Umrah dan Haji, Pergi Sihat, Balik pun Sihat

Umrah dan Haji, Pergi Sihat, Balik pun Sihat. Ini impian semua orang yang mengerjakan Haji mahupun Umrah.

Terlalu banyak cerita sedih yang Mira dengar yang berkaitan dengan kesihatan para jemaah haji dan umrah Malaysia.

 

 

Umrah dan Haji, Pergi Sihat, Balik pun Sihat :
Kewajipan Haji dan Umrah

 

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan.Firman Allah SWT:

“Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.”(Surah Al-Imran, ayat 97)

 

Menunaikan haji nie merupakan rukun Islam kelima dan ia dikerjakan  di sekitar tanah suci Mekah dari 9 hingga 13 Zulhijah.

 

Menurut salah satu blog, Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.

Continue reading Umrah dan Haji, Pergi Sihat, Balik pun Sihat