Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang

Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang

Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang : Cuti-cuti Penang

 

Last week bercuti ke Penang.. Dapat la lepaskan rindu nak makan Pasembor dan Nasi Kandar.. Makan Char Keuh Teow pun dapat… Alhamdulillah…

 

Balik je Klang, tak sampai 2 hari dah rindu nak makan makanan Penang.. First time makan Ayam Kicap with Nasi Kandar.. macam sedap pulak..

 

Anak Mira pun makan dengan bersemangat tau.. die dah la susah nak makan tapi boleh pulak telan Nasi Kandar dengan lauk Ayam Kicap tue..

 

Lagi la bagi Mira semangat nak masak lauk Ayam Masak Kicap Mamak Style nie..

 

Ape lagi, tanye Mr Google la kan..

Cari punyer cari, jumpa Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Haji, Penang Style. Terus save masuk dalam Bookmarks tau..

 

Mira siap cite kat suami yang Mira nak masak Ayam Masak Kicap Mamak Style.. Terus suami gelak besar.. Rindu nak makan Nasi Kandar ke.. Macam tau-tau pulak die..

 

Cakap orang, Encik Suami pun sama.. Balik je terus masuk dapur dan tanye mana lauk ayam masak kicap tu..

 

Aikk.. Die pun tak sabar nak makan ke.. Alhamdulillah… Nasib baik jadi buat.. Kalau tak kempunan pulak..

 

Syukur sangat sebab Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style ni memang menjadi. Mira alter sikit ikut kesesuai selera suami dan MIra sendiri tapi still sedap tau..

 

Mira masak juga Kobis Goreng Mamak Style as well to accompany Ayam Masak Kicap Mamak nie.. Alhamdulillah.. Sedap as well tapi pedas sikit even masuk 1 je Cili Kering..

 

 

Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang : Alhamdulillah sedap menjilat jari…

 

Resepi ni Mira ambil dari blog MamakHaji tau.

 

Kalau ikuti few blog masakan, Mamak Haji nie kira popular and that is one of the reason kenapa Mira pilih resepi nie.

 

Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang : Bahan-Bahan:

 

Bahan A

  • 1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 .
  • 1 tsp Serbuk Kunyit
  • 1 tsp Garam

 

Resepi Asal :

Prepare Bahan A. Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp.

 

Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.

 

Cara Mira :

Mira pun gaulkan garam dan serbuk kunyit as well tapi Mira goreng gunakan Airfryer. Suhu 180C to 200C. 15 minit pertama untuk masak bahagian atas dan after that terbalikkan dan masak lagi another 15 minit.

Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang

Kiranya Mira memang goreng garing terus guna airfryer. Nak sihat, tu sebab guna airfryer.. Tak nak extra minyak masuk dalam ayam nie.

 

Ayam ni mummy dah potong kecik-kecik so Mira layan je la. It is best if ayam ni besar-besar plus skin jangan buang. So bila masak nanti, isi dalam die very soft in the inside bila makan.

 

Even guna Airfryer pun still ada banyak minyak yang keluar dari ayam tu tau. Tapi Mira tak buang kulit tau. Ayam tu masak dengan original minyak dari kulit die. Nak makan nanti pandai-pandai la asingkan yer..

 

Bahan B (Bahan Tumis)

  • 3 kuntum bunga lawang,
  • 1 inci kulit kayu manis,
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang serai yang telah di ketuk.
  • 3 Biji bawang besar (dikisar halus)
  • 2 tsp Pes Bawang Putih dan Halia

 

Penerangan :

Kisaran bawang dengan ratio 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah.

 

Sekiranya anda tidak mahu terlalu berkuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik.

 

Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.

 

Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini.

 

Untuk masakan ini, satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.

 

Bahan C (Bahan Penambah Rasa)

  • 1 tsp serbuk lada hitam.
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos cili.
  • 1 tsp air limau nipis.
  • 1 tsp Jintan manis.
  • 1 tsp Jintan Putih.
  • 1/2 sudu kecil (tsp)serbuk kas-kas ( dikecualikan).
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin).
  • 2 sudu besar (tbsp) rempah kari Daging.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) garam masala.
  • Garam , Gula secukup rasa.

 

 

Penerangan :
Kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin.

 

Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda.

 

Kalau boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.

 

Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang : Cara Penyediaan

 

1. Panaskan minyak, masukkan serai yang telah diketuk, serdehanaka api dapur dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.

 

Apabila naik baunya, masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukkan kisaran bawang sehingga baunya naik.

 

Cara Mira : Mira akan blend kering kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Sebab tak best pula kalau tergigit nanti. Hilang mood makan.

 

So lepas masukkan serai tu get ready bahan kisar tu. Make sure paste bawang putih halia dah tersedia.. sebab bila dah blend, die jadi cepat masak.. tak nak la hangus kan..

 

Then masukkan paste bawang putih halia dan diikuti kisaran bawang.

 

Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang

 

 

2. Masukan semua bahan-bahan C seperti di atas dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak.

 

Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian urat peha ayam mula gelembung dan cuba putus dari tulangnya.

 

Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang

 

Cara Mira : Mira blendkan Jintan as well. Serbuk Cili tu Mira skip sebab dah guna serbuk kari kan.. tak nak pedas sangat pulak nanti. Mira add on Daun Kari dan Cili Hijau. Garam Masala pun tak ada so guna garam biasa jer.. hihihi

 

 

3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya mempunyai kemasinan yang berlainan mengikut pembuat.

 

Sekiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.

 

Cara Mira : Mira add in kicap manis tuk dapatkan lemak kicap tu dan manis dari kicap tu as well. So kurang la gunakan gula. Ada juga yang suke letakkan cili kering as well. So terpulang la yer..

 

4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 sudu kecil . Keluarkan masakan dan hidang dengan taburkan bawang goreng.

 

Hidangan telah sedia. Kanak-kanak amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.

 

Cara Mira : Mira taburkan sekali daun ketumbar.. Wangi skit.. Nak ikutkan nak campak masuk dalam masakan tapi takut rasa jadi lain so buat hiasan dan ambil bau sahaja..

 

Selamat Mencuba yer..

 

3 thoughts on “Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Penang”

  1. Aslmkm.garam masala tu bukan garam ya sis.garam masala tu sejenis serbuk campuran pelbagai rempah/spice mix.

    1. Wasalam.
      Yes Hani. Garam Masala tu campuran few herbs / spices.

      It normally consist of :
      1.Black and white peppercorns.
      2.Cloves.
      3.Cinnamon or cassia bark.
      4.Mace (part of nutmeg)
      5.Black and green cardamom pods.
      6.Bay leaf.
      7.Cumin.
      8.Coriander.

      Nie base on searching Mira yer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge