Keperluan Air dan Ibu Menyusu

Keperluan Air dan Ibu Menyusu ni tajuk yang popular di kalangan ahli #ProjekSyoknyaMenyusu. Secara purata orang Dewasa memerlukan 8 gelas air sehari iaitu 1 gelas bersamaan dengan 8 ounce air atau 236.5ml air. Pengambilan 8 gelas sehari hampir menyamai 2L air.

.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu :

Ibu Hamil dan Ibu Menyusu memerlukan lebih air.

.

Ibu Hamil dan Ibu yang menyusukan bayi memerlukan air minuman yang jauh lebih tinggi. Ibu Menyusu dinasihatkan untuk mengambil 32 ounce lebih banyak dari purata pengambilan air oleh dewasa normal.

.

Ini bermakna, Ibu yang menyususkan bayi memerlukan hampir 100ounce air atau hampir bersamaan dengan 3L air sehari. Jumlah yang sama dinasihatkan untuk diambil oleh ibu yang hamil.

.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu :

Faktor yang menentukan keperluan air dalam badan.

.

Setiap individu adalah unik, begitu juga dengan keperluan air untuk setiap individu. Bila kita bincangkan orang dewasa memerlukan hanya 2L air sehari, ia adalah very subjektif kerana keperluan air dalam badan juga bergantung kepada faktor-faktor berikut :

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu :

Aktiviti Senaman atau Aktiviti Fizikal

 

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Mereka yang aktif bersukan memerlukan air yang lebih banyak. Performance Drink antara yang membantu

 

Semasa latihan fizikal, adalah lebih baik mengambil minuman sukan yang mengandung natrium, kerana ini akan membantu menggantikan natrium yang hilang dalam peluh, menyediakan glukosa untuk mengelakkan keletihan dan mengurangkan risiko hiponatraemia, yang boleh mengancam nyawa.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Performance Drink (PD) by Shaklee

 

Cecair dalam badan juga perlu diganti selepas bersenam. Sukan yang berbeza mempunyai cadangan pengambilan cecair tertentu. Adalah sangat penting untuk mematuhi jadual cadangan pengambilan cecair untuk memastikan pengambilan air yang mencukupi sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal.

 

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Atlet Malaysia pun consume PD?? Awesome 😉

.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu :

Suhu Persekitaran

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Suhu persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan keperluan bendalir dalam badan

.

Cuaca panas atau lembap meningkatkan kehilangan cecair dalam badan melalui perpeluhan dan ini mengakibatkan kita perlu mengambil air atau cecair tambahan.

.

Udara yang dipanaskan juga boleh meningkatkan kehilangan cecair melalui perpeluhan dan melalui kulit semasa musim sejuk. Altitud lebih tinggi daripada 2500m boleh mencetuskan peningkatan kencing dan pernafasan yang lebih pantas, yang mungkin juga menyebabkan peningkatan kehilangan bendalir.

.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu :

Tahap Kesihatan Individu

.

Tahap kesihatan seseorang juga menentukan kandungan bendalir yang diperlukan oleh badan. Sebagai contoh, seseorang yang demam terdedah kepada kehilangan bendalir atau air sebanyak 200ml / hari untuk setiap peningkatan dalan Darjah Celcius.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Selalu sakit? Kerap sakit?

 

Muntah-muntah dan cirit-birit juga boleh menyebabkan kehilangan cecair yang tinggi dan ia memerlukan penggantian cecair terancang dan / atau agresif.  Dalam kes ini, minuman gantian yang diambil secara oral menjadi sangat penting untuk mencegah dehidrasi.

.

Keadaan lain seperti jangkitan pundi kencing, batu pada saluran kencing, gout dan sembelit juga memerlukan pengambilan air atau cecair yang lebih. Perlu diingat bahawa tidak semua penyakit memerlukan peningkatan keperluan bendalir dalam badan. (kegagalan jantung, dan beberapa gangguan buah pinggang, hati dan adrenals mungkin memerlukan sekatan dalam pengambilan cecair / bendalir)

.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu :

Fisiologi iaitu Kehamilan atau sedang Menyusukan Bayi

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Ibu Hamil memerlukan air yang lebih daripada dewasa normal

 

Walaupun keperluan air semasa hamil biasanya tidak meningkat dengan ketara, tambahan 1 liter bendalir secara purata, diperlukan semasa laktasi atau penyusuan.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Ibu yang Menyusukan Bayi  / Breastfeeding Mom

 

Institut Perubatan mencadangkan agar wanita mengandung sepatutnya mengambil 2 hingga 4 liter (kira-kira 10 gelas 250ml) cecair setiap hari dan wanita yang menyusu mengambil antara 2.7 liter ke 3 liter cecair tambahan mengikut kadar kehausan (kira-kira 12 gelas 250ml) cecair sehari.

.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu :

Tanda-tanda Dehidrasi

 

Tanda-tanda dan gejala-gejala dehidrasi yang biasa termasuklah :

  • Rasa haus yang berlebihan,
  • Keletihan,
  • Sakit kepala atau Pening kepala
  • Mulut kering,
  • Kurang membuang air kecil
  • Otot menjadi lemah
  • Kulit Kering
  • Sukar buang air besar
  • Rasa tertekan

 

Dehidrasi yang ringan (dirawat dengan betul) jarang mengakibatkan komplikasi, tetapi kes-kes yang lebih teruk boleh mengancam nyawa, terutamanya di kalangan mereka yang sangat muda dan golongan orang tua.

.

.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu :

Tips and Trick untuk galakkan pengambilan Air

 

1. Air adalah cecair terbaik untuk diminum. Hadkan pengambilan diuretik iaitu minuman soda, kopi dan alkohol. Minuman ini boleh mengakibatkan dehidrasi.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Kesan pengambilan minuman berkefein

 

2. Gunaka botol atau gelas yang menarik. (Glass Jars, Lids and Straws)
Peminat Mason Jar ? Gunakan Mason Jar atau sebarang botol yang membuatkan anda rasa lebih seronok atau excited untuk minum.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Mason Jar yang menarik buat kita lebih tertarik untuk minum? Bergantung kepada individu

 

3. Sediakan Air di pagi Hari
Sediakan bekalan air yang diperlukan untuk seharian. Letakkan di satu penjuru atau bag dan pastikan anda habiskan kesemua air tersebut menjelang petang atau malam

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Sediakan siap=siap air yang perlu diminum. Leboh praktikal untuk mereka yang stay at home atau bekerja di pejabat.

 

4. Trick Gelung Getah
Ini lebih sesuai untuk ibu-ibu yang always on the go. Letakkan gelung getah pada botol minuman anda sebagai “reminder” untuk ‘refill’ bekalan air minuman.

Setiap kali anda refill, remove atau keluarkan salah satu gelung getah. Make sure menjelang petang atau malam, tiada lagi gelung getah pada botol minuman anda.

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Gelung getah sebagai reminder berapa kali nak refill air

 

5. Install apps dalam telefon bimbit anda.

Terdapat sesetengah apps yang boleh bantu untuk remind kita untuk stay hydrated through out the day. Dapatkan apps tersebut dan makefull use f it untuk kesihatan badan anda.

 

Keperluan Air dan Ibu Menyusu
Antara apps yang boleh digunakan untuk monitor water intake

.

.

Baca lebih lanjut tentang kesan kekurangan air dalam badan dan kesan ke atas tulang di sini 

 

 

Rujukan

Rujukan pada 5 June 2018 di :

 

  1. https://www.motherrisingbirth.com/2016/04/how-much-water-should-i-drink-while-breastfeeding.html
  2. https://www.health24.com/Diet-and-nutrition/Beverages/Factors-that-influence-water-needs-20120721

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge