Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia

HFMD bermaksud Hand Foot and Mouth Disease atau Penyakit Tangan Kaki dan Mulut kini sedang merebak di seluruh Malaysia.

.

Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia
Tanda-tanda anak anda dijangkiti HFMD

 

#hfmd #hfmdawareness #penyakittangankakimulut #berjangkit

.

.

Kes HFMD di Selangor

.

Di Selangor sahaja,hampir 10,000 kes dicatatkan dan menurut Berita Awani, 9,300 Kes HFMD dilaporkan sejak Januari 2018  sehingga pertengahan Julai 2018.

.

Mangsa HFMD di Selangor dari January sehingga pertengahan Julai 2018.

 

Daripada 9,300 kes yang dilaporkan :
  • 8,501 kes HFMD melibatkan kanak-kanak berusia bawah 6 tahun di Selangor (Jan – Mid July 2018)
  • 568 kes HFMD melibatkan kanak-kanak berusia 7 – 12 tahun di Selangor
    (Jan – Mid July 2018)
  • 231 kes HFMD melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di Selangor
    (Jan – Mid July 2018)
 .
Menurut sumber lain, 600 kes direkodkan setiap minggu pada Mei 2018(Minggu ke-15 hingga minggu ke-17) dan kes HFMD yang dicatatkan selepas itu mengalami penurunan kepada 300 kes setiap minggu.
 .
 .

Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia :

Kurangkan Risiko Jangkitan HFMD

.
Terdapat beberapan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko dijangkiti HFMD terutamanya kepada mereka yang mempunyai anak kecil.
.
Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia
Saranan kepada Pihak Pengusaha Pusat Jagaan Kanak-kanak
.

Langkah-langkah Mengurangkan Risiko Jangkitan HFMD

.

Langkah-langkah berikut boleh diambil untuk mengurangkan risiko HFMD dan ia merupakan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :

.

a) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.

b) Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.

c) JANGAN berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu, dan sudu.

d) Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.

e) Basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya, yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak.

f) Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan.

g) Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain.

h) Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, dinasihatkan tidak menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.

.

.

Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia :

Amalan Mencegah Jangkitan HFMD

.

Selain mengamalkan saranan yang diberikan oleh KKM untuk mengurangkan risiko jangkitan HFMD, amalan di bawah boleh diterapkan dalam kehidupan seharian untuk mengawal dan mencegah jangkitan HFMD.

.

.

5 Amalan bagi mengawal dan mencegah jangkitan HFMD

Amalan untuk mengawal dan mencegah HFMD adalah seperti berikut :

 

1. Penjagaan kebersihan diri;

2. Amalan cuci tangan yang betul;

3. Penjagaan kebersihan persekitaran;

4. Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska / tadika / tabika / pra-sekolah dan sekolah; dan

5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.

.

Nasihat dan Saranan KKM mengenai HFMD di Malaysia
Langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit HFMD

 

Ini merupakan saranan yang dikeluarkan oleh KKM untuk rakyat Malaysia. Semoga ia boleh memberi rujukan kepada ibubapa dan penjaga di luar sana.

 

Sumber :
Kenyataan Akhbar KPK 28 Julai 2018 – Situasi Terkini Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge