang pinggul dibandingkan dengan mereka yang mengelakkan pengambilan kafein atau minum secara sederhana (1 hingga 2 cawan setiap hari).

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Vitamin D

 

Kafein mampu mengehadkan jumlah Vitamin D yang akan diserap oleh badan. Vitamin D adalah penting dalam penyerapan kalsium dalam badan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang. Kekurangan Vitamin D mampu mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan mengakibatkan peningkatan risiko untuk mengalami osteoporosis.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Sumber Vitamin D untuk tubuh yang sihat

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Zat Besi (Iron)

 

Zat besi atau Iron diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah. Pengambilan minuman berkafein dan makanan yang tinggi zat besi pada masa yang sama boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi sehingga 80%, menurut Nutrition Desk Reference.

 

Pengambilan minuman yang mengandungi kafein perlu dipisahkan atau dijarakkan masa pengambilannya dengan makanan yang tinggi zat besi atau supplement zat besi sekurang-kurangnya satu jam.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Fungsi Vitamin C dalam membantu penyerapan Zat Besi (Iron)

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Vitamin B

 

Pengambilan Kafein boleh meningkatkan pembuangan air kecil. Vitamin larut air, seperti vitamin B dan Vitamin C akan lebih cepat disingkirkan dari tubuh apabila ini berlaku.

 

Di samping itu, kafein yang berlebihan mengganggu metabolisme beberapa vitamin B, seperti thiamine(vitamin B1). Hanya vitamin B12 yang mendapat manfaat dari pengambilan Kafein kerana Kafein merangsang pengeluaran asid perut yang membantu badan menyerap Vitamin B12.

 

Tanin yang terdapat dalam kopi boleh menyebabkan thiamine dalam multivitamin atau Vitamin B Complex berubah menjadi unsur yang sukar diserap oleh badan menurut MedlinePlus. Pengambilan Vitamin C dalam diet mampu mengurangkan masalah ini.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Fungsi, Kesan kekurangan dan Sumber Vitamin B

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Vitamin serta Minerals yang lain.

 

Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan copper. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral magnesium, potassium, sodium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu tindakan vitamin A dalam badan.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Anda perlukan Supplement ?

 

Supplement is important especially for mom to be atau nursing mom. Not only that, mereka yang always kepenatan dan sukar nak dapatkan real food yang berkhasiat, memang antara yang wajib amalkan supplement.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan

 

I was not into supplement previously sebab Mira rasa pemakanan je pun dah cukup tapi i was wrong. Lepas bersalin, satu persatu masalah datang hinggakan jadi tension tau. Kekurangan nutrisi untuk support badan kita antara punca tekanan dan kurang susu badan.

 

Baca kisah Mira dan Supplement Shaklee.

  1. Bagus sangat ke Vitamin Shaklee ni ?
  2. Masalah Kulit Kekeringan hilang lepas amalkan Supplement 
  3. Tekanan Darah Rendah ketika Hamil
  4. Bertenaga dan Susu Melimpah ruah 

 

Jika anda memerlukan sebarang Vitamin untuk jadi lebih sihat dan bertenaga atau atas alasan kesihatan, boleh hubungi Mira ye. Mira merupakan pengguna dan pengedar Vitamin yang berasaskan bahan semulajadi iaitu Shaklee.

 

Nak lebih jimat? Jom jadi ahli Shaklee dan nikmati harga ahli. Ada free gift menanti mereka yang mendapatkan Set Shaklee dari Mira tau. Bukan tu jer, Mira memang buat pembelian melalui Shaklee dan penghantaran barang Shaklee semua melalui Branch Shaklee. So memang ada jaminan untuk setiap Vitamin perjalanan menuju ke Rumah atau Pejabat anda. 🙂

 

Hubungi Mira di talian 012 531 9097 atau klik link ini untuk terus whatsapp Mira yer. Semoga artikel ini bermanfaat terutamanya kepada para ibu di luar sana.

 

 

 

Rujukan :

The Effect of Caffeine on Vitamin Absorption dari fitday.com

Can You Drink Coffee When Taking Multivitamins? dari livestrongs.com