Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu ? This was the Menu for yesterday, Cantonese / Kungfu / Hor Fun but with Bihun. Melayan anak bujang makan la kononyer tapi Mira guna bihun since bihun yang available kat rumah.

.

Kuah dan Bihun tu masak asing tau. Banyak cara boleh digunakan untuk sediakan mee dia dan Mira paling suka add Kicap Pekat for the color and kicap cair for some added taste and minyak bijan skit. Ada je yang letakkan kicap pekat je bila sediakan bihun atau kuey teow nie.

 

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu
NI macam yang selalunjumpe kat kedai makan tu.

.

Mira tak guna minyak pun. Masuk je semua dalam non-stick and add in a bit of water. Kata nak hidup lebih sihat so masak pun dengan sihat la kan. Letak minyak bijan a few drops je for the aroma and a bit of taste. Nak dijadikan cerita.. tetiba tetamu datang.. 😲 sebab lunch hour kan so ini je la yang sempat Mira hidangkan.. 😭

.

Minta maaf la.. Cili Potong pun guna cili merah jer.. cili padi dah habis.. 😂 Hope both of you enjoy the meal.

.

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu
Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu. Gambar Hiasan

.

.

Resepi Hor Fun @ Cantonese Kuey Teow @ Kuey Teow Kungfu

.

Bahan untuk Penyediaan Bihun / Kuey Teow

  • Kuey teow / Bihun
  • Kicap Pekat
  • Kicap Cair
  • Minyak Bijan

.

Cara Penyediaan :

  1. Cuci dan toskan Kuey Teow atau Bihun.
  2. Masukkan Kuey Teow atau Bihun ke dalam kuali non-stick. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sedikit minyak bijan.
  3. Gaulkan sehingga rata dan angkat.

 

Ada juga yang sediakan bahagian mee nie dengan gorengkan mee bersama kicap pekat sahaja. Terpulang kepada citarasa masing-masing

.

.

Bahan untuk Penyediaan Kuah / Sos

Mira asingkan bahan tumis dan bahan untuk penambah rasa dan pemekat kuah ya. Boleh sediakan berasingan dan tuangkan je nanti.

 

Bahan A : Bahan Tumis

  • 2 ulas bawang putih diketuk atau dicincang
  • Isi ayam (boneless) dihiris nipis
  • Udang
  • 4 Tangkai Sayur Sawi
  • 2 keping Fish Cake dihiris serong
  • Minyak masak secukupnya

.

Bahan B : Bahan Penambah Rasa

  • Chicken Cube (Mira tak letak)
  • Sos Tiram
  • Kicap Cair
  • Kicap Pekat (untuk gelapkan warna kuah, tak letak pun takpe)
  • Air secukupnya

.

Bahan C : Pemekat Kuah @ Sos

  • Bancuhan Tepung Jagung + Air
  • Telur ( dipukul sikit )

.

Cara Penyediaan :

1. Tumis bawang putih hingga naik bau dan kemudian masukkan hirisan daging ayam. Masak sehingga kekuningan.

.

2. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendidih.

Ada je yang masukkan fish cake, udang, soong serta sawi before masukkan bahan B nie tau. Mira personally prefer masukkan kemudian. Bukan apa, kalau udang dan sotong ni kita masak lama sangat, nanti texture die jadi keras.

.

3. Masukkan udang dan sotong. Kemudian masukkan sayur sawi atau apa je sayur yang korang nak masukkan. Mira selalunya masukkan carrot, broccoli and jagung or anything yang available kat dalam fridge. Hihihihi.. more color, more vitamins and minerals, Tapi jangan masak lama sangat, hilang pula Vitamin dan Mineralnyer..

.

4. Pekatkan kuah dengan memasukkan bahan C pula. Rasa dan bila dah puas hati, leh tutupkan api.

.

Selamat Mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge