Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ??

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ?? Ni soalan dalam kepala Mira pagi Ahad lepas so kalau nak tahu kene la buat dan rasa kan. Mak mertua dan bapa mertua pun suka tau cara nie.

.

Kali ni even tak letak garam, pepper atau butter, rasa jagung tu sedap. Mummy yang mula-mula gelakkan Mira pun terus cakap,”Betul la you cakap Mira. Bila masak ikut timing, rasa die lain”.

.

Banyak cara boleh masak jagung ni tapi kalau rebus, nanti hilang pula nutrientnya so lets try kukus pula hari ni. 

.

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ??

Jagung Segar dari Pasaraya

.

Mira beli jagung ni di NSK. Mula-mula ingat nak bakar guna oven untuk suami as bekalan lunch tapi suami kata susah nak makan plus he prefer the normal bekalan yang Mira. Buat pun atas request suami yang sedang menjaga badan. 

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ??
Balance jagung yang tinggal. Cukup la untuk kami 4 orang dewasa di rumah ni.

.

Mummy inform yang normally daddy beli jagung di pasar malam. Tapi Mira dengan 2 anak kecil ni mana la larat nak ke pasar malam.

.

Nanti bila si abang mula nak lari sini sana and si adik nangis-nangis takut orang ambik, terus jadi hulk pulak. So pasaraya tempat yang paling mudah dapat semua benda.

.

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ??

Cara Pilih Jagung Segar

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ??
Koyakkan sedikit kulit jagung tu untuk tengok isi dia cantik atau tak.

Mira tak la pandai sangat tapi seingat Mira, dulu mak ada gitau, bukak je jagung tu sikit dan ensure jagung tersusun cantik tanpa ada rongak sana dan sini.

.

Mak pesan lagi, pastikan jagung tu nampak fresh which means tak ada butir jagung yang dah kecut. 

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ??
Jagung Segar

.

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ?? :

Pilihan Cara Masakan untuk Jagung Segar

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ??
Pilihan cara untuk memasak. Pengekalan nutrisi seseatu makanan sangat berkait rapat dengan cara masakan. 

.

Ada banyak cara nak nikmati jagung ni. Nie antara yang mudah dan senang tanpa perlukan banyak bahan :

  • Jagung Bakar atas Api- Malas nak bakar sendiri. Bau asap satu rumah pula nanti
  • Jangung Bakar Oven bersama Kulit – Ambil masa 20 minit
  • Jagung Rebus – Ambil masa 10 – 15 minit tapi nutrient hilang pula
  • Jagung Kukus  – Masak dalam 7 – 10 minit

.

Nutrisi dalam jagung antara yang Mira utamakan. So Mira pilih untuk masak secara kukus. Lagi pun orang kata kalau kukus ni, rasa jagung lebih terpelihara. Manis jagung tu lebih terasa.

.

Lagi pun jagung kukus ni lebih pendek masa penyediaannya. So Mira pilih untuk kukus sahaja jagung hari nie. 

.

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ?? :

3 Cara Berbeza Kukus Jagung

.

Terdapat 3 cara yang berbeza nak kukus Jagung ni :

  • Kukus secara Manual  -> Masak dalam 7 – 10 minit
  • Kukus guna Microwave -> Masak dalam 4 – 6 minit
  • Kukus guna Oven ->  Masak dalam 30 minit

.

Mira kukus secara manual sahaja since kukus guna oven dan microwave memerlukan jagung tu terendam sebahagiaannya dalam air dan potensi nutrisi loss tu ada.  Actually masak guna oven dan microwave pun lebih cepat actually.

.

.

Kukus Jagung secara Manual 

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ??
Cara memasak Jagung Rebus secara Manual
  1. Bersihkan jagung dan kerat kepada 2 bahagian jika terlalu besar
  2. Boil atau didihkan air.
  3. Selepas air sudah mendidih, masukkan jagung yang telah dipotong ke dalam bekas pengukus. Letakkan pengukus diatas air yang mendidih tadi serta tutupkannya. Kukus selama 7 hingga 10 minit. 
  4. Jagung yang dah masak ni warnanya lebih kekuningan atau keemasan yang tebih terserlah 🙂
  5. Angkat dan hidangkan atau masukkan di dalam bekas yang kedap panas. Bekas kedap panas ini membolehkan hidangan kekal panas pada tempoh yang lebih lama. 
  6. Bila nak makan, boleh sapukan butter serta taburkan garam dan lada hitam sedikit. 

.

.

Kukus Jagung guna Microwave 

.

Cara kukus jagung menggunakan oven. Ihsan WikiHow
Cara kukus jagung menggunakn microwave. Gambar Ihsan dari WikiHow

.

Cara Penyediaan :

  1. Bersihkan jagung. Buang kulit dan bebenangnya dan potong jagung kepada 2 bahagian.
  2. Dalam satu mangkuk, masukkan 2 sudu besar air.
  3. Masukkan jagung yang telah dipotong ke dalam mangkuk berisi air tadi.
  4. Tutup mangkuk kaca dengan plastik yang biasa digunakan untuk memasak atau memanaskan makanan di dalam oven. Buatkan lubang menggunakan garfu.
  5. Masukkan mangkuk ke dalam microwave dan masak selama 4 ke 6 minit.
  6. Masa masak bergantung kepada jenis microwave tau. Bila jagung dah masak, warna keemasannya akan nampak lebih terserlah.

.

.

Kukus Jagung guna Oven 

.

Jagung Rebus atau Jagung Kukus ? Mana lagi sedap ??
Cara kukus jagung menggunakan oven. Ihsan WikiHow

.

Cara Penyediaan :

  1. Tetapkan suhu oven pada 400F atau 205C.
  2. Bersihkan jagung. Buang kulit dan bebenangnya dan potong jagung kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan jagung yang telah dipotong ke dalam mangkuk. Jangan masukkan garam tau, nanti jagung akan menjadi keras.
  4. Masukkan sedikit air ke dalam mangkuk tadi untuk membolehkan steam dihasilkan. (Ketinggian air dalam 1/2 inch)
  5. Tutup mangkuk tadi menggunakan aluminium foil. dan masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit.
  6. Semasa jagung sedang dibakar, boleh sediakan bahan untuk disapu sebagai penambah rasa. Gunakan Butter, Garam dan daun parsley.
  7. Cairkan butter dan campurkan bersama garam dan daun parsley jika ada.
  8. Keluarkan jagung dari oven dan buang air yang terdapat dalam mangkuk dan sapukan butter yang telah dicairkan.

.

Selamat Mencuba. Semoga Bermanfaat ya. Jika ingin dapatkan Vitamin C berasaskan Jagung dengan kesan selama 5 jam di dalam badan, Mira boleh bantu.

.

Pm atau Whatsapps Mira at anytime ya. 

Mira – http://www.wasap.my/60102288151/

.

Reference :

WikiHow

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang

.

dalca kambing - Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Dalca Kambing. Gambar dari Internet.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang. Mira kongsikan hari ini resepi Dalca Kambing yang mendapat pujian Mak Mertua dan Suami. Alhamdulillah Dalca Kambing menjadi dan semua pun enjoy makan.

.

Selain gunakan kambing, boleh juga gantikan dengan ayam untuk mereka yang tidak menggemari kambing.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Dalca Ayam. Gambar dari internet

.

It has been a while since Mira posting related to Recipes and others.Lama pula cuti kali ni. Biasalah, bila suami cuti, isteri pun tumpang sekaki. Hihihi

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Happy Deepavali

.

Tak terlambat lagi rasanya nak ucap Happy Deeepavali kepadasemua yang meraikannya. Semperna dengan Deepavali last week, macam biasa, Mirapun turut busy kat dapur dengan mother-in-law.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Happy Deepavali 2018

.

1st day, masak makanan yang husband request and just tolong-tolong mummy.  Pagi Deepavali memang mummy akan berkongsi juadah dengan jiran kami yang sering juga menghantar lauk terutama di pagi raya.

.

Bukan sehari je sambut Deepavali, Sabtu lepas, hubby ajak kawan terdekat untuk datang merayakanDeepavali selain untuk merapatkan silaturahim.

.

Macam biasa, bila suami cakap nak ajak tetamu datang rumah je, Mira dah ligat fikir nak masak apa. Plan asyik bertukar and end up denganNasi Minyak, Dalca Kambing, Sambal Ayam dan Acar Timun Nenas.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Fikir punyer fikir, at the end, Nasi Minyak, Dalca Kambing, Sambal Ayam dan Acar Timun Nenas jadi pilihan

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Mummy jadi penyelamat

.

It was a relief juga sebab mummy tolong banyak sangat kali ini. Dari bab beli barang hingga during dan after tetamu balik. Nak buat semua bende dengan putera dan puteri ni, memang tak menyempat la.

.

Pagi-pagi lagi mummy dah teman Mira dan pengiring rasmi ni gi cari barang dapur. Bab memasak pun mummy bantu. Nasi Minyak tu memang suami kata minta mummy buatkan so memang tu dah lega dah. Bab yang mummy pakar, Mira memang akan let it be like that.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Let the expert do what they are BEST at and we focus on what we can do better 🙂

.

That’s why Mira jarang sangat masak lauk kari di rumah. During the day itself, mummy juga yang siapkan Acar Timun Nenas while Mira masak Dalca Kambing dan Sambal Ayam.

.

.

Masak dengan putera dan puteri kesayangan

.

Dengar macam senang tapi bila masak bertemankan 2 budakkecik nie yang suka datang menjengah dan menolong, pening juga.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Never be easy but its fun sometimes. Let them learn as much as they can

.

Ada mintadukung, minta nak tengok apa ada dalam kuali, minta nak rasa, minta nak main dan masak sama-sama. Sometimes sampai lupa nak masukkan ingredient dalam lauk.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Cooking together with kids as early exposure and at the same time, encourage them to eat and learn

.

Daddy ada je kat rumah dan dah stand by nak jaga 2 budakkecik ni tapi both of them wajib masuk dapur. Bawang, besen dan sudip semua pun sampai ke hall dorang bawak.

.

Bila ada budak-budak ni, jangan larang sangat apa dorang buat, let them learn as well ? That’s my policy. But safety first 🙂

.

.

Learn from Mistakes.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Learn from experience. From your experience or others.

.

Lesson learned from previous session, Mira perlu sediakan semua bahan and put a side. Kiranya memasak ala-ala masuk tv la. Barang semua dah ada kat tepi. Tinggal tak perlu nak diperkenalkan je.

.

Make sure semua bahan licin sebab kalau ada yang tertinggal, maksudnya ada a yang tak campak dalam kuali.. hihihihi

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Daun pudina penambah wangi Dalca Kambing

.

This time, nasib baik Mira perasan daun pudina yang Mira danmummy over look nak masuk dalam Dalca. Mira yang masak tapi mummy tolong-tolongespecially bila si kecil minta menyusu. Tu yang daun pudina tertinggal ataskitchen top.

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Perkongsian Resepi

.

So for today, Mira nak kongsikan resepi Dalca Kambing yang suami, mak mertua dan tetamu Mira puji bila makan. Kalau nak tahu, Ni kali ke-2buat actually. Alhamdulillah, semua pun suka.

.

1st time Mira buat dulu was 2 years ago. But that time buat Dalca Ayam. Mummy memang suka while daddy langsung tak usik sebab dia kata mana ada orang buat Dalca Ayam. Dalca Kambing ada la. Mira layan jer. Mummy yang cerita daddy tak usik langsung tapi mummy repeat makan 🙂

.

Resepi ni Mira ambil dari internet je pun tapi tuan punyaresepi ni memang terkenal dengan perkongsin resepi masakan nasi kandar. MamakHaji la, sape lagi.

.

Mira dah cuba resepi ayam masak kicap beliau dan memang sedap.Suami pun suka. Boleh dapatkan Resepi Ayam Masak Kicap ala Penang di sini. (klik link ini ya)

.

Selain itu, boleh dapatkan resepi Kobis Goreng Ala Mamak Penang di sini.

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Resepi Dalca Kambing ala Mamak

.

Bahan A  – Kambing /Ayam serta Kacang Dhall

  • ½ kg Kambing (tulang dan isi – boleh gantidengan ayam
  • 150 grm kacang dhall.

.

Cara Penyediaan Bahan A :

.

Cara asal ialah rebuskan tulang kambing dan dhallbersama-sama. Jika direbus menggunakan periuk biasa, masak sehingga 45 minit.Nak senang guna pressure cooker je. Cepat sikit masaknyer. Hihihi. Tak sampai15 minit, daging dah empuk.

.

Mira dah rendam kacang dhall tu semalaman so Mira masak daging dan tulang kambing menggunakan pressure cooker terlebih dahulu. Bila daging dahlembut, Mira masukkan kacang dhall dan masak sekali lagi menggunakan pressurecooker tadi.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Dhall India lebih kecil dan lebih gelap berbanding Dhall Australia yang lebih besar

.

Mamak Haji ada advice yang kacang dah ni jangan disimpandalam peti sejuk, nanti kacang dhall tak empuk atau tak masak. Mamak Hajigunakan Kacang Dhall Australia dan Mira pula gunakan campuran kacang dhall India dan kacang dhall Australia.

.

.

Bahan B  –  Penyediaan Rempah

.

  • 1 sudu kecil Jintan Putih
  • 1 sudu kecil Jintan Manis
  • 1 sudu kecil serbuk Kunyit
  • 3 sudu besar serbuk Rempah Daging
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (Mira tak guna)
  • 1 sudu kecil garam masala (Mira tak guna)

.

Cara Penyediaan Bahan B :

Gaulkan semua rempah dan masukkan sedikit air untukmenjadikan ia sebagai pes. Mira tumbukkan Jintan putih dan Jintan Manis sebelummix everything. ?

.

.

Bahan C – Bahan Menumis 1

  • 2 biji Bawang Besar dihiris
  • 1 batang Kayu Manis
  • 5 biji Bunga Cengkih
  • 3 biji Bunga Lawang
  • 5 biji Buah Pelaga
  • 1 batang Serai, diketuk
  • 1 helai Daun Pandan, dipotong 3 inch Panjang
  • 2 tangkai Daun Kari

.

.

Bahan D – Bahan Menumis 2

  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inch Halia

Atau

  • 1 sudu besar Pes Halia Bawang

.

Cara Penyediaan Bahan D

.

Tumbuk halus kedua-dua bawang putih dan halia.

.

.

Bahan E – Penyediaan Sayur-sayuran

.

  • 2 batang Lobak Merah / Carrot (Buang kulit dan potong serong (45 darjah) dalam 5 – 8mm tebal)
  • 2 biji Terung Bulat (Potong lapan dan rendam untuk elak terung menjadi hitam)
  • 5 biji Kentang (Kupas kulit dan potong lapan – rendam untuk elak menjadi lebam)

.

Optional  : PisangMuda atau Mangga Muda (rendam dalam air untuk elak lebam)

.

Mira gunakan 1 batang carrot, 1 biji terung bulat, 2 bijikentang dan kacang Panjang untuk Dalca Kambing kali nie. Kalau nak elaksayur-sayuran ni menjadi lebam, boleh rendamkan seperti yang Mamk Haji advice.

.

Alternatively, potong sayur-sayuran ni kepada saiz yanglebih kecil apabila nak masukkan dalam dalca. Tak la terdedah kepada udara danjadi lebam. Mira tak nak Vitamin B dan C larut dalam air so Mira potong bilaMira nak masukkan dalam Dalca.

.

.

Bahan F – Penambah Rasa dan Penaik Bau

.

  • 100 gram Santan Pekat
  • 2 sudu besar Asam Jawa
  • 2 tangkai Daun Pudina
  • Cili Hijau / Cili Merah

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Cara Penyediaan Dalca Kambing

.

1. Masak terlebih dahulu kambing dan kacang dhall.

.

Cara asal ialah rebuskan tulang kambing dan dhallbersama-sama. Jika direbus menggunakan periuk, masak sehingga 45 minit. Naklebih cepat dan mudah, boleh gunakan pressure cooker je.

.

Mira dah rendam kacang dhall tu semalaman so Mira masak dagingdan tulang kambing menggunakan pressure cooker terlebih dahulu. Bila daging dahlembut, Mira masukkan kacang dhall dan masak sekali lagi menggunakan pressurecooker tadi.

.

.

2. Panaskan minyak dan tumis Bahan C dan Bahan D.

.

Bila minyak dah panas, masukkan serai, daun pandan, kayumanis, bunga lawing dan buah pelaga. Tumis sehingga naik baud an masukkanhirisan bawang merah. Goreng sehingga bawang merah menjadi keemasan.

.

Masukan pes bawang putih dan halia. Pastikan api tak terlalubesar untuk elakkan pes bawang putih halia menjadi hangus. Masak sehingga pecah minyak.

.

.

3. Masukkan Rempah yang telah disediakan.

.

Rempah atau Bahan B perlu disediakan terlebih dahulu. Gaulkansemua terlebih dahulu. Mira tumbukkan Jintan putih dan Jintan Manis sebelum mixe verything dan menjadi pes. ? Boleh tambahkan sedikit air semasa penyediaan pes.

.

Masukkan pes rempah yang dah disediakan dan kacau sebati.Masak sehingga 1 – 2 minit dan masukkan Daun Kari.

.

.

4. Campurkan tumisan dengan rebusan kambing dan dhall.

.

Campurkan Rebusan Dhall dan Kambing dengan Tumisan Rembah. Jika terlalu pekat, boleh masukkan air atau sehingga mencapai tahap kepekatan dalca yang diinginkan. Kalau suka pekat, pasti air rebusan tu ngam-ngam.

.

Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong ke dalam kuah dalca dan kuatkan api masakan. Masak sehingga kentang empuk.

.

Bila kentang dah cukup masak, boleh masukkan santan pekat dan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula.

.

Bila kuah Dalca mula mendidih, boleh tutup atau matikan api masakan dan masukkan dauh pudina dan tutup periuk. Sedia untuk dihidangkan

.

.

Selamat Mencuba 🙂

.

Rujukan : 

Resepi ini diambil dari website balannambiar.wordpress.com

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak

Previously Mira dah share tapi Resepi Kobis goreng dengan 3 cara yang berbeza iaitu masak dengan kicap air , goreng ala kampung dan goreng mamak style. Hari ni kita fokus resepi Kobis Goreng Mamak Style je k.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak : Kobis Goreng Mamak Style

Weekend again and today macam blank sikit nak masak apa. Breakfast simple je today, roti bakar for all. Buat bila nak makan. Masuk toaster je la yer.. hihihi pastu sapu butter atau kaya.

.

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak : Selangor Tak Ada Air ?

.

Selangor ni gangguan air tu biasa tapi that was last year la. Tahun ni macam kurang sikit. Sebab tukar kerajaan ke? Tak sure. Hopefully will be getting better very soon.

.

Last Friday suami kata air takde dari 9 malam hingga 1 pagi. Ape lagi, mummy (MIL) pun tadah la air siap-siap walaupun kejap je tempoh masanya. End up, air tetap ada. Takpe la, sebab dah tadah, air boleh guna untuk masuk washer machine je nanti.

.

Tiba-tiba tak ada air

Pagi nie, Mira turun je bawah dan inform mummy air tak ada. Mummy terus senyum dan cakap, “i dah simpan dah ayam. Ingat nak buat kari ayam tapi air tak ada. So hari ni cuti masak”.

.

.

Cancel Cuti Masak

.

Tak sampai 2 jam, air dah ada balik. Tak sure la berapa lama air takde. So mummy teruskan niat buat kari ayam dan request Mira buat Kobis Goreng Mamak. Baru 2 hari lepas MIra buat and today mummy request lagi.

.

Request Goreng Kobis Mamak Style

.

Last 2 days Mira yang offer gorengkan kobis since kobis ada 2 biji kat rumah dan hari Jumaat merupakan Vegetarian day for my parents in law.

.

Tapi kali ni mummy minta goreng sayur tu sampai lembut sebab daddy sakit gigi. Daddy yang suka kobis goreng mamak ni actually. So Mira pun buat la. Today Mira share sekali lagi resepi ni.

.

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak : Resepi Kobis Goreng Mamak

.

Bahan-bahan yang diperlukan

.

Bahan Utama

Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg

.

Catatan dari Mamak Haji
Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).

.

.

Bahan Menumis

Bahan menumis ni Mira bahagikan kepada 2 bahagian yang berbeza. 

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak

.

.

Bahan Menumis A :

.

3-4 sudu minyak masak.

1/2 sudu halba campur (kalau suka)

3 ulas bawang putih dihiris halus.

1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.

3-4 cili kering.

3 dahan daun kari.

1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.

.

Bahan Menumis B :

.

1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.

1 sudu kecil (tsp) jintan putih.

1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.

1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).

2 biji cili hijau.

1 batang karot di potong halus untuk hiasan.

1 sudu kecil gula pasir.

.

.

Bahan Tambahan sebagai hiasan

Hirisan cili muda atau cili merah

Hirisan karot.

Daun Ketumbar (corriander)

.

.

Cara Penyediaan

Cara penyediaan ni as per describe by Haji Mamak tau.

.

.

Tumis Bahan A

.

1. Masukkan minyak masak dalam kuali dan apabila minyak panas, masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletop, masukkan segera bawang putih yang telah dihiris halus.

.

Apabila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan bawang hiris dan juga cili kering dan juga daun kari.

.

Perhatikan bawang tadi, bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, masukkan segera pes bawang putih halia

.

Catatan Mamak Haji :
Ini kena lakukan dengan cepat, (masukkan pes bawang putih halia) sekiranya minyak terlalu panas, masukan satu sudu lagi minyak baru dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali.

.

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
Bahan Tumis A yang ditumis terlebih dahulu

.

.

Masukkan Bahan Tumis B dan Sayur

.

2. Masukan serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih, gula tetapi jangan masukan garam dahulu. Goreng sehingga pecah minyak .

.

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
Masukkan bahan tumis B ke dalam bahan tumisan A

.

Bila minyak mula timbul, masukan sayur kobis. Keraskan api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit.

.

Sederhanakan api dapur dan tutup gorengan dengan tudung. Jangan biarkan terlalu kering dan hingga hangus. Yang selamat masukkan 1 cawan air.

.

.

3. Masakan sayur Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.

.

.

4. Buka tudung, masukkan garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai).

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
Sayur KObis goreng ala mamak style

.

5. Masukkan hirisan cili muda (atau merah) dan hirisan hiasan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan daun rempah (corriander) di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.

.

.


Rujukan

balannambiar.wordpress.com

Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap

Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap ni base on eperience Mira dan rujukan as well.

Baru semalam makan Nasi Lemak tapi teringin pula nak makan Nasi Lemak yang simple macam kat kampung-kampung dengan sambal yang sedap, just like the one mak used to make.

Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap
Nasi Lemak dengan daun pisang sangat mengancam! Aroma yang Best Giler..

Since kahwin, cara masak sambal Mira dah lain sikit since Suami dan keluarga mertua sangat menjaga pemakanan mereka. Terkejut giler dorang dulu masa first time Mira masak sambal.


Sambal banyak minyak


Sedap tu memang sedap tapi dorang terkejut paling dasyat sebab banyaknyer guna minyak! Since then, Mira masak sambal with less minyak and less cili. Memang la lain rasa die tapi nak jaga kesihatan kan.

Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap
Suami Mira dan parents in law memang takut tengok minyak yang banyak kat dalam sambal nie.. hihihi

After years, tetiba rindu nak masak dan makan Sambal Tumis yang mak pernah ajar dulu. So today will be the day Mira buat the same type of sambal with Nasi Lemak yang simple tapi sedap.

.

Bukan apa, banyak minyak tu nak make sure sambal tu garing. Cili lebih pula nak buat nampak macam betul-betul sambal. Tak la pucat warnanya dan mengancam rasanya.


Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap

Nasi Lemak

Nasi Lemak sendiri memang ada macam-macam style dan rasa. Pernah je dulu mak buat nasi lemak dengan halba, bawang dan letak serai pun pernah. I did the same. Try a lot of type of nasi lemak recipe termasuk yang letak rempah.

But for today Mira kongsikan Resepi Nasi Lemak yang simple dan sedap. Normally Nasi Lemak macam ni kita jumpa being pack dengan daun pisang kat kampung-kampung.

Resepi Nasi Lemak dan Sambal Sedap

Resepi nie Mira buat base yang mak ajar tapi dengan cara yang berbeza. Cara ni Mira ikut dalam blog Azie Kitchen. Nasi Lemak yang jadi memang sedap dan nampak putih. Tak la kekuningan macam yang selalu Mak, Mertua dan Mira selalu buat.

Mira ikut dalam blog Azie Kitchen. Nasi Lemak yang jadi memang sedap dan nampak putih. Tak la kekuningan macam yang selalu Mak, Mertua dan Mira selalu buat.

Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap
Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap

Resepi Sambal pula base on apa yang Mak ajar dulu tapi Mira letak juga yang blog Azie Kitchen ajar which more simple. Mira buat penambahan as off yang mak ajar dlu.

Enjoy the Recipe and Nasi Lemak with Sambal yang Sedap 🙂

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan :

Beras
Santan
Daun Pandan
Halia
Garam
Air
Gula (jika suka)

Cara Penyediaan:

1. Mira sediakan dulu santan untuk Nasi Lemak. Sukat dan letak tepi siap-siap. Penggunaan cecair selalunya ratio dia 1:1 unless kalau guna beras basmathi.

2. Sukat santan yang dah diparut dan diperah santannya. Hari ni Kita akan tanak Nasi ni dengan air biasa dahulu then dah masak baru kita letak santan. Thats why perlu sukat betul-betul. Warna Nasi yang jadi nanti akan lebih putih dan cantik bila guna cara Kak Azie Kitchen ni.

3. Tanak nasi seperti biasa dalam periuk nasi bersama hirisan halia, simpulan daun pandan serta garam.

(Boleh add gula kepada sape-sape yang suka and minyak bijan as well. Ni mak pernah ajar dulu tapi Mira tak buat kali ni.)

Normally kalau kita masak nasi biasa, 3 cawan beras menggunakan 3 cawan air. Nasi lemak ni Mira masak dengan 3 cawan beras ditambah dengan 1 1/2 cawan air biasa dan dibiarkan masak bersama bahan-bahan yang lain. Kita akan masukkan 1 1/2 cawan santan kemudian.

4. Bila nasi masak je, terus masukkan santan yang kita dah sukat tadi dan kacau. Tutup periuk dan masak balik nasi tadi dalam periuk nasi. . Boleh refer Video yang kak Azie Kitchen sediakan nie yer.. Just in case 🙂

Resepi Sambal

Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap
Nasi Lemak bersama Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan :

Cili kisar (Cili kering direbus dan dikisar)
Bawang Besar/ Bawang Kecil
Bawang Putih
Ikan Bilis
Belacan (jika suka)
Udang Kering (jika suka)
Hirisan bawang (jika suka)
Air
Air asam Jawa
Garam
Gula

Cara Penyediaan :

1. Mira akan rendam 1 mangkuk ikan bilis as yang mak always buat. Mayb untuk lembutkan ikan bilis dan kembangkan dia. Air dia jangan buang. Nanti kita masukkan dalam sambal kemudian.

2. Blend bawang putih + bawang kecil atau bawang merah. Mak selalu cakap kalau nak sambal sedap, letak udang kering. Boleh juga letak belacan.

Normally kalau takde belacan Mira ganti dengan udang kering tapi today both pun Mira masukkan. Ikan bilis je Mira tak blend bersama bawang today sebab ada udang kering dan belacan.

3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang dah dikisar tadi sehingga garing. Kali ni banyak juga minyak yang Mira gunakan sebab teringin nak makan sambal macam mak buat dulu.

Sambal ni kalau kita guna banyak minyak memang cepat masaknyer. Both bawang dan cili jadi mudah garing aka pecah minyak.

4. Bila bawang dah garing, masukkan cili kisar pula. Masak lagi sehingga pecah minyak dan masukkan gula. Lepas masukkan gula, Mira sediakan dan masukkan air asam jawa.

Gula akan menyebabkan warna sambal tadi jadi lebih gelap. Ada juga yang suka guna gula melaka atau gula merah untuk naikkan warna sambal. 

Kacau sambal tadi, Memang agak kering sebab both cili dan bawang dah garing. Air asam jawa pun tak mencairkan sangat sambal tadi, especially kalau guna asam jawa paste.

5. Kemudian masukkan ikan bilis bersama air rendaman tadi. Lepas letak ikan bilis dan air rendaman ikan bilis tu, sambal akan jadi lebih cair. Mira masukkan sekali hirisan bawang untuk memeriahkan lagi sambal.

6. Masukkan garam dan rasa. Masak sehingga mencapai kepekatan sambal yang korang suka dan rasai sambal tu. Bila semua dah cukup, tutup api dan dah boleh hidang.

Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap :

Rajin makan sambal masa mengandung dulu


Mira masa mengandung dulu memang giler makan sambal dan tak leh nak makan kari sangat. Both pregnancy pun macam tu. Normally Sambal Paru, Sambal Udang, Sambal Sotong or Sambal Ayam.

Jarang sikit masak sambal sebab tak ramai minat makan sambal dan suami pun always travel masa tu. So Mira akan keluar beli waktu tengahari. Nasib baik ada yang menjual dan rasanyer pun best.

Kolesterol tinggi


Masa check up pregnancy, doktor mula la bising bout kolesterol level dalam darah Mira. Dia kata muda -muda lagi kolesterol dah tinggi nie.


Mira pun reveal la yang Mira susah nak makan and can only take in Sambal. Geleng kepala Doktor dengar. hihihihi..

Hampir lahirkan bayi pra-matang


Mira ada complication with my 2nd pregnancy and baby hampir-hampir lahir pre-mature. During that time, ingat dah nak bersalin sangat. Doktor kata dah buka 2 cm. Terus kene tolak pergi wad dengan wheelchair.

Doktor siap bising sebab Mira boleh pergi jalan-jalan and pergi minum kat cafe yang ada kat hospital. Ye la, normally lama sangat nak kene tunggu doktor even hospital swasta.

Mira ada text doktor before datang sebab ada rasa yang tak best. Doktor suruh cepat-cepat datang for checkup and get ready incase its time to deliver. Barang-barang tuk bersalin semua pun dah get ready bawak.

Rupanya Mira salah kira week kandungan and end up kene tahan wad bila doktor figure out yang Mira tak cukup bulan lagi. I need to delivery at least another 2 to 3 weeks in order to make sure baby is really healthy and without complication.

Diberikan Ubat untuk sakit Darah Tinggi

Masa di hospital memang nurse akan datang every hour untuk check tekanan darah. Mira pun tak sure apa yang berlaku masa tu tapi Mira dirawat seperti yang didescribe oleh one of the article yang Mira jumpa.

Nurse just beritahu, Mira diberikan ubat tekanan tinggi so perlu monitor tekanan darah always disamping denyutan nadi baby.

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum.

Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.


Anda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. 

Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.


Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan  dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Tekanan Darah Tinggi ketika Hamil : Pra–Eklampsia – Dr Muhammad Izzat

ESP dan Omega Guard jadi amalan di Hospital dan sepanjang menunggu kelahiran

Resepi Nasi Lemak dan Sambal yang Simple dan Sedap
ESP dan Omega Guard

Warded hampir seminggu dan tak dibenarkan tuk gerak banyak. Then balik rumah pun duduk dalam bilik je. Suami dan doktor tak bagi turun sebab risiko takut terberanak.

Sepanjang tempoh ni Mira amalkan ESP dan Omega Guard. Mira beli untuk berpantang actually tapi lepas baca yang both bagus untuk masalah Tinggi paras Kolesterol, Mira pun amalkan terus sehingga kelahiran bayi.

Ada juga Mira baca yang Omega 3 ni bagus untuk elakkan kelahiran bayi pra-matang. Very good untuk tumbesaran dan perkembangan mental dan penglihatan bayi as well. 

I believe yang ESP dan Omega 3 pun banyak bantu Mira sepanjang temph berjaga-jaga tersebut. Tekanan darah pun cantik je. Ni nurse yang bagi tahu. 

Bersalin lebih mudah dan bertenaga

Bersalin dengan amalkan ESP dan tanpa ESP memang berbeza. Alhamdulillah baby ke-2 ni lebih mudah dilahirkan sebab ibu sentiasa rasa bertenaga dengan pengambilan ESP.

Dapatkan Product Shaklee dari Mira

The above merupakan pengalaman pertama MIra dengan Shaklee before Mira decide untuk add in one by one Vitamin dan Mineral yang lain. Boleh baca pengalaman Mira di sini.

Jika ada di kalangan pembaca yang berminat nak dapatkan Vitamin dan Mineral untuk tujuan kesihatan atau alternative treatment via Nutrisi, boleh dapatkan Vitamin Sihat anda melalui Mira. 

Produk Shaklee terkenal dengan sumber yang organic, bebas dari penggunaan bahan kimia dan mesra alam.

Boleh hubungi MIra secara terus atau  whatsapp Mira ya. (klik pada link)

Mira, 012 531 9097Pengguna dan Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style

 

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style ni Mira try pun lepas kahwin. Gara-gara baru balik Penang dan teringin nak makan Masak Kicap Penang style, terus search kobis goreng mamak as well.

.

Ada banyak cara untuk masak sayur kobis goreng

.

Menggoreng kobis ni antara masakan basic yang Mira rasa semua orang pun pandai. Base on my own experience, ada banyak cara nak masak kobis nie. Menggoreng kobis sendiri dah bermacam-macam style yang available, nie kan pula jika dibuat masak air.

.

Normally sayur kobis ni mak Mira akan goreng dengan kicap cair, tak pun dengan udang kering tapi kalau nak style kampung sikit, goreng dengan tumbukan bawang dan ikan bilis. Mira kongsikan resepinya walaupun rasanya ramai yang dah tahu,

.

.

Resepi Kobis Goreng Kicap Cair dengan Udang Kering

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style
Kobis Goreng Udang Kering dengan Kicap Cair

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Kobis yang dihiris nipis
  • Bawang Putih – hiris atau cincang
  • Udang Kering – boleh lumatkan sikit kalau besar sangat
  • Kicap Cair
  • Cili Merah – dihiris
  • Sedikit Minyak
  • Minyak bijan – untuk aroma jika suka

 

Cara Penyediaan  :

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering, cili merah dan kicap cair dan kacau rata.
  2. Masukkan kobis yang telah dihiris dan gaulkan lagi. Tak perlu masak sehingga sayur jadi terlalu layu. Lebih sedap jika dimakan rangup.

.

.

Resepi Kobis Goreng ala Kampung

.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Kobis yang dihiris nipis
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Ikan Bilis / Udang Kering
  • Cili Merah atau Cili Padi
  • Sedikit Minyak
  • Garam atau Sos Ikan “Squid”
  • Lada putih atau lada hitam

.

Cara Penyediaan  :

  1. Tumbuk atau lumatkan bawang putih, bawang merah, cili dan ikan bilis. Nak lebih menyengat, boleh gunakan cili padi.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dah dilumatkan tadi sehingga wangi dan masukan garam atau sos ikan bersama-sama dengan lada hitam. Lada hitam lebih kuat rasanya dibandingkan dengan lada putih / lada sula.
  3. Masukkan sayur kobis yang dah dicuci dan dihiris. Gaul sehingga rata dan tutupkan api.

.

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style
Kobis Goreng Mamak Style

 

Hari ni selain 2 Resepi Kobis Goreng di atas, Mira kongsikan resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style. Empunyanya Resepi ialah Mamak Haji dan resepi ni Mira ambil dari blog Mamak Haji sendiri. Mira dah cuba few times dan memang menjadi.

.

Mak mertua pun puji bau kobis ni harum semerbak dan  rasa pun sedap. Kobis mamak style ni ambil masa lebih sikit untuk sediakan as kita perlu goreng sayur ni sehingga layu dan lembut. Itu cara Mamak Haji ajar tau. Itu juga perbezaan antara kobis goreng mamak dengan kobis goreng cara lain.

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style :

Bahan-bahan yang diperlukan

 

Bahan Utama :

Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg.

 

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style
Kobis

.

Catatan dari Mamak Haji
Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).

.

.

Bahan Menumis A :

  • 3-4 sudu minyak masak.
  • 1/2 sudu halba campur (kalau suka)
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 3-4 cili kering.
  • 3 dahan daun kari.
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.

.

Bahan Menumis B :

  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  • 1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).
  • 2 biji cili hijau.
  • 1 batang karot di potong halus untuk hiasan.
  • 1 sudu kecil gula pasir.

.

Bahan Tambahan sebagai hiasan :

  • Hirisan cili muda atau cili merah
  • Hirisan karot.
  • Daun Ketumbar (corriander)

.

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style

Cara Penyediaan :

 

1. Masukkan minyak masak dalam kuali dan apabila minyak panas, masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletop, masukkan segera bawang putih yang telah dihiris halus. Apabila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan bawang hiris dan juga cili kering dan juga daun kari.

.

Perhatikan bawang tadi, bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, masukkan segera pes bawang putih halia

.

Catatan Mamak Haji :
Ini kena lakukan dengan cepat, (masukkan pes bawang putih halia) sekiranya minyak terlalu panas, masukan satu sudu lagi minyak baru dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali.

.

2. Masukan serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih, gula tetapi jangan masukan garam dahulu. Goreng sehingga pecah minyak .

.

Bila minyak mula timbul, masukan sayur kobis. Keraskan api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit. Sederhanakan api dapur dan tutup gorengan dengan tudung. Jangan biarkan terlalu kering dan hingga hangus. Yang selamat masukkan 1 cawan air.

 

3. Masakan sayur Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.

 

4. Buka tudung, masukkan garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai).

 

5. Masukkan hirisan cili muda (atau merah) dan hirisan hiasan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan daun rempah (corriander) di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.

.

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style :

Rujukan

 

https://www.google.com/amp/s/balannambiar.wordpress.com/2011/10/12/resepi-sayur-1-kobis-goreng-mamak-penang/amp/

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu ? This was the Menu for yesterday, Cantonese / Kungfu / Hor Fun but with Bihun. Melayan anak bujang makan la kononyer tapi Mira guna bihun since bihun yang available kat rumah.

.

Kuah dan Bihun tu masak asing tau. Banyak cara boleh digunakan untuk sediakan mee dia dan Mira paling suka add Kicap Pekat for the color and kicap cair for some added taste and minyak bijan skit. Ada je yang letakkan kicap pekat je bila sediakan bihun atau kuey teow nie.

 

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu
NI macam yang selalunjumpe kat kedai makan tu.

.

Mira tak guna minyak pun. Masuk je semua dalam non-stick and add in a bit of water. Kata nak hidup lebih sihat so masak pun dengan sihat la kan. Letak minyak bijan a few drops je for the aroma and a bit of taste. Nak dijadikan cerita.. tetiba tetamu datang.. ? sebab lunch hour kan so ini je la yang sempat Mira hidangkan.. ?

.

Minta maaf la.. Cili Potong pun guna cili merah jer.. cili padi dah habis.. ? Hope both of you enjoy the meal.

.

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu
Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu. Gambar Hiasan

.

.

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu

.

Bahan untuk Penyediaan Bihun / Kuey Teow

  • Kuey teow / Bihun
  • Kicap Pekat
  • Kicap Cair
  • Minyak Bijan

.

Cara Penyediaan :

  1. Cuci dan toskan Kuey Teow atau Bihun.
  2. Masukkan Kuey Teow atau Bihun ke dalam kuali non-stick. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sedikit minyak bijan.
  3. Gaulkan sehingga rata dan angkat.

 

Ada juga yang sediakan bahagian mee nie dengan gorengkan mee bersama kicap pekat sahaja. Terpulang kepada citarasa masing-masing

.

.

Bahan untuk Penyediaan Kuah / Sos

Mira asingkan bahan tumis dan bahan untuk penambah rasa dan pemekat kuah ya. Boleh sediakan berasingan dan tuangkan je nanti.

 

Bahan A : Bahan Tumis

  • 2 ulas bawang putih diketuk atau dicincang
  • Isi ayam (boneless) dihiris nipis
  • Udang
  • 4 Tangkai Sayur Sawi
  • 2 keping Fish Cake dihiris serong
  • Minyak masak secukupnya

.

Bahan B : Bahan Penambah Rasa

  • Chicken Cube (Mira tak letak)
  • Sos Tiram
  • Kicap Cair
  • Kicap Pekat (untuk gelapkan warna kuah, tak letak pun takpe)
  • Air secukupnya

.

Bahan C : Pemekat Kuah @ Sos

  • Bancuhan Tepung Jagung + Air
  • Telur ( dipukul sikit )

.

Cara Penyediaan :

1. Tumis bawang putih hingga naik bau dan kemudian masukkan hirisan daging ayam. Masak sehingga kekuningan.

.

2. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendidih.

Ada je yang masukkan fish cake, udang, soong serta sawi before masukkan bahan B nie tau. Mira personally prefer masukkan kemudian. Bukan apa, kalau udang dan sotong ni kita masak lama sangat, nanti texture die jadi keras.

.

3. Masukkan udang dan sotong. Kemudian masukkan sayur sawi atau apa je sayur yang korang nak masukkan. Mira selalunya masukkan carrot, broccoli and jagung or anything yang available kat dalam fridge. Hihihihi.. more color, more vitamins and minerals, Tapi jangan masak lama sangat, hilang pula Vitamin dan Mineralnyer..

.

4. Pekatkan kuah dengan memasukkan bahan C pula. Rasa dan bila dah puas hati, leh tutupkan api.

.

Selamat Mencuba.

 

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun

Hot Plate Tofu? Ni antara kegemaran anak bujang Mira. Kalau gi makan kat Strawberry, confirm mesti order. Yang buat die suka tu sebab Tofu atau Tauhu Jepun tu. Kan lembut je bila masuk mulut. Dah biasa panggil Tauhu Jepun so melekat la pulak. Tak tau la mane datang nama nie. hihihi..
.
Mira normally buat goreng sayur bawang dengan tofu nie. Tapi gorengkan dulu bagi garing. Makan macam tu je pun sedap. Ingat lagi dulu mak memang letak tepi kuali sementara tunggu tofu ni masak. Kalau bawak masuk kitchen, confirm lesap.
.
Kat rumah mak, dapur memang kat luar. takde la bau masak tu masuk rumah kan. Wet Kitchen la orang puteh sekarang poanggil.
.
Normally Hot PLate Tofu ni jumpe di Restaurant je kan. Sape ada Hot Plate boleh la buat kat rumah lepas nie. Tak susah mana pun. Sayur-sayuran tu boleh je tukar kepada sayur-sayuran lain. Just need to be creative je 🙂
.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun :

Resepi dan Bahan-bahan untuk Hot Plate Tofu

.

Mira bahagikan kepada Bahan A, B dan C untuk lebih mudah ya. For sure Mira modify sikit cara masakan sebab Mira memang tak berapa suka sayur yang lembik so ada cara aturan masakan yang Mira ubah. Resepi ni pun asalnya bukan dari website Malaysia so mereka gunakan pork. Mira gantikan dengan ayam.

.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun :

Tofu Telur dipotong dan digoreng dahulu

.

Bahan A :

2 – 3 Tiub Tofu Telur
.
.

Cara Penyediaan :

1. Potong bulat-bulat atau memanjang. Jika potong membulat, pastikan saiz dia dalam 1 inch untuk elak die hancur. 

2. Goreng sehingga Golden Brown secara deep fry. Yang ni memang tak boleh guna air fryer. Golden Brown tu nanti tak menjadi .
.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun:

Perapan Ayam Cincang

Bahan B :

Ayam Cincang
Kicap Cair
Garam
Pepper
Minyak Bijan
Tepung Jagung
.
.

Cara Penyediaan :

Satukan semua bahan di atas dalam mangkuk dan biarkan seketika. Agak-agak ye sukatannya. Mira tak beri berapa sudu sebab semua bahan ni bergantung kepada kuantiti ayam cincang atau daging cincang yang digunakan.
.
Perap selama lebih kurang 10 minit. Sempat la goreng Tofu sehingga kekuningan.
.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun :

Sos Hot Plate Tofu

.

Sediakan sos ni lepas dah siapkan perapan ayam dan lepas goreng tofu yer.

.

Bahan C :

Minyak Masak
Bawang Putih (cincang)
Halia (cincang)
Udang
Cendawan Butang (hiris)
Carrot (hiris)
Sos Tiram
Kicap Cair
Sedikit Air
Gula
Garam
Pepper
.
.

Cara Penyediaan :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis halia dan bawang putih sehingga kekuningan.
 
2. Masukkan Bahan B yang dah marinate selama 10minit tadi. Kacau rata dan masak sehingga half cooked.
 
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, sedikit cili jika nak pedas dan sedikit air. Air boleh masukkan sehingga semua bahan dalam kuali tenggelam sedikit dan renehkan. Boleh je kalau nak bancuh dulu dan masukkan, tapi Mira memang jenis yang suka campak-campak terus masuk kuali. hihihi..
 
4.Bila agak-agak semua bahan dah mereneh dan ayam dah cukup masak, boleh masukkan udang, gula, garam, pepper, cendawan butang, carrot dan tepung jagung yg telah dilarutkan dgn air. 
Kalau ikut resepi asal, sayur dimasukkan terlebih dahulu bersama-sama udang sebelum sos. Boleh je masuk dulu seperti resepi asal tapi nanti sayur akan jadi terlalu lembut dan kemungkinan besar nutrient dalam sayur dah hilang. Lagi pun udang kalau masak lama sangat nanti jadi keras.
Mira tak masukkan pun udang coz  kalau ikut sunnah, tak baik campurkan makanan bersumberkan darat dan laut dalam satu masakan. Tapi ini ikut suka tukang masak la yer.
Dalam resepi asal ada dimasukkan Wine atau arak. Boleh skip atau gantikan dengan sedikit cuka ya. Ikut citarasa masing-masing.
 
5. Panaskan hot plate dgn sedikit minyak. Masukkan 2 biji telur dan ratakan. Masukkan tofu yang kita dah goreng mula-mula tadi dan tuangkan kuah. Hiris daun bawang dan taburkan. Taadaaaaa.. dah siap.
.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun :

Perlukan any supplement untuk kesihatan ?

.
Anda perlukan any supplement untuk kekalkan tahap kesihatan atau ingin jadi lebih sihat ? Boleh hubungi MIra ye. Mira ni pengguna dan pengedar Shaklee. Nak jimat lagi, boleh daftar sebagai ahli dengan Mira dan beli pada harga yang lebih jimat. Daat Free Gift lagi.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun
Produk untuk Kesihatan Terbaik. Boleh pm Mira untuk Set Basic, Medium dan Premium ya.

.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun
Produk untuk Kesihatan Jantung. Boleh pm Mira untuk Set Basic, Medium dan Premium ya.

.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun
Produk untuk jadi Slim secara sihat. Ada agen pembakar, agen detox, agen untuk membina dan untuk kekalkan tenaga. Boleh pm Mira untuk Set Basic, Medium dan Premium ya.

 

Boleh hubungi Mira di talian 012 531 9097 (klik pada link ini untuk terus Whatsapp Mira yer)

 
#tofu #hotplate

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai ni Mira kongsikan untuk mereka yang tak pernah buat dan tak tahu macam mana nak buat Corn Flakes Madu nie. Perbezaan antara 5 resepi ni ialah bahan yang digunakan dan cara menyediakan.

.

Tak susah pun nak buat sebenarnya tapi these recipes will be a guide line to those beginner yang nak buat anak-anak dan suami tersenyum riang bila nampak snacks kegemaran mereka tetiba ada depan mata. Those yang sukakan corn flakes madu ni, dari jauh pun dorang dah boleh hidu tau.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Corn Flakes Madu, Kueh Raya yang wajib ada

 

Tahun ni mak mertua Mira dah pesan siap-siap. Tak perlu buat any kueh for raya. Just take care of the kids tapi Mira ni jenis yang dah biasa membaking so mesti la gatal tangan dan gatal hati bile nampak ada cornflakes dan bahan-bahan untuk baking.

.

So one of the day before Raya tu, lepas siap masak makanan untuk berbuka, buat kueh sagu then terus capai corn flakes.

.

Anak-anak ada kat atas tengah main dengan atuk dorang so lagi cepat la langkah mama dorang. Ni peluang keemasan nie. Last year masa Mira buat, anak yang sulung tak pandai nak makan lagi so mama die sapu sorang-sorang. Who knows this year will be the year he started to eat Kueh Raya kan.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi Pilihan Hati

.

Memang ada banyak resepi Corn Flakes Madu di internet dan Mira akan senaraikan antara yang Mira jumpa untuk pilihan korang. Pilihan Mira for sure yang tanpa gula dan tanpa susu pekat sebab Mira nak kurangkan additional sweetener. Konon-konon nak maintain hidup sihat gitew tapi nak jugak makan manis.. hihihihihi..

.

Ye la madu yang kita beli kat Mall tu belum tentu madu yang asli. So i am trying my very best to limit the usage of it. Cornflakes pula tak kisah la nak guna brand apa tapi Mira lebih suka brand Kellogs sebab lebih nipis tapi kene hancurkan dulu ye sebab corn flakes ni macam lebar-lebar dan besar skit saiznyer.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi-resepi Terpilih

 

Lain orang, lain seleranyer. So di sini Mira kumpulkan few resepi dengan cara penyediaan yang hampir sama tapi ada sedikit perbezaan. Ada yang memerlukan Corn Flakes Madu untuk dibakar dan ada juga yang tidak perlu dibakar. So pilih la mana yang bertakhta di hati.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi 1 Corn Flakes Madu

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai
Resepi Corn Flakes Madu by Azie Kitchen

 

Resepi yang pertama ni Mira ambil dari Azie Kitchen. Mira memang suka melawat blog Azie Kitchen dan kebanyakan resepinya memang menjadi. Bab-bab sukatan if pakai cawan nie, Mira normally agak-agak je. Tapi if madu terlebih, berhati-hati masa membakar ye, lebih mudah hangit.

.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkan 50-60 biji Corn Flakes Madu :

 

  • 4 cawan Cornflakes
  • ¼ cawan madu
  • ¼ cawan mentega
  • Papercup secukupnya
  • Sprinkles atau Ceri sebagai hiasan

 

Cara Penyediaan :

 

  1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
  2. Kak Azie advice untuk Cornflakes dihancurkan sedikit supaya mudah dimasukkan ke dalam papercup. Hancurkan dalam bekas yang berbeza dahulu ya.
  3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
  4. Sudukan ke dalam paper cup dan tabur sprinkles ke atasnya atau letak hirisan ceri jika suka. Ada je yang masukkan ceri as part of the resepi dan gunakan sprinkles sebagai hiasan.
  5. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

 

Experience Mira dalam membakar Corn Flakes Madu

.

Base on my experience, if Oven besar, boleh gunakan suhu 160C dan api tu kalau ada jenis kipas, leh la pilih jenis kipas. Then leh la susun tray pembakar tu dalam oven. Mira suka nie, cepat sikit kueh masak macam kat rumah mak dlu.

.

Tapi kalau oven kecil tu, guna suhu 150C – 160C dan boleh guna api atas bawah. Kalau still nak susun jugak loyang tu, berhati-hati sebab takut lapisan bawah nanti kehangusan. Hihihi.. Mira dah kene so sekarang dengan sabar Mira masak layer by layer. Tak pun guna api atas je kalau nak tinggal-tinggalkan.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi ke-2 Corn Flakes Madu

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai
Resepi Corn Flakes Madu by Yatie dari masammanis

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

 

Bahan A

  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu

Bahan B

  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang atau gajus

Hiasan

  • Mangkuk kertas kecil atau papercup
  • Ceri merah dan ceri hijau yang dipotong kecil atau Sprinkles sebagai hiasan

 

Cara Penyediaan

  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170’C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi ke-3 Corn Flakes Madu

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai
Resepi Corn Flakes Madu by Che’ Nom

 

Mengikut Che’ Nom masa penyediaan adalah lebih kurang 10 minit, Masa Memasak dalam 15 minit dan Jumlah hidangan dalam anggaran 60 biji. Resepi ni menggunakan gula dan madu sebagai pemanisnyer. Gula pula Che’ Nom gunakan Gula Castor. Ada juga sesetengah orang yang menggantikan gula kastor dengan gula biasa.

 

Base on experience Mira kalau buat kueh ni normally Mira memang guna gula Castor. Jarang sangat guna gula biasa waktu buat bisness kueh raya dulu.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • Ceri atau taburan manik (sprinkle) untuk hiasan
  • Paper cup, secukupnya

.

Cara Penyediaan

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati atau sehingga berbuih
  2. Dalam mangkuk lain, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih atau papercup.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

.

.

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi ke-4 Corn Flakes Madu

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai
Resepi Corn Flakes Madu by Zie Has

Resepi dari blog Zie Has merupakan Resepi ke-4 untuk Corn Flakes Madu kita. Boleh klik pada tulisan bewarna biru di bawah gambar jika ingin terus ke blog beliau ya. Beliau prefer menggunakan Corn Flakes brand Nestle untuk Corn Flakes Madu ini. So boleh cuba nanti ya.
Menurut Zie Has, Buttercup adalah sejenis marjerin yang ditambah butter. Kalau kita ada budget yang lebih, seelok-eloknya guna 100% butter. Not only that Zie Has mengatakan penggunaan marjerin sahaja pun boleh, cuma rasa biskut kurang sedap. Boleh juga buat campuran sendiri marjerin 200g dan butter 50g.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 Pack Nestle Cornflakes (500g)
  • 3/4 Buku Buttercup (250g)
  • 1/2 Tin Susu Pekat
  • 5 Sudu Besar Madu
  • 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
  • 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.
  2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata. Lepas masukkan gula, madu dan susu ni normally akan berbuih dan bau wangi 🙂 kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.
  3. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.
  4. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.
  5. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.

 

Untuk hiasan boleh gunakan Ceri yang dipotong atau sprinkles. Dalam gambar dia ats Zie has menggunakan Chocolate Rice. Cantik juga kan. Kanak-kanak yang sukakan coklat confirm tertarik. Tapi if takde coklat pun, corn flakes madu ni confirm jadi pilihan kanak-kanak.

 

 

5 Resepi Corn Flakes Madu kesukaan ramai :

Resepi ke-5 Corn Flakes Madu Karamel

 

Resepi yang terakhir ni tak memerlukan sebarang oven tapi boleh je kalau nak bakar seperti resepi-resepi lain seperti yang diatas. Tapi ia memang direka khas untuk dimasak menggunakan kuali sahaja. Resepi ni dari Rasa.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1/2 kg Cornflakes
  • 250 gm Gula Castor
  • 250 gm Margerin / Mentega
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • Ceri atau taburan manik (sprinkle) untuk hiasan jika perlu

 

Cara Penyediaan

  1. Satukan margerin, gula dan susu. Masak atau panaskan sehingga berbuih. Jangan lupakacau ye. Nanti hangit pulak.
  2. Masukkan Cornflakes dan kacau rata. Jika nak masukkan dalam papercup, boleh la hancurkan sikit Cornflakes tapi jika tak nak masuk papercup, tak perlu hancurkan.
  3. Tambahkan buah-buahan kering jika suka dan kacau sehingga rata. Padamkan api.
  4. Biarkan kepingan cornflakes sejuk dan mengering. Kalau tak sejuk nanti tak rangup pula.
  5. Boleh terus disimpan dalam bekas kedap udara.

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Chapati ooo chapati.. Sihat dan mengenyangkan..

 

Dah lama tak share resepi. Today rasanya nak share resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam jenis lembap-lembap gitew. Nak cakap kering pun tak boleh sebab tak kering sepenuhnya.. Just nice to eat with the chapati !

 

Kebetulan tengah hujan kan, dapat makan chapati ni panas-panas mesti best kan!

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Chapati dan Kuah Dhall

 

Normally Chapati nie kebanyakan orang makan dengan Kuah Dhall yang pekat. Memang best nak-nak kalau ada sambal tumis yang pekat tu. Boleh bertambah-tambah tau makan chapati nie.

 

I am not a Chapati lover..

 

Personally Mira bukan peminat Chapati but Mira still ingat my sister love it masa kecik-kecik dlu.

 

Tapi di Melaka ada satu tempat tu terkenal dengan Chapati dan kuah Kacang Poll. Betul ke eje nie ? hahahha.. masa kecik-kecik dulu abah pernah bawak, so Mira layan je makan.. dah tak ingat kat mana..

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Belajar buat Chapati

 

Marrying an Indian guy took me almost 4 years tuk belajar dan buat chapati nie.. hohoohoho.. lamanyer ambik masa. Jawapannya, bila teringin nak makan baru la belajar. Tu pun belajar dari internet.

 

Chapati di India lebih sedap

 

Husband Mira always travel and used to eat Real Chapati dari India. Lagi sedap katanyer so thats the reason kenapa Mira tak eager tuk belajar dan buat.

 

Akhirnya terbuka hati nak belajar buat..

 

Tapi disebabkan si kecik nie macam suke je makan roti, dan Chapati antara yang sihat untuk dimakan, so Mira pun google and buat sendiri. Alhamdulillah, menjadi dan dapat pujian.

 

Yang puji tu Mak mertua, bukan suami sendiri.. hihihihi.. Kira ok la tu kan.

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Dried Chicken Curry aka Kari Ayam ala Rendang

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Kari Ayam kering ala-ala Rendang.

 

Kari Ayam Kering ni kebetulan buat sebab bahan-bahan yang ada kat rumah tak mengizinkan Mira tuk buat rendang ayam. So lepas google, Mira decide untuk buat Kari ayam ala Rendang nie.

 

Rendang ayam jadi Kari Ayam…

Cuba cari resepi ayam tanpa lengkuas tak jumpa tapi jumpa resepi Kari Ayam ala Rendang nie dari blog yang trusted!

Nasib baik Mr Google ada tuk bagi resepi

Mula-mula ingat nak mintak mummy je masak tapi mumy said, u la masak today. So, ape lagi, sinsing jari and google la kan. Alhamdulillah menjadi and suami pun suka.

 

Bukan apa, husband Mira kan dah biasa makan kuah kari mummy masak, takut nanti makan kari Melayu rasa tak best pulak kan.. Tapi kire learning process la ni kan, mana tau dorang suke pulak kari yang Mira buat kan..

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Resepi Chapati yang Lembut

 

Resepi nie Mira ambil dari foodlikeammusedtomakeit. Mira tertarik untuk try resepi nie sebab writer ni tulis in details macam mana mak die buat roti ni dan rahsia kelembutannya.

 

Lagi pun husband Mira dah warning siap-siap, jangan buat chapati keras macam batu! hahhahahha.. belum apa-apa dah kene warning.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Chapati :

 

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah

  • 400g tepung atta / gandum
  • 1 sudu besar butter yang dicairkan atau ghee
  • l/2 sudu kecil garamtablespoons vegetable oil
  • 1/2 cawan tepung untuk menguli (jika perlu)
  • 250ml air panas

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Cara Menyediakan Chapati

 

Proses Menguli

  1. Masukkan 350g tepung atta dan garam dalam mangkuk. Masukkan minyak dan air panas dan kacau gunakan sudu ye. Panas lagi so kacau guna sudu dulu. Guna air panas ni antara tips untuk dapatkan roti yang lembut.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Gambar dari penulis. Air panas, minyak dan tepung disatukan dan dikacau

 

2. Ambil lebihan tepung tadi dan gunakan untuk menguli. Uli sehingga adunan menjadi lembut dan letakkan tepung jika perlu.

 

Penulis nie kata uli mungkin sehingga 5 minit untuk dapatkan adunan yang lembut. Kemudian rehatkan adunan tadi selama 5 minit. Boleh tutup dengan kain atau terbalikkan je any bekas untuk tutup adunan doh kita tadi.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Uli adunan yang dah dicampurkan tadi sehingga menjadi lembut. Letak tepung jika perlu

 

 

Teknik Menguli

 

3. Cairkan butter tadi dan kita dah sedia untuk membentuk chapati.

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Jom mula rolling chapati. Nie gambar owner resepi yer

 

4. Ambil sebahagian dari adunan doh tadi (dalam saiz 8cm diameter) dan kemudian roll menjadi bentuk bulat yang nipis.

 

5. Bila dah roll menjadi nipis, sapukan permukaan doh dengan sedikit butter atau ghee yang telah dicairkan dan gulungkan doh tadi seperti kita roll swiss roll.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Rollkan adunan tadi membentuk bentuk bulat yang besar dan sapukan butter atau ghee yang telah dicairkan

 

6. Gulungkan doh yang dah disapu butter ke arah anda seperti dalam gambar penulis. Katanya seperti bentuk ular gitew..

 

7. Bila kita dah gulung memanjang, kita potongkan kepada 4 bahagian seperti dalam gambar yang penulis dah provide nie.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Potong doh yang kita dah gulung memanjang tadi kepada 4 bahagian. Nie kiranya dah nak masuk final stage sebelum kita mula masak

 

Mira buat untuk kesemua doh yang ada dan kemudian baru Mira get ready tuk masuk the final stage sebelum start masak roti.

 

8. Kemudian lepas kita dah bahagi 4 doh yang kita dah gulung tu, kita ambil 1 dan tegakkannya. Then leperkan guna tangan dan membentuk bentuk bulat seperti dalam gambar nie.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang
Doh yang telah do=ipotong, ditegakkan dan dipenyetkan membentuk bentuk bulat

 

9. Then kita roll lagi dengan penguli senipis yang boleh. Letak tepung untuk elakkan doh melekat pada penguli atau atas meja semasa proses ini ya.

 

Menurut penulis, roti yang tebal akan lambat masak dan kalau roti kita tak masak sepenuhnya, nanti akan ada rasa tepung yang tak masak masa makan. So pastikan uli sehingga betul-betul nipis.

 

 

Jom masak Chapati

 

10. Bila dah ready, kita dah boleh start masak Chapati nie. Boleh guna pan yang leper tu atau gunakan non-stick pan jer. Mira tak letak minyak pun masa masak chapati nie.

 

11. Letakkan doh yang nipis ke atas pan dan biarkan selama 5 – 10 saat sebelum terbalikkannya. Then lepas terbalikkan tu, tekan-tekan bahagian tepi roti yang akan mula mengelembung untuk memastikan ia masak.

 

Mira akan keep on terbalikkan Chapati till ada warna keemasan keluar. Penulis ada gitau yang roti ni akan masak dalam lebih kurang 1 minit yer. So jangan la biarkan je chapati tu atas kuali.

 

 

Video cara masak Chapati

 

Mira includekan video yang penulis ada berikan sebagai rujukan untuk cara memasak chapati nie. Semoga anda lebih clear macam mana nak masak nanti k.

 

Memang simple tapi for me, kalau nak belajar, we have to learn A to Z. Baru la dapat result yang lebih kurang sama macam yang sepatutnya. Nama pun belajar dengan bantuan En Google kan..

 

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Resepi Dried Chicken Curry aka Kari Ayam yang lembap-lembap gitew.

 

Resepi Kari Ayam ala Rendang nie Mira ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Resepi dalam blog ni memang boleh dipercayai sebab Mira dah pernah try few resepi.

 

Thanks yer kepada owner resepi. Minta halalkan resepi yer. Mira kongsikan di sini dan ada link ke blog tersebut jika nak tengok resepi-resipi yang lain.

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Kari Ayam ala Rendang :

 

Masakan Melayu selalu memang ada few parts.. Ada bahan menumis, bahan kisar dan bahan-bahan lain. So Mira bahagikan ikut urutan yer.

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Bahan Menumis

 

Nie bahan menumis yang penulis sediakan. Penulis pun ada gtau yang beliau tak masukkan daun kari. Mira pun masukkan la since daun kari belakang pintu je kan. Ku tak tau bile nak masuk so masuk je waktu menumis.. hihihi..

 

  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

 

Selalunya kalau mummy (my mother in law) buat dried curry, banyak kayu manis yang mummy letakkan.

 

Tapi Mira ikut je resepi nie sebab baru nak buat kan. Rempah-rempah tu semua Mira blend kering sebab suami prefer kalau hancur.

 

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Bahan Kisar dan Bahan-bahan yang lain

 

Bahan kisar yang diperlukan ialah (*dikisar halus) :

  • 3 camca besar cili kisar
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*

 

Bahan-bahan lain yang diperlukan untuk kari ayam ala-ala rendang nie ialah

  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus (Mira add in daun limau purut as well 🙂 )
  • 2 keping asam gelugor
  • 800 ml santan
  • 3 camca besar madu (Mira guna gula)
  • Garam secukup rasa

 

Resepi Chapati yang lembut dan Kari Ayam ala Rendang :

Cara Penyediaan Kari Ayam ala Rendang

 

1.Panaskan minyak dan tumis bahan menumis. Macam Mira inform tadi, Mira masukkan as well daun kari waktu menumis. Kalau ada yang prefer yang nak letak lepas masuk ayam pun boleh.

 

2. Tumis bahan tumis hingga naik bau. Then Mir masukkan cili kisar dan bahan kisar yang lain.

 

Mira masukkan cili kisar dahulu sebabnyer MIra memang masak dengan minyak yang kurang so nak bagi cili tu masak betul-betul so MIra masukkan cili kisar dahulu dan diikuti bahan kisar yang lain.

 

3. Bila semua dah garing, boleh la masukkan rempah kari. Penulis advice tuk bancuh serbuk kari dengan air dulu. Tapi sebab dari dulu mak Mira ajar masukkan jeserbuk kari tu so dah terbiasa.

 

Bancuhkan lebih baik tuk elak rempah tu berketul-ketul kot. Then masak hingga terbit minyak ya.

 

4. Bila minyak dah terbit, dah boleh la masukkan ayam kita dan masak sehingga ayam tu kecut. Mira add in air sedikit waktu nie.

 

5. Bila ayam dah kecut, masukkan pula santan dan asam gelugor (asam keping). Then masuk la garam dan madu. Mira guna gula je sebab madu dah habis. Bila agak-agak kuah tu dah mengering, Mira masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau.

 

Masa ni la bau ala-ala rendang tu datang. Mengancam.

 

Jangan lupa try tau. Memang sedap. Kebetulan MIra pun memang nak buat chapati so bila ada kari ayam nie, hmmmm terus membuka selera tuk makan chapati. 🙂

 

5 Resepi Ayam Marmite

5 Resepi Ayam Marmite

 

Ayam Marmite die with sos yang pekat.. melekat.. memikat.. hahahhahaha.. dapat bayangkan tak ???

 

Ayam Marmite ni kesukaan suami Mira..
Kite orang always had this di Strawberry Restaurant.. tapi Mira tak prefer yang kat sini.. sebab cair dan macam masak kicap jer..

 

Yang Mira suka Ayam Marmite di Restoran Seafood di Tasik Shah Alam tue.. Chinese Restaurant.. Restaurant Tasik Indah namanyer if tak silap

 

Ayam Marmite die with sos yang pekat.. melekat.. memikat.. hahahhahaha.. dapat bayangkan tak ???

 

Soooo yummmy…

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi dari Iman

 

Ni 1st recipe yang Mira jumpa. Mira dah try and not bad. Sedap juga. Tapi Mira skip letak halia.. hahahhaha… kurang minat..

 

Kalau letak pun sikit jer.. Kredit ImanVitahouse

 

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam | potong kecil.
  • sedikit lada sulah.
  • 5 sudu besar Kicap Pekat.
  • 5 sudu besar Tepung Jagung.
  • Brokoli | dicelur.
  • Cili Benggala merah | dipotong serong.
  • 3cm Halia.

 

Bahan untuk sos :
  • 5 ulas Bawang Putih | dicincang halus.
  •  1 sudu besar Marmite.
  • 4 sudu besar Sos Tiram.
  • 2 sudu Kicap Manis.
  • air
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa.

 

Cara-cara Penyediaan :

 

1.Gaulkan ayam bersama garam,lada sudah dan kicap pekat.

 

2. Bila sudah siap,celupkan ayam ke dalam tepung jagung dan goreng ayam tersebut separuh masak. Ketepikan.

 

3. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan sos,kicap dan air.Biarkan mendidih.

 

4. Masukkan ayam. Setelah ayam masak,masukkan brokoli,cili benggala merah dan halia.

5. Perasakan dengan garam hingga cukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi Dapur Itu Duniaku

 

5 Resepi Ayam Marmite

Kredit : Izanmann.blogspot

 

Bahan-bahan :

  • 2 keping isi ayam

 

Bahan unutk Marinate :

  • 1 sudu kecil Kicap Cair
  • 1 sudu besar Tepung Jagung
  • Sedikit Garam dan Lada Hitam

 

Bahan untuk Sos :

  • 1/2 sudu kecil Marmite Yeast Extract – giant ada jual
  • 1 sudu besar Maltose – beli kat bake with yen… sec 13, jalan badminton, shah alam
  • 1/2 sudu kecil Sos Tiram
  • 1 sudu kecil Madu
  • 1 sudu besar Kicap Cair
  • 1/2 sudu kecil Gula
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam
  • 100ml Air

 

Cara-cara Penyediaan :

1. Marinate kan ayam dengan bahan-bahan untuk marinate selama 1 jam

 

2. Masakkan ayam yang dimarinate tadi secara deep fry. Make sure suhu minyak tu cukup panas ya. Angkat dan tapiskan ayam tadi.

 

3. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak masak.  Masukkan bahan-bahan untuk sos dan masak dengan api yang perlahan sehingga pekat.

 

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Sedia untuk dihidang.

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi dari Snapguide

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi Nyonya Cooking

 

marmite chicken 300x169 - 5 Resepi Ayam Marmite

Kredit : nyonyacooking.com

 

Bahan – bahan :

  • 300 grams isi ayam
  • 1 sudu besar Kicap Cair
  • Tepung Jagung
  • 1 sudu besar Madu
  • 1 sudu besar Maltose
  • 1 sudu besar Marmite

Cara-cara Penyediaan :

 

1.Salutkan ayam bersama dengan kicap cair dan tepung jagung.

 

2. Goreng ayam yang telah disalut tadi dengan api yang sederhana panas sehingga kekuningan dan ketepikan.

 

3. Satukan kicap cair dan 2 sudu besar air. Resepi asal menggunakan Wine tapi boleh digantikan dengan cuka apple.

 

4. Masukkan Marmite Paste , madu dan maltose ke dalam campuran tadi. Kacau dan ratakan maltose dan madu supaya mejadi rata.

 

5. Biarkan kuah mendidih seketika dan memekat. Tutup api masakan dan salutkan kepingan daging ayam tadi dengan sos yang disediakan.

 

5 Resepi Ayam Marmite : Resepi dari Recipes for Chicken Breast

 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Minyak Masak untuk deep fry
  • 2 ketul isi ayam.. potong Cube

 

Bahan Perapan:

  • 1 sudu kecil Kicap Cair
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1/2 sudu kecil Lada Hitam / Lada Sula
  • 1 sudu besar Tepung Jagung

 

Bahan Sos :

  • 2 sudu besar Marmite yeast extract
  • 1 sudu besar maltose
  • 1 sudu besar Madu
  • 1 sudu besar Kicap Cair
  • Dash of pepper
  • Kiub Ayam
  • 0.5 cawan Air

 

Cara Penyediaan :

 

1.Campurkan ayam dengan bahan-bahan marinate dan perap selama 1 jam. Selepas 1 jam, boleh deep fry sehinggga kekuningan atau sehingga masak.

 

2. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam kuali. Tuangkan Bahan-bahan sos dan masak  dengan api yang sederhana sehingga pekat. Masukkan ayam tadi dan kacau rata.

 

3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

Resepi nie pun boleh digunakan untuk masak daging, udang atau ape saja la yang jorang suke.. 🙂

 

Tapi owner resipe ni pesan, kalau udang tu, tak perlu perap atau marinate yer..

 

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Cara Mira

 

Nie cara Mira sendiri tau..  Mira tak jumpe Marmite Paste ni so Mira masak je guna ape ada..

 

Bahan – bahan A :

  • Isi Ayam potong kecil-kecil
  • Garam
  • Pepper
  • Kicap Cair
  • Sedikit Tepung Jagung

 

Bahan Sos :

  • Bawang Putih – cincang
  • Bawang Merah / Kecil – cincang
  • Cili Merah – cincang
  • Sos Tiram
  • Kicap Pekat
  • Kicap Manis / Madu
  • Tepung Jagung

 

Cara-cara Penyediaan :

 

1.Bahan-bahan A tu satukan. Tepung jagung Mira letak hujung sudu je tau.. Mira tak deep fry.. So sikit je letak, Marinate / Perap 1 jam

 

2. Mira goreng ayam perapam guna airfry at 160 degree celcius for 10 min.. % minit 1 side, another 5 min another side. Penting tak nak garing sangat sebab nanti keras dan AGE Protein terbentuk pula.. Kita nak sihat so goreng and grill keterlaluan ni tak digalakkan.

 

3. Tumis bawang putih sehingga naik bau then masukkan bawang dan cili cincang.. Gaulkan sehingga masak then masukkan bahan sos. Kalau nak letak air pun sedikit je dan masak sehingga kuah pekat..

 

4. Mira masak guna kurang minyak so letak air memang extra.. Kekadang kuah tu tercair.. boleh je masukkan larutan air dengan tepung jagung.. bagi kuah tu pekat balik.. Make sure garam and pepper semua dah masuk.. then bila rasa dah ok, boleh masukkan ayam dan kacau rata serta terus angkat.

 

5. Nak nampak cantik.. Bukan cantik jer.. Bijan ada kalsium dalam die.. so boleh taburkan.. ambik khasiat bijan sekali 🙂

Sedia untuk dimakan.. 🙂

 

 

5 Resepi Ayam Marmite : Age Protein

 

Age Protein Mira ada sebut tadi kan.. Pembentukan AGE Protein ni antara sebab kita mudah sakit. Antara penyumbang kepada kanser itu sendiri.

5 Resepi Ayam Marmite

5 Resepi Ayam Marmite  :  AGE Protein ni apa ??

 

Ni Mira ambil dari En Google dan dah siap translate guna En Google Translate :

Produk akhir glycation (AGEs) adalah protein atau lipid yang menjadi gliserasi akibat pendedahan kepada gula. Mereka boleh menjadi faktor penuaan dan dalam perkembangan atau memburuknya banyak penyakit degeneratif, seperti diabetes, aterosklerosis, penyakit ginjal kronik, dan penyakit Alzheimer.

5 Resepi Ayam Marmite

5 Resepi Ayam Marmite : Sumber-sumber AGE Protein

 

Makanan yang kaya protein:

Daging merah dan keju cenderung mempunyai yang paling banyak. Dalam urutan menurun, ayam, ikan, telur, dan kekacang mempunyai kurang. Apabila makan daging, berpegang pada hidangan 3-4 ounce, kira-kira saiz telapak tangan anda.

Biji-bijian: Butir-butir rebus, seperti beras dan oat, dan roti sandwich adalah rendah dalam AGEs.

 

5 Resepi Ayam Marmite :

Makanan yang tinggi AGE Protein pula makanan macam mana ?

 

Diet moden sebahagian besarnya diproses haba dan hasilnya mengandungi tahap tinggi produk akhir glikasi maju (AGEs). … Sebaliknya, makanan kaya karbohidrat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan susu mengandungi sedikit AGEs, walaupun selepas memasak.

 

Thats why elakkan masak terlalu lama pada suhu terlalu tinggi sebab nie semua boleh membentuk AGE Protein. Badan kita sendiri pun hasilkan AGE Protein dari tindak balas gula dan protein dalam badan.

 

What do i do to make sure my family sihat ? Mira ubah cara masakan. Kurangkan minyak.. Airfryer pun guna with not so high temperature. Normally Mira guna 160 to 180 paling tinggi.

 

Since Mira breast feed both babies, Mira amalkan pengambilan Vitamin C, Vitalea for source of Zinc. Vitaleas ni Multivitamin. Vitamin B Complex pun Mira ambil plus Alfalfa. Nie semua Morning Vitamins for Mira.

 

Alfalfa untuk detox balik ape yang Mira makan tapi nie unutk usus kecil jer.. Alfalfa bagi susu Mira melimpah ruah as well. ESP tak dilupa. Sumber Protein yang baik.

 

ESP ni MIlkbooster as well. antara yang paing awal Mira consume dulu selain Omega 3 or Omega Guard. Impian Mira nak cuba Vivix pula selepas nie.. Nie untuk benefit antioksidan yang tinggi.

 

5 Resepi Ayam Marmite

 

Mira ni arwah nenek dulu ada cancer so memang nak kene jaga. Setakat sekarang ambil Vitamin C dlu. Nanti income bisnes dah besar boleh ambil Vivix pula.

 

Ambil tuk Mira, suami, mak, abah, mummy, daddy and siblings Mira. Doakan Mira berjaya dengan Bisnes part time Shaklee nie yer.. Part Time ??  Full time sebab Mira ni housewife..

 

Anda nak sihat juga ? Nak dapatkan Vitamin sihat ? Leh pm atau whatsapp Mira di 012 531 997 ya. Boleh click link nie

http://www.wasap.my/60125319097/Vivix/

 

Bisnes Shaklee ni MIra buat tuk tolong lebih ramai lagi orang hidup sihat. Normally Mira memang encourange jadi ahli so dapat beli terus pada harga ahli.. lebih murah kan..

 

Not only that, if belian tu banyak and dah boleh sampai dapat 200UV, lagi bagus.. membership tu jadi free. Beli pun harga ahli la terus kan.. Best ke best ???