dalca kambing - Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang

.

dalca kambing - Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Dalca Kambing. Gambar dari Internet.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang. Mira kongsikan hari ini resepi Dalca Kambing yang mendapat pujian Mak Mertua dan Suami. Alhamdulillah Dalca Kambing menjadi dan semua pun enjoy makan.

.

Selain gunakan kambing, boleh juga gantikan dengan ayam untuk mereka yang tidak menggemari kambing.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Dalca Ayam. Gambar dari internet

.

It has been a while since Mira posting related to Recipes and others.Lama pula cuti kali ni. Biasalah, bila suami cuti, isteri pun tumpang sekaki. Hihihi

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Happy Deepavali

.

Tak terlambat lagi rasanya nak ucap Happy Deeepavali kepadasemua yang meraikannya. Semperna dengan Deepavali last week, macam biasa, Mirapun turut busy kat dapur dengan mother-in-law.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Happy Deepavali 2018

.

1st day, masak makanan yang husband request and just tolong-tolong mummy.  Pagi Deepavali memang mummy akan berkongsi juadah dengan jiran kami yang sering juga menghantar lauk terutama di pagi raya.

.

Bukan sehari je sambut Deepavali, Sabtu lepas, hubby ajak kawan terdekat untuk datang merayakanDeepavali selain untuk merapatkan silaturahim.

.

Macam biasa, bila suami cakap nak ajak tetamu datang rumah je, Mira dah ligat fikir nak masak apa. Plan asyik bertukar and end up denganNasi Minyak, Dalca Kambing, Sambal Ayam dan Acar Timun Nenas.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Fikir punyer fikir, at the end, Nasi Minyak, Dalca Kambing, Sambal Ayam dan Acar Timun Nenas jadi pilihan

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Mummy jadi penyelamat

.

It was a relief juga sebab mummy tolong banyak sangat kali ini. Dari bab beli barang hingga during dan after tetamu balik. Nak buat semua bende dengan putera dan puteri ni, memang tak menyempat la.

.

Pagi-pagi lagi mummy dah teman Mira dan pengiring rasmi ni gi cari barang dapur. Bab memasak pun mummy bantu. Nasi Minyak tu memang suami kata minta mummy buatkan so memang tu dah lega dah. Bab yang mummy pakar, Mira memang akan let it be like that.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Let the expert do what they are BEST at and we focus on what we can do better 🙂

.

That’s why Mira jarang sangat masak lauk kari di rumah. During the day itself, mummy juga yang siapkan Acar Timun Nenas while Mira masak Dalca Kambing dan Sambal Ayam.

.

.

Masak dengan putera dan puteri kesayangan

.

Dengar macam senang tapi bila masak bertemankan 2 budakkecik nie yang suka datang menjengah dan menolong, pening juga.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Never be easy but its fun sometimes. Let them learn as much as they can

.

Ada mintadukung, minta nak tengok apa ada dalam kuali, minta nak rasa, minta nak main dan masak sama-sama. Sometimes sampai lupa nak masukkan ingredient dalam lauk.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Cooking together with kids as early exposure and at the same time, encourage them to eat and learn

.

Daddy ada je kat rumah dan dah stand by nak jaga 2 budakkecik ni tapi both of them wajib masuk dapur. Bawang, besen dan sudip semua pun sampai ke hall dorang bawak.

.

Bila ada budak-budak ni, jangan larang sangat apa dorang buat, let them learn as well ? That’s my policy. But safety first 🙂

.

.

Learn from Mistakes.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Learn from experience. From your experience or others.

.

Lesson learned from previous session, Mira perlu sediakan semua bahan and put a side. Kiranya memasak ala-ala masuk tv la. Barang semua dah ada kat tepi. Tinggal tak perlu nak diperkenalkan je.

.

Make sure semua bahan licin sebab kalau ada yang tertinggal, maksudnya ada a yang tak campak dalam kuali.. hihihihi

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Daun pudina penambah wangi Dalca Kambing

.

This time, nasib baik Mira perasan daun pudina yang Mira danmummy over look nak masuk dalam Dalca. Mira yang masak tapi mummy tolong-tolongespecially bila si kecil minta menyusu. Tu yang daun pudina tertinggal ataskitchen top.

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Perkongsian Resepi

.

So for today, Mira nak kongsikan resepi Dalca Kambing yang suami, mak mertua dan tetamu Mira puji bila makan. Kalau nak tahu, Ni kali ke-2buat actually. Alhamdulillah, semua pun suka.

.

1st time Mira buat dulu was 2 years ago. But that time buat Dalca Ayam. Mummy memang suka while daddy langsung tak usik sebab dia kata mana ada orang buat Dalca Ayam. Dalca Kambing ada la. Mira layan jer. Mummy yang cerita daddy tak usik langsung tapi mummy repeat makan 🙂

.

Resepi ni Mira ambil dari internet je pun tapi tuan punyaresepi ni memang terkenal dengan perkongsin resepi masakan nasi kandar. MamakHaji la, sape lagi.

.

Mira dah cuba resepi ayam masak kicap beliau dan memang sedap.Suami pun suka. Boleh dapatkan Resepi Ayam Masak Kicap ala Penang di sini. (klik link ini ya)

.

Selain itu, boleh dapatkan resepi Kobis Goreng Ala Mamak Penang di sini.

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Resepi Dalca Kambing ala Mamak

.

Bahan A  – Kambing /Ayam serta Kacang Dhall

  • ½ kg Kambing (tulang dan isi – boleh gantidengan ayam
  • 150 grm kacang dhall.

.

Cara Penyediaan Bahan A :

.

Cara asal ialah rebuskan tulang kambing dan dhallbersama-sama. Jika direbus menggunakan periuk biasa, masak sehingga 45 minit.Nak senang guna pressure cooker je. Cepat sikit masaknyer. Hihihi. Tak sampai15 minit, daging dah empuk.

.

Mira dah rendam kacang dhall tu semalaman so Mira masak daging dan tulang kambing menggunakan pressure cooker terlebih dahulu. Bila daging dahlembut, Mira masukkan kacang dhall dan masak sekali lagi menggunakan pressurecooker tadi.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang
Dhall India lebih kecil dan lebih gelap berbanding Dhall Australia yang lebih besar

.

Mamak Haji ada advice yang kacang dah ni jangan disimpandalam peti sejuk, nanti kacang dhall tak empuk atau tak masak. Mamak Hajigunakan Kacang Dhall Australia dan Mira pula gunakan campuran kacang dhall India dan kacang dhall Australia.

.

.

Bahan B  –  Penyediaan Rempah

.

  • 1 sudu kecil Jintan Putih
  • 1 sudu kecil Jintan Manis
  • 1 sudu kecil serbuk Kunyit
  • 3 sudu besar serbuk Rempah Daging
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (Mira tak guna)
  • 1 sudu kecil garam masala (Mira tak guna)

.

Cara Penyediaan Bahan B :

Gaulkan semua rempah dan masukkan sedikit air untukmenjadikan ia sebagai pes. Mira tumbukkan Jintan putih dan Jintan Manis sebelummix everything. ?

.

.

Bahan C – Bahan Menumis 1

  • 2 biji Bawang Besar dihiris
  • 1 batang Kayu Manis
  • 5 biji Bunga Cengkih
  • 3 biji Bunga Lawang
  • 5 biji Buah Pelaga
  • 1 batang Serai, diketuk
  • 1 helai Daun Pandan, dipotong 3 inch Panjang
  • 2 tangkai Daun Kari

.

.

Bahan D – Bahan Menumis 2

  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inch Halia

Atau

  • 1 sudu besar Pes Halia Bawang

.

Cara Penyediaan Bahan D

.

Tumbuk halus kedua-dua bawang putih dan halia.

.

.

Bahan E – Penyediaan Sayur-sayuran

.

  • 2 batang Lobak Merah / Carrot (Buang kulit dan potong serong (45 darjah) dalam 5 – 8mm tebal)
  • 2 biji Terung Bulat (Potong lapan dan rendam untuk elak terung menjadi hitam)
  • 5 biji Kentang (Kupas kulit dan potong lapan – rendam untuk elak menjadi lebam)

.

Optional  : PisangMuda atau Mangga Muda (rendam dalam air untuk elak lebam)

.

Mira gunakan 1 batang carrot, 1 biji terung bulat, 2 bijikentang dan kacang Panjang untuk Dalca Kambing kali nie. Kalau nak elaksayur-sayuran ni menjadi lebam, boleh rendamkan seperti yang Mamk Haji advice.

.

Alternatively, potong sayur-sayuran ni kepada saiz yanglebih kecil apabila nak masukkan dalam dalca. Tak la terdedah kepada udara danjadi lebam. Mira tak nak Vitamin B dan C larut dalam air so Mira potong bilaMira nak masukkan dalam Dalca.

.

.

Bahan F – Penambah Rasa dan Penaik Bau

.

  • 100 gram Santan Pekat
  • 2 sudu besar Asam Jawa
  • 2 tangkai Daun Pudina
  • Cili Hijau / Cili Merah

.

.

Resepi Dalca Kambing / Ayam ala Mamak Penang :

Cara Penyediaan Dalca Kambing

.

1. Masak terlebih dahulu kambing dan kacang dhall.

.

Cara asal ialah rebuskan tulang kambing dan dhallbersama-sama. Jika direbus menggunakan periuk, masak sehingga 45 minit. Naklebih cepat dan mudah, boleh gunakan pressure cooker je.

.

Mira dah rendam kacang dhall tu semalaman so Mira masak dagingdan tulang kambing menggunakan pressure cooker terlebih dahulu. Bila daging dahlembut, Mira masukkan kacang dhall dan masak sekali lagi menggunakan pressurecooker tadi.

.

.

2. Panaskan minyak dan tumis Bahan C dan Bahan D.

.

Bila minyak dah panas, masukkan serai, daun pandan, kayumanis, bunga lawing dan buah pelaga. Tumis sehingga naik baud an masukkanhirisan bawang merah. Goreng sehingga bawang merah menjadi keemasan.

.

Masukan pes bawang putih dan halia. Pastikan api tak terlalubesar untuk elakkan pes bawang putih halia menjadi hangus. Masak sehingga pecah minyak.

.

.

3. Masukkan Rempah yang telah disediakan.

.

Rempah atau Bahan B perlu disediakan terlebih dahulu. Gaulkansemua terlebih dahulu. Mira tumbukkan Jintan putih dan Jintan Manis sebelum mixe verything dan menjadi pes. ? Boleh tambahkan sedikit air semasa penyediaan pes.

.

Masukkan pes rempah yang dah disediakan dan kacau sebati.Masak sehingga 1 – 2 minit dan masukkan Daun Kari.

.

.

4. Campurkan tumisan dengan rebusan kambing dan dhall.

.

Campurkan Rebusan Dhall dan Kambing dengan Tumisan Rembah. Jika terlalu pekat, boleh masukkan air atau sehingga mencapai tahap kepekatan dalca yang diinginkan. Kalau suka pekat, pasti air rebusan tu ngam-ngam.

.

Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong ke dalam kuah dalca dan kuatkan api masakan. Masak sehingga kentang empuk.

.

Bila kentang dah cukup masak, boleh masukkan santan pekat dan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula.

.

Bila kuah Dalca mula mendidih, boleh tutup atau matikan api masakan dan masukkan dauh pudina dan tutup periuk. Sedia untuk dihidangkan

.

.

Selamat Mencuba 🙂

.

Rujukan : 

Resepi ini diambil dari website balannambiar.wordpress.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge