Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan ni tak ramai yang ambil kisah. Boleh tak minum kopi atau minuman berkaffein semasa menyusukan bayi? Kene berhenti minum kopi ke kalau mengandung dan menyusukan bayi ? Badan i memang lemah longlai kalau takde kopi doktor  :(. Ini antara soalan dan feedback ibu-ibu menyusu atau ibu hamil berkenaan dengan pengambilan kopi atau minuman berkafein.

 

Apa yang menyebabkan kopi ni jadi sesuatu yang perlu dikurangkan atau kenapa ramai ibu menyusu dan ibu mengandung elak minum kopi? Tak baik untuk baby ke? Mira antara banyak manusia yang telah mengurangkan pengambilan Kopi sejak hamil dan menyusukan baby.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Nutrisi untuk Si Comel

 

Ibu menyusu dan ibu mengandung memerlukan Nutrisi yang seimbang dan melebihi orang normal kerana nutrisi yang diambil bukan sahaja untuk mereka sebagai seorang wanita tetapi untuk bayi yang disusui dan bayi yang dikandungkan.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Nutrisi yang cukup penting bukan sahaja untukbayi tapi untuk kesihatan dan kecantikan ibu

 

Kopi juga memiliki kebaikannya tetapi pengambilan secara berlebihan tidak disarankan dan terdapat impak pada penyerapan nutrisi dalam badan.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Coffee dan minuman berkafein amalan seharian

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Kesan pengambilan minuman berkefein

 

Minuman berkafein adalah sebahagian daripada hidangan sarapan pagi bukan sahaja di US malah di negara Asia. Selain pengambilan kopi atau minuman berkaffein nie, ramai juga yang mengamalkan pengambilan suplemen multivitamin setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin pagi mereka.

 

Tidak ramai yang menyedari bahawa mengambil vitamin atau makanan berkhasiat dengan secawan kopi atau teh boleh mengganggu penyerapan banyak nutrien yang diperlukan oleh badan.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kesan Kafein ke atas Penyerapan Vitamin dan Mineral

 

Pengambilan Kopi atau minuman berkafein bukan memberi impak pada satu atau dua Vitamin sahaja, malah lebih dari tu. Kafein dalam kopi akan mempercepatkan proses pencernaan dengan meningkatkan kontraksi yang memaksa makanan melalui saluran penghadaman anda dengan lebih pantas.

 

Apabila pergerakan ini menjadi lebih cepat, masa untuk penyerapan vitamin dan mineral menjadi lebih pendek dan terdapat risiko vitamin dan mineral tidak dapat diserap oleh badan.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Penyerapan Kalsium

 

Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Pengambilan secawan kopi atau 150 mg kafein, boleh menyebabkan 5 mg kalsium dikumuhkan oleh badan. Kesan ini boleh berlaku walaupun selepas beberapa jam selepas pengambilan kafein.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Sumber Kalsium diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang

 

Satu kajian ke atas wanita menopaus mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 300 mg kafein sehari kehilangan lebih banyak kalsium yang diambil dari tulang mereka. Bukan itu sahaja, kafein juga mampu mengurangkan jumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang dikekalkan oleh tulang.

 

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil kafein pada kadar yang tinggi lebih mudah mengalami patah tulang pinggul dibandingkan dengan mereka yang mengelakkan pengambilan kafein atau minum secara sederhana (1 hingga 2 cawan setiap hari).

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Vitamin D

 

Kafein mampu mengehadkan jumlah Vitamin D yang akan diserap oleh badan. Vitamin D adalah penting dalam penyerapan kalsium dalam badan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang. Kekurangan Vitamin D mampu mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan mengakibatkan peningkatan risiko untuk mengalami osteoporosis.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Sumber Vitamin D untuk tubuh yang sihat

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Zat Besi (Iron)

 

Zat besi atau Iron diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah. Pengambilan minuman berkafein dan makanan yang tinggi zat besi pada masa yang sama boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi sehingga 80%, menurut Nutrition Desk Reference.

 

Pengambilan minuman yang mengandungi kafein perlu dipisahkan atau dijarakkan masa pengambilannya dengan makanan yang tinggi zat besi atau supplement zat besi sekurang-kurangnya satu jam.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Fungsi Vitamin C dalam membantu penyerapan Zat Besi (Iron)

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Vitamin B

 

Pengambilan Kafein boleh meningkatkan pembuangan air kecil. Vitamin larut air, seperti vitamin B dan Vitamin C akan lebih cepat disingkirkan dari tubuh apabila ini berlaku.

 

Di samping itu, kafein yang berlebihan mengganggu metabolisme beberapa vitamin B, seperti thiamine(vitamin B1). Hanya vitamin B12 yang mendapat manfaat dari pengambilan Kafein kerana Kafein merangsang pengeluaran asid perut yang membantu badan menyerap Vitamin B12.

 

Tanin yang terdapat dalam kopi boleh menyebabkan thiamine dalam multivitamin atau Vitamin B Complex berubah menjadi unsur yang sukar diserap oleh badan menurut MedlinePlus. Pengambilan Vitamin C dalam diet mampu mengurangkan masalah ini.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan
Fungsi, Kesan kekurangan dan Sumber Vitamin B

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Kafein dan Vitamin serta Minerals yang lain.

 

Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan copper. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral magnesium, potassium, sodium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu tindakan vitamin A dalam badan.

 

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan :

Anda perlukan Supplement ?

 

Supplement is important especially for mom to be atau nursing mom. Not only that, mereka yang always kepenatan dan sukar nak dapatkan real food yang berkhasiat, memang antara yang wajib amalkan supplement.

 

Kesan Kopi atau Kafein terhadap Nutrisi Pemakanan

 

I was not into supplement previously sebab Mira rasa pemakanan je pun dah cukup tapi i was wrong. Lepas bersalin, satu persatu masalah datang hinggakan jadi tension tau. Kekurangan nutrisi untuk support badan kita antara punca tekanan dan kurang susu badan.

 

Baca kisah Mira dan Supplement Shaklee.

  1. Bagus sangat ke Vitamin Shaklee ni ?
  2. Masalah Kulit Kekeringan hilang lepas amalkan Supplement 
  3. Tekanan Darah Rendah ketika Hamil
  4. Bertenaga dan Susu Melimpah ruah 

 

Jika anda memerlukan sebarang Vitamin untuk jadi lebih sihat dan bertenaga atau atas alasan kesihatan, boleh hubungi Mira ye. Mira merupakan pengguna dan pengedar Vitamin yang berasaskan bahan semulajadi iaitu Shaklee.

 

Nak lebih jimat? Jom jadi ahli Shaklee dan nikmati harga ahli. Ada free gift menanti mereka yang mendapatkan Set Shaklee dari Mira tau. Bukan tu jer, Mira memang buat pembelian melalui Shaklee dan penghantaran barang Shaklee semua melalui Branch Shaklee. So memang ada jaminan untuk setiap Vitamin perjalanan menuju ke Rumah atau Pejabat anda. 🙂

 

Hubungi Mira di talian 012 531 9097 atau klik link ini untuk terus whatsapp Mira yer. Semoga artikel ini bermanfaat terutamanya kepada para ibu di luar sana.

 

 

 

Rujukan :

The Effect of Caffeine on Vitamin Absorption dari fitday.com

Can You Drink Coffee When Taking Multivitamins? dari livestrongs.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge