download 1 - Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu. Tingkatkan Sistem Imun :)

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu. Tingkatkan Sistem Imun :)

Semalam tetiba ternampak statistik jangkitan HFMD di Malaysia up till 2nd August 2018. Makk aaaiii !! Dalam masa 2 minggu boleh naik more than 3,000 kes di Selangor.

.

HFMD terus meningkat di Selangor

 

Makin menjadi-jadi nampaknya dan Selangor mencatatkan jangkitan HFMD yang tertinggi dalam Malaysia. Memang tak selamat nak pergi mana-mana with kids. Duduk kat rumah je la sayang-sayang sekalian yer.

.

Bila HFMD menyerang nie, memang rasa tak selamat nak bawa anak ke mana-mana even ke Mall atau Playground. Tak kira la indoor atau outdoor playground sebab HFMD ni Virus yang sangat mudah tersebar.

.

So kalau boring sangat kat rumah, kita jalan-jalan dalam kereta je la. Mummy pun kene la rajin memasak sekarang sebab tak selamat nak makan di luar even for tapau. Thats my personal view.

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Statistik jangkitan HFMD sehingga 18 Julai 2018

.

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Statistik jangkitan HFMD di Malaysia sehingga 2 Ogos 2018

.

.

Penyusuan Susu Ibu dan HFMD

.

Sebagai breastfeeding mum, antara yang paling Mira risaukan adalah bila anak sulung dah stop minum susu badan. Umur dah 3 tahun so kami decide untuk stop breastfeeding so that he will eat better.

.

Tapi bila HFMD ni menyerang Malaysia, Mira risau sangat sebab no more extra protection yang Mira boleh beri. So i study a lot on HFMD tuk cuba elakkan mana yang boleh. Boleh baca di sini. For adik, lega sikit sebab adik memang fully breastfeed dan die rajin makan buah.

.

Di bawah ni Mira senaraikan persoalan yang mungkin bermain di fikiran ibu-ibu yang masih menyusukan bayi mereka berkenaan dengan HFMD.

 

Bolehkah saya terus menyusukan anak saya walaupun saya mempunyai HFMD?

 

Jawapannya adalah YA.! Anda tidak akan menyebarkan virus kepada anak anda, susu ibu anda tidak mengandungi virus. Sebaliknya ia mempunyai antibodi untuk penyakit ini.

.

Jika anda mengalami kesakitan pada puting susu, lebih baik mendapatkan nasihat daripada doktor / pakar ginekologi untuk ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan dan lepuh pada puting.

.

Dalam beberapa kes, untuk ibu-ibu yang menyusui dan dijangkiti HFMD, lepuhan boleh merebak dan mengganggu penyusuan.

.

.

Anak saya dijangkiti HFMD, bolehkah saya terus menyusukannya?

.

Ya, penyusuan susu ibu sangat membntu bayi yang terkena jangkitan HFMD. Kebanyakan bayi dan kanak-kanak tidak dapat mengambil apa-apa makanan lain apabila dijangkiti HFMD. Penyusuan secara langsung akan melegakan dan membuatkan mereka rasa lebih selesa.

.

.

Saya mempunyai bayi kembar. Salah satunya mempunyai HFMD. Bolehkah saya menyusukan kedua-duanya ?

.

Ya, boleh! Pastikan anda membersihkan puting anda selepas setiap penyusuan kerana HFMD boleh menyebar melalui air liur.

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Twin baby? Salah seorang sakit? Risaunyer kalau berjangkit.. 🙁

.

Saya mempunyai HFMD, bolehkah saya makan antibiotik dan masih menyusukan anak saya?

.

HFMD disebabkan oleh virus dan pengambilan antibiotik adalah tidak mendatangkan sebarang kesan.. Ubat hanya diberi untuk merawat gejala, contohnya, paracetamol untuk demam.

 

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Tiada rawatan khas untuk HFMD

.

.

Adakah terdapat vaksin untuk HFMD?

.
Malangnya, tidak ada vaksin untuk HFMD setakat 2016 dan Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kajian dan pembangunan Vaksin sedang giat dijalankan di Singapura ketika ini.

.

.

Bagaimana nak tingkatkan Imunisasi Ibu dan Anak yang disusui ?

.

Especially for breastfeed mom, bila kita makan any food yang high in Vitamin and Minerals, anak pun ikut dapat benefit. Tapi kalau makan makanan yang memudaratkan pun, anak dapat kesan tau. So careful dengan apa yang kita ambil.

.

HFMD tengah HOT sekarang ni dan bukan kanak-kanak je boleh dijangkiti, orang dewasa as well. Kalau dewasa yang kene, lagi teruk kesannya dan ambil masa lebih lama untuk pulih. HFMD ni pun boleh kene berulang kali sebab ia melibatkan 2 virus yang berbeza.

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
HFMD merupakan penyakit bawaan Virus

.

So if ada anak kita yang dah pernah kenejangkitan HFMD sebelum ni akibat Virus A, possibility nak kene lagi sekali ada sebab mungkin kali kedua anak kene disebabkan oleh Virus B pula.

.

So penting untuk ibu-ibu tingkatkan sistem imun badan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat atau supplement tambahan untuk boost up immune kita dan bayi yang disusui.

.

.

Tingkatkan Sistem Imun

.

Apa yang ibu-ibu boleh amalkan untuk tingkatkan sistem imun badan ? Mira listkan sebahagian yang memang famous sebagai instant reference ya. Sumbernya boleh didapati melalui sumber makanan atau makanan tambahan.

  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Minyak Ikan atau Omega 3
  • Bawang Putih
  • Kunyit

.

.

4 Fungsi Utama Vitamin C

 

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Sumber Vitamin C

 

Antara 4 Fungsi Utama Vitamin C dalam membina Sistem Imun badan.

  • Bantu meningkatkan penjanaan antioksidan yang dipanggil glutation. Glutathione, yang terdapat dalam setiap sel, adalah pertahanan tubuh yang paling penting terhadap radikal bebas dan oleh itu perangsang sistem imun.
  • Faktor penting dalam penghasilan kolagen, yang menjadikan tisu badan lebih kuat, dengan itu melindungi dari jangkitan bakteria.
  • Mempercepat pembentukan sel darah putih dan antibodi baru yang melawan bakteria dan virus, dengan itu melindungi dari jangkitan
  • Meningkatkan tahap antivirus yang dikenali sebagai interferon. Interferon adalah sekumpulan isyarat protein yang dirembes oleh sel-sel sistem imun (seperti WBC) jika ada mikrob-penyebab penyakit masuk ke dalam sistem badan.

.

.

Vitamin D dan Sistem Imun

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Sumber Vitamin D

 

Sumber matahari dan makanan merupakan sumber utama Vitamin D. Tetapi pendedahan kepada pancaran matahari yang terlalu ekstrim boleh mengudang bahaya ke atas kulit manusia.

.

Kajian mengenai Vitamin D dan Sistem Imun

Penyelidik percaya Vitamin D yang boleh diperolehi daripada makanan atau yang dihasilkan oleh kulit manusia yang terdedah kepada matahari, memainkan peranan utama dalam meningkatkan sistem imun.

.

Ia mencetuskan dan melancarkan sel T tubuh, iaitu sel-sel dalam badan yang mencari dan menghancurkan bakteria dan virus yang menyerang.

.

Para saintis di Universiti Copenhagen mendapati bahawa Vitamin D adalah penting untuk mengaktifkan pertahanan imun kita dan bahawa tanpa pengambilan vitamin yang secukupnya, sel pembunuh sistem imun – sel T – tidak akan dapat bertindak balas dan melawan jangkitan serius dalam badan.

.

Sel T perlu diaktifkan dengan Vitamin D

 

Bagi sel T untuk mengesan dan membunuh patogen asing seperti rumpun bakteria atau virus, sel-sel mesti terlebih dahulu ‘dipicu’ atau “diubah” dari sel-sel imun yang tidak aktif dan tidak berbahaya kepada sel-sel pembunuh yang bertujuan untuk mencari dan memusnahkan semua jejak daripada penceroboh.

.

Para penyelidik mendapati bahawa sel-sel T bergantung kepada vitamin D untuk mengaktifkannya dan mereka akan kekal tidak aktif atau ‘naif’ terhadap kemungkinan ancaman jika vitamin D kurang dalam darah.

.

Minyak Ikan atau Omega 3 dan Sistem Imun

.

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Sumber dan kandungan Omega 3

 

Kajian mengenai Omega 3 dan Sistem Imun

 

Selain popular dengan fungsi untuk mengurangkan keradangan, Omega 3 yang kaya dengan EPA dan DHA juga dapat melanjutkan fungsi Sel Imuniti iaitu Sel B.

.

Kajian menunjukkan Minyak Ikanyang diperkaya dengan DHA dapat mengaktifkan Sel B dan meningkatkan penghasilan antibodi.

.

Bawang Putih atau “Garlic” dan Sistem Imun

.

Satu kajian yang dilakukan oleh University of Florida menggunakan 120 orang untuk menentukan kesan bawang putih ke atas pertumbuhan sel imun dan gejala selsema dan selesema. Pengkaji mendapati  mengambil bawang putih dapat mengurangkan keparahan gejala selesema.

.

Bukan itu sahaja, bawang putih jufa mempercepatkan proses penyembuhan akibat selesema. Kesimpulan yang dapat dibuat darikajian itu ialah bawang putih telah meningkatkan fungsi sel imun peserta.

.

Satu lagi kajian yang dijalankan di Mexico, menggunakan kaedah yang sama, mendapati bahawa bawang putih mengurangkan kekerapan selesema pada orang dewasa.

.

.

Kunyit

 

Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu
Kunyit

 

Manfaat sistem imun dari kunyit adalah melalui sebatian aktif utama yang terdapat di dalam akar kunyit yang dipanggil Curcumin. Kandungan Curcumin ini dianggap komponen utama yang bertanggungjawab terhadap kesan kunyit ke atas sistem imun badan.

.

Menurut sesetengah pengkaji, khasiatnya tidak mudah diserap oleh badan terutama bagi kunyit yang telah diserbukkan kerana ia telah disimpan lama.

.

.

Semoga informasi ini dapat membantu breastfeeding mum untuk meningkatkan sistem imun ibu sendiri dan bayi yang disusui. Jika ibu-ibu ingan mendapatkan bekalan Supplement Vitamin C, Vitamin D, Omega 3 dan Bawang Putih, boleh hubungi Mira ya.

.

.

Set Penyusuan dengan sumber Vitamin C, Omega 3 dan Vitamin D.

.

Kalau nak tahu, Vitamin C, Omega 3 dan Vitamin D ni antara item utama dalam Set Penyusuan Shaklee. Vitamin C Sustained Release Shaklee mampu bertahan selama 5 jam dalam badan kita dan diperkaya dengan bioflavonoid yang mampu membantu penyerapan Vitamin C ke tahap optimum.

.

FB IMG 1515291188934 01 - Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu. Tingkatkan Sistem Imun :)
Testimoni Set Penyusuan Lengkap Shaklee

 

Omega 3 pula merupakan bahan utama dalam Omega Guard. Omega Guard merupakan sumber Omega 3 yang kaya dengan sumber DHA dan EPA. Sangat baik untuk kesihatan ibu dan perkembangan mentak dan pelinghatan bayi sendiri.

.

Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif Mampu Kurangkan Risiko Panyakit Berjangkit
Item-item yang dicadangkan dalam Penyusuan. Ada Set Basic, Medium dan Premum ya. Pm for details

.

Manakala sumber Vitamin D boleh didapati di dalam Ostematric, iaitu Pil Kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D dan Magnesium untuk bantu penyerapan Kalsium ke tahap yang optimum.

.

Bawang putih atau Garlic Complex merupakan salah satu produk Shaklee yang terkenal dengan fungsi melawan jangkitan kuman dan sangat bermanfaat untuk mereka yang mempunyai masalah keputihan, selalu demam serta selesema. Ia juga turut digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat, mabuk akibat kehamilan dan untuk membuang angin dalam badan.

.

images 1 - Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu. Tingkatkan Sistem Imun :)

.

Ia turut digunakan oleh ibu hamil yang mempunyai masalah darah tinggi dan gastrik serta keputihan.

images 2 - Dijangkiti HFMD dan Penyusuan Susu Ibu. Tingkatkan Sistem Imun :)

.

.

Dapatkan Vitamin Sihat anda

.

Hubungi Mira di talian 010 22 88 151 (klik untuk Whatsapp) atau 012 531 9097 (klik untuk whatsapp Mira) untuk mendapatlan Produk Shaklee yang anda inginkan. Mira merupakan pengguna dan pengedar Shaklee yang sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge