Resepi Ikan Steam Limau ala Thai

Resepi Ikan Steam Limau ala Thai

Resepi Ikan Steam Limau ala Thai :

Bila fridge dah tak ada barang..

 

Fridge dah kehabisan sayur-sayuran.. Penting sayur nie.. Sumber Vitamin dan anti-oksida.. Chhee waahhhh.. jadi baik la pulak..

 

Resepi Ikan Steam Limau ala Thai

 

Memang la sumber Vitamin dan antioksida tapi kalau masak pun sampai sayur jadi layu, memang ke laut la Antioksida tu kan..

 

Fridge dah kosong sebab dah seminggu tak ke pasar.. Tapi, bukan Mira pun yang pergi pasar.. Daddy yang pergi.. Mira pergi pasaraya je ngan suami.. hihihihi..

 

Resepi Ikan Steam Limau ala Thai

 

Dalam rumah nie memang tradisi dari ayah daddy lagi, memang guys yang kene gi pasar.. Mira memang suke ke pasar tapi tengok la nanti, semua pun nak beli.. Lagi pun dengan anak kecil, memang pasaraya je la yang paling convenient untuk Mira dan suami..

 

Tapi suami I pandai beli ayam tau.. Sebab die memang always buat charity bagi ayam.. So 1st knowledge shopping barang basah yang Mira ajar kat suami ialah macam mana nak pilih ayam.. Before kahwin pun dah ajar..

 

Resepi Ikan Steam Limau ala Thai

 

 

Resepi Ikan Steam Limau ala Thai :

Bahan – bahan yang diperlukan

 

Resepi ni pun dikenali sebagai PRIK KEE NOO agaknye sebab Tuan Empunya resepi ni siap tulis perkataan nie.. Mira macam biasa tanya En Google je bab-bab resepi nie..

 

Bahan-bahan resepi asal :

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 biji bwg holland
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 biji cili padi
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 sudu sos ikan
  • 1 cawan jus limau nipis
  • 1 sudu gula
  • Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

 

Mira ni nak kata tak pandai masak, tak leh jugak.. Nak kata pandai masak pun tak boleh.. tapi ada la experience memasak ikan stim ni kat rumah mak dulu..

 

Masa tu guna resepi Wan Busu Robiah.. Nie Nenek sedara Mira tau.. Adik nenek Mira yang bongsu, from Singapore.. Memang Wan pandai masak tau.. Actually Wan ni Mak Susuan Mira as well.. so boleh je Mira panggil Mama macam Abang Susuan Mira panggil..

 

Sebab pernah ada experience buat ikan steam, so Mira olah sikit resepi nie..

 

Bahan-bahan yang terlibat lepas kene olah..

 

  • 1 ekor ikan (Mira guna Bawal Emas sebab nie je yang ada)
  • 4 ulas bwg putih -> Ketuk dan Cincang
  • 1 biji bwg holland -> Dadu
  • 1/2 Cili Merah -> Cincang
  • 1/2 Cili Hijau -> Cincang
  • 2 inci halia -> Sagat halus sebab Mira tak suka tergigit halia
  • 2 batang serai -> Hiris
  • 3 sudu sos ikan
  • 1 sudu Sos Tiram
  • 1 sudu Kicap Cair
  • 1/2 cawan jus limau nipis @ 3 biji Limau Nipis
  • 1 sudu gula
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 Biji Tomato -> Dadu
  • Carrot ikut suka

 

See.. ada item yang dikurangkan.. dan ada yang ditambah.. 🙂

 

Resepi Ikan Steam Limau ala Thai :

Cara Penyediaan

 

Cara-cara :

1. Bersihkan ikan. Kelar ikan supaya sos meresap. This is true.. 1st time Mira buat macam nie..

2. Cincang apa yang perlu dicincang.. and Dadu ape yang perlu didadu.. Mira potong dadu sebab senang nak makan nanti.

 

3. Prepare semua sos. Perah air limau. Mix dengan sos ikan, sos tiram, kicap cair, dan gula. Mix well.

 

4. Prepare mangkuk untuk kukus ikan. Taburkan halia dan bawang putih then letak ikan atas taburan tadi tue..

 

Masukkan serai yg telah diketuk atau hiris ke dalam perut ikan and Mira letak kat luar ikan as well.

 

5. Taburkan balance bawang putih dan halia tadi di atas ikan dan sumbat sikit dalam perut ikan.

 

6. Then main tabur-tabur bawang, tomato dan carrot. Nak masuk dalam perut ikan pun boleh. Then taburkan cili hijau dan cili merah. Nie nak buat cantik.

 

Rumah nie tak masak pedas-pedas sangat, nanti tak habis pulak. Mira sorang je makan nanti. Thats why guna cili biase je.. kalau suka pedas boleh masukkan Cili Api tau.

 

7. Tuang je sos yang kita dah bancuh tadi.. atas ikan and atas bahan-bahan yang lain.

 

8. Masukkan ikan dalam pengukus. Mira tak la tunggu air menggelegak baru letak ikan.. At least dah nampak asap-asap tu, dah boleh letak. Kalau tunggu menggelegak, takut tangan sakit pulak kene wap.

 

Tutup dan masak 12 – 15 minit. Oh ya.. 5 minit before angkat tu, buka tutup pengukus dan masukkan daun ketumbar. Kalau malas, before start kukus, dah leh letak dah.. 🙂

 

Selamat Menjamu selera. Sedap tau. Cuba la.. Rasa macam ikan kukus makan kat kedai tapi extra sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge