Kepentingan Kalsium dalam Badan : Fungsi Utama Kalsium
Fungsi kalsium dan penyerapannya dalam badan yang paling utama adalah untuk menyokong kesihatan tulang.

Walau bagaimanapun, kalsium juga memainkan peranan penting dalam sistem lain seperti sistem otot, sistem saraf pusat, dan sistem saluran kencing.
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Kalsium, Sistem Saraf dan Sistem Otot Manusia
Otot dan saraf berfungsi bersama-sama dalam penggunaan sumber kalsium.
Tisu saraf menggunakan tenaga kalsium untuk merangsang impuls saraf dan mencetuskan penguncupan otot.

Kontraksi ini menghasilkan pergerakan otot dan membolehkan tubuh menghasilkan tindak balas badan yang normal.
Jantung merupakan organ yang berasaskan otot dan kalsium membantu memastikan jantung berdegup dan berkontrak secara normal.
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Tanda-tanda Kekurangan Kalsium
Sekiranya anda mengalami gangguan otot dan kekejangan otot, badan anda mungkin kekurangan kalsium.
Denyutan jantung yang tidak teratur dan kehilangan ketumpatan tulang juga merupakan kesan daripada tahap kalsium yang rendah dalam darah.
Adalah sangat penting untuk memastikan kalsium diserap secara optimum. Fungsi badan dapat dijalankan sepenuhnya bila segala nutrisi yang diperlukan dibekalkan dengan secukupnya.
Baca lebih lanjut tentang Tanda-tanda Kekurangan Kalsium dalam Badan
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Kekurangan Kalsium punca Osteoporosis
Kalsium yang tidak mencukupi menyumbang kepada risiko osteoporosis.

Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang rendah sepanjang hayat dikaitkan dengan jisim tulang rendah dan kadar kepatahan tulang yang tinggi.
Anda mengalami masalah tulang? Baca lebih lanjut tentang 5 Cara Pemeliharaan dan Penyembuhan Tulang secara semulajadi.
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Kalsium dan Zat Besi Musuh Tradisi?
Pengambilan makanan tambahan kalsium dan zat besi perlu dijarakkan atau perlu dielak untuk diambil bersama.

Ini kerana kalsium boleh menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Oleh itu lebih baik Zat Besi diambil pada waktu pagi dan sumber kalsium diambil sebelum tidur.

Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Sumber Kalsium untuk Badan
Penguraian kalsium berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan di saluran kencing, perpeluhan , dan perubahan tubuh seperti menopause dan kehamilan.

Proses penguraian kalsium sentiasa berlaku dalam badan untuk memastikan otot dan saraf mendapat bekalan kalsium yang secukupnya.
Oleh itu sangat penting untuk memastikan badan sentiasa menerima bekalan kalsium yang secukupnya untuk mengelakkan kalsium diurai dari tulang yang boleh menyababkan tulang menjadi rapuh dan kita terdedah kepada osteoperosis.
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Kalsium dan Keperluan yang Disyorkan
Produk tenusu merupakan sumber kalsium yang sangat baik. Selain produk tenusu, terdapat juga sumber-sumber lain untuk kita mendapatkan sumber kalsium itu sendiri.

Ini adalah sebahagian daripada Data Nutrisi Nasional Departemen Pertanian Amerika Syarikat. Nilai yang diberikan adalah berdasarkan satu cawan bahan makanan dan nutrisinya dinilai berdasarkan unit miligram (mg):
• Jus Orange yang diperkaya dengan Kalsium : 1514 mg
• Benih Bijan: 1404 mg
• Keju Mozzarella Rendah Lemak : 1086 mg
• Biji bijirin Keseluruhan: 1000 mg
• Sardin dengan tulang: 569 mg
• Susu Almond tanpa gula: 516 mg
• Kacang soya matang: 515 mg
• Badam: 457 mg
Terdapat sesetengah orang yang mempunyai alahan terhadap produk tenusu. Mereka dinasihatkan untuk mendapatkan sumber kalsium dari tumbuh-tumbuhan atau supplement.
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Keperluan Kalsium dalam Badan mengikut Umur
Walaupun kalsium dapat diperoleh secara meluas melalui sumber makanan, kekurangan kalsium adalah sesuatu yang sering berlaku di kalangan masyarakat masa kini.
Berikut merupakan keperluan Kalsium mengikut umur.

Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Tingkatkan Penyerapan Kalsium dalam Badan.
Penyerapan kalsium boleh dicapai dengan pengambilan produk yang mengandungi kalsium.
Tetapi proses penyerapan kalsium dapat dipermudahkan dan dipertingkatkan lagi dengan kehadiran Vitamin D.

Antara sumber Kalsium yang sering kita lihat di pasaran adalah Susu dan Jus Orange yang “diperkaya dengan vitamin D.”
Selain mengambil sumber kalsium yang telah diperkayakan dengan Vitamin D, kita juga boleh mendapatkan Vitamin D secara semulajadi.
Sumber vitamin D juga termasuk cahaya matahari, keju, kuning telur, dan ikan yang berlemak.

Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Punca Kalsium tidak Diserap Sepenuhnya
Protein dan Garam yang Tinggi dalam Badan
Walaupun diet yang seimbang membantu penyerapan kalsium, kadar protein dan natrium (garam) yang tinggi dalam diet dapat meningkatkan perkumuhan kalsium melalui buah pinggang.
Jumlah bahan yang berlebihan itu harus dielakkan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai diet kalsium yang rendah.
Intoleransi Laktosa
Intoleransi laktosa juga boleh mengakibatkan kalsium yang tidak mencukupi dalam badan. Mereka yang tidak bertoleransi laktosa tidak mempunyai enzim laktase yang mencukupi.
Enzim laktase diperlukan untuk memecahkan laktosa yang terdapat dalam produk tenusu. Untuk memasukkan produk tenusu dalam diet, makanan tenusu dapat diambil dalam kuantiti yang kecil atau dirawat dengan titisan laktase, atau laktase dapat diambil sebagai pil.
Sesetengah produk susu di pasaran telah pun dirawat dengan laktase.
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Keperluan Supplement Kalsium
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi dalam diet, anda mungkin perlu mengambil supplement kalsium.

Jumlah kalsium yang anda perlukan dari supplement bergantung kepada berapa kalsium yang anda peroleh dari sumber makanan.
Terdapat beberapa sebatian kalsium yang berbeza untuk dipilih, seperti kalsium karbonat, kalsium sitrat dan lain-lain lagi. Semua bentuk utama kalsium tambahan diserap sama baiknya apabila diambil dengan makanan kecuali bagi mereka yang mengalami penyakit gastrousus
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Penyerapan Kalsium
Supplement kalsium lebih baik diserap apabila diambil dalam dos kecil (500 mg atau kurang) beberapa kali sepanjang hari. Kebanyakan individu mendapati suplemen kalsium lebih baik kadar serapannya apabila diambil dengan makanan.
Adalah penting untuk memeriksa label makanan tambahan atau supplement untuk memastikan produk itu memenuhi standard Amerika Syarikat Pharmacopeia (USP).
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Vitamin D Meningkatkan Penyerapan Kalsium
Tubuh memerlukan vitamin D untuk menyerap kalsium. Tanpa vitamin D yang mencukupi, seseorang tidak dapat membentuk hormon calcitriol (dikenali sebagai “vitamin D aktif”).
Kekurangan hormon calcitriol menyebabkan penyerapan kalsium yang tidak mencukupi daripada diet. Apabila ini berlaku, badan akan mendapatkan sumber kalsium dari rangka atau tulang yang kemudian akan melemahkan tulang yang ada dan menghalang pembentukan tulang baru yang kuat.
Anda boleh mendapatkan vitamin D dalam tiga cara iaitu melalui kulit, dari diet, dan dari makanan tambahan.
Baca lebih lanjut tentang Kepentingan Vitamin D kepada Kanak-kanak dan Dewasa
Kepentingan Kalsium dalam Badan :
Ingin mendapat Supplement Kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D dan Magnesium ??
Kehadiran Vitamin D dan Magnesium dapat meningkatkan lagi kadar penyerapan Kalsium dalam badan.

Tawaran untuk mereka yang belum lagi menjadi ahli Shaklee. Beli 3 botol Ostematrix (Supplement Kalsium) pada harga RM185.00 termasuk postage. Berminat ? PM 012 531 9097 atau klik link ini.
Nak jimat lagi ? Beli dengan harga ahli dan dapatkan keahlian Shaklee secara percuma apabila anda membuat belian dengan 200UV ke atas.
Atau beritahu kami masalah kesihatan anda berdasarkan apa yang telah doktor anda maklumkan dan kami akan cadangkan bekalan Vitamin yang sesuai untuk anda.
Rujukan :
- Why Calcium Absorption is More Important Than You Think by BistroMD Health Library
- Calcium and Vitamin D : Important at Every Age by NIH Osteoporosis and Related Bone Diseases National Resource Center
- Treasure Your Bones with Bone-Building Nutrient by Shaklee.com.my