Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun

Hot Plate Tofu? Ni antara kegemaran anak bujang Mira. Kalau gi makan kat Strawberry, confirm mesti order. Yang buat die suka tu sebab Tofu atau Tauhu Jepun tu. Kan lembut je bila masuk mulut. Dah biasa panggil Tauhu Jepun so melekat la pulak. Tak tau la mane datang nama nie. hihihi..
.
Mira normally buat goreng sayur bawang dengan tofu nie. Tapi gorengkan dulu bagi garing. Makan macam tu je pun sedap. Ingat lagi dulu mak memang letak tepi kuali sementara tunggu tofu ni masak. Kalau bawak masuk kitchen, confirm lesap.
.
Kat rumah mak, dapur memang kat luar. takde la bau masak tu masuk rumah kan. Wet Kitchen la orang puteh sekarang poanggil.
.
Normally Hot PLate Tofu ni jumpe di Restaurant je kan. Sape ada Hot Plate boleh la buat kat rumah lepas nie. Tak susah mana pun. Sayur-sayuran tu boleh je tukar kepada sayur-sayuran lain. Just need to be creative je 🙂
.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun :

Resepi dan Bahan-bahan untuk Hot Plate Tofu

.

Mira bahagikan kepada Bahan A, B dan C untuk lebih mudah ya. For sure Mira modify sikit cara masakan sebab Mira memang tak berapa suka sayur yang lembik so ada cara aturan masakan yang Mira ubah. Resepi ni pun asalnya bukan dari website Malaysia so mereka gunakan pork. Mira gantikan dengan ayam.

.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun :

Tofu Telur dipotong dan digoreng dahulu

.

Bahan A :

2 – 3 Tiub Tofu Telur
.
.

Cara Penyediaan :

1. Potong bulat-bulat atau memanjang. Jika potong membulat, pastikan saiz dia dalam 1 inch untuk elak die hancur. 

2. Goreng sehingga Golden Brown secara deep fry. Yang ni memang tak boleh guna air fryer. Golden Brown tu nanti tak menjadi .
.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun:

Perapan Ayam Cincang

Bahan B :

Ayam Cincang
Kicap Cair
Garam
Pepper
Minyak Bijan
Tepung Jagung
.
.

Cara Penyediaan :

Satukan semua bahan di atas dalam mangkuk dan biarkan seketika. Agak-agak ye sukatannya. Mira tak beri berapa sudu sebab semua bahan ni bergantung kepada kuantiti ayam cincang atau daging cincang yang digunakan.
.
Perap selama lebih kurang 10 minit. Sempat la goreng Tofu sehingga kekuningan.
.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun :

Sos Hot Plate Tofu

.

Sediakan sos ni lepas dah siapkan perapan ayam dan lepas goreng tofu yer.

.

Bahan C :

Minyak Masak
Bawang Putih (cincang)
Halia (cincang)
Udang
Cendawan Butang (hiris)
Carrot (hiris)
Sos Tiram
Kicap Cair
Sedikit Air
Gula
Garam
Pepper
.
.

Cara Penyediaan :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis halia dan bawang putih sehingga kekuningan.
 
2. Masukkan Bahan B yang dah marinate selama 10minit tadi. Kacau rata dan masak sehingga half cooked.
 
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, sedikit cili jika nak pedas dan sedikit air. Air boleh masukkan sehingga semua bahan dalam kuali tenggelam sedikit dan renehkan. Boleh je kalau nak bancuh dulu dan masukkan, tapi Mira memang jenis yang suka campak-campak terus masuk kuali. hihihi..
 
4.Bila agak-agak semua bahan dah mereneh dan ayam dah cukup masak, boleh masukkan udang, gula, garam, pepper, cendawan butang, carrot dan tepung jagung yg telah dilarutkan dgn air. 
Kalau ikut resepi asal, sayur dimasukkan terlebih dahulu bersama-sama udang sebelum sos. Boleh je masuk dulu seperti resepi asal tapi nanti sayur akan jadi terlalu lembut dan kemungkinan besar nutrient dalam sayur dah hilang. Lagi pun udang kalau masak lama sangat nanti jadi keras.
Mira tak masukkan pun udang coz  kalau ikut sunnah, tak baik campurkan makanan bersumberkan darat dan laut dalam satu masakan. Tapi ini ikut suka tukang masak la yer.
Dalam resepi asal ada dimasukkan Wine atau arak. Boleh skip atau gantikan dengan sedikit cuka ya. Ikut citarasa masing-masing.
 
5. Panaskan hot plate dgn sedikit minyak. Masukkan 2 biji telur dan ratakan. Masukkan tofu yang kita dah goreng mula-mula tadi dan tuangkan kuah. Hiris daun bawang dan taburkan. Taadaaaaa.. dah siap.
.
.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun :

Perlukan any supplement untuk kesihatan ?

.
Anda perlukan any supplement untuk kekalkan tahap kesihatan atau ingin jadi lebih sihat ? Boleh hubungi MIra ye. Mira ni pengguna dan pengedar Shaklee. Nak jimat lagi, boleh daftar sebagai ahli dengan Mira dan beli pada harga yang lebih jimat. Daat Free Gift lagi.
.
Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun
Produk untuk Kesihatan Terbaik. Boleh pm Mira untuk Set Basic, Medium dan Premium ya.

.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun
Produk untuk Kesihatan Jantung. Boleh pm Mira untuk Set Basic, Medium dan Premium ya.

.

Resepi Hot Plate Tofu @ Tauhu Jepun
Produk untuk jadi Slim secara sihat. Ada agen pembakar, agen detox, agen untuk membina dan untuk kekalkan tenaga. Boleh pm Mira untuk Set Basic, Medium dan Premium ya.

 

Boleh hubungi Mira di talian 012 531 9097 (klik pada link ini untuk terus Whatsapp Mira yer)

 
#tofu #hotplate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge