Resepi Kobis Goreng Ala Mamak

Previously Mira dah share tapi Resepi Kobis goreng dengan 3 cara yang berbeza iaitu masak dengan kicap air , goreng ala kampung dan goreng mamak style. Hari ni kita fokus resepi Kobis Goreng Mamak Style je k.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak : Kobis Goreng Mamak Style

Weekend again and today macam blank sikit nak masak apa. Breakfast simple je today, roti bakar for all. Buat bila nak makan. Masuk toaster je la yer.. hihihi pastu sapu butter atau kaya.

.

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak : Selangor Tak Ada Air ?

.

Selangor ni gangguan air tu biasa tapi that was last year la. Tahun ni macam kurang sikit. Sebab tukar kerajaan ke? Tak sure. Hopefully will be getting better very soon.

.

Last Friday suami kata air takde dari 9 malam hingga 1 pagi. Ape lagi, mummy (MIL) pun tadah la air siap-siap walaupun kejap je tempoh masanya. End up, air tetap ada. Takpe la, sebab dah tadah, air boleh guna untuk masuk washer machine je nanti.

.

Tiba-tiba tak ada air

Pagi nie, Mira turun je bawah dan inform mummy air tak ada. Mummy terus senyum dan cakap, “i dah simpan dah ayam. Ingat nak buat kari ayam tapi air tak ada. So hari ni cuti masak”.

.

.

Cancel Cuti Masak

.

Tak sampai 2 jam, air dah ada balik. Tak sure la berapa lama air takde. So mummy teruskan niat buat kari ayam dan request Mira buat Kobis Goreng Mamak. Baru 2 hari lepas MIra buat and today mummy request lagi.

.

Request Goreng Kobis Mamak Style

.

Last 2 days Mira yang offer gorengkan kobis since kobis ada 2 biji kat rumah dan hari Jumaat merupakan Vegetarian day for my parents in law.

.

Tapi kali ni mummy minta goreng sayur tu sampai lembut sebab daddy sakit gigi. Daddy yang suka kobis goreng mamak ni actually. So Mira pun buat la. Today Mira share sekali lagi resepi ni.

.

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak : Resepi Kobis Goreng Mamak

.

Bahan-bahan yang diperlukan

.

Bahan Utama

Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg

.

Catatan dari Mamak Haji
Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).

.

.

Bahan Menumis

Bahan menumis ni Mira bahagikan kepada 2 bahagian yang berbeza. 

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak

.

.

Bahan Menumis A :

.

3-4 sudu minyak masak.

1/2 sudu halba campur (kalau suka)

3 ulas bawang putih dihiris halus.

1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.

3-4 cili kering.

3 dahan daun kari.

1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.

.

Bahan Menumis B :

.

1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.

1 sudu kecil (tsp) jintan putih.

1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.

1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).

2 biji cili hijau.

1 batang karot di potong halus untuk hiasan.

1 sudu kecil gula pasir.

.

.

Bahan Tambahan sebagai hiasan

Hirisan cili muda atau cili merah

Hirisan karot.

Daun Ketumbar (corriander)

.

.

Cara Penyediaan

Cara penyediaan ni as per describe by Haji Mamak tau.

.

.

Tumis Bahan A

.

1. Masukkan minyak masak dalam kuali dan apabila minyak panas, masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletop, masukkan segera bawang putih yang telah dihiris halus.

.

Apabila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan bawang hiris dan juga cili kering dan juga daun kari.

.

Perhatikan bawang tadi, bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, masukkan segera pes bawang putih halia

.

Catatan Mamak Haji :
Ini kena lakukan dengan cepat, (masukkan pes bawang putih halia) sekiranya minyak terlalu panas, masukan satu sudu lagi minyak baru dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali.

.

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
Bahan Tumis A yang ditumis terlebih dahulu

.

.

Masukkan Bahan Tumis B dan Sayur

.

2. Masukan serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih, gula tetapi jangan masukan garam dahulu. Goreng sehingga pecah minyak .

.

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
Masukkan bahan tumis B ke dalam bahan tumisan A

.

Bila minyak mula timbul, masukan sayur kobis. Keraskan api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit.

.

Sederhanakan api dapur dan tutup gorengan dengan tudung. Jangan biarkan terlalu kering dan hingga hangus. Yang selamat masukkan 1 cawan air.

.

.

3. Masakan sayur Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.

.

.

4. Buka tudung, masukkan garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai).

.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
Sayur KObis goreng ala mamak style

.

5. Masukkan hirisan cili muda (atau merah) dan hirisan hiasan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan daun rempah (corriander) di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.

.

.


Rujukan

balannambiar.wordpress.com

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style

 

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style ni Mira try pun lepas kahwin. Gara-gara baru balik Penang dan teringin nak makan Masak Kicap Penang style, terus search kobis goreng mamak as well.

.

Ada banyak cara untuk masak sayur kobis goreng

.

Menggoreng kobis ni antara masakan basic yang Mira rasa semua orang pun pandai. Base on my own experience, ada banyak cara nak masak kobis nie. Menggoreng kobis sendiri dah bermacam-macam style yang available, nie kan pula jika dibuat masak air.

.

Normally sayur kobis ni mak Mira akan goreng dengan kicap cair, tak pun dengan udang kering tapi kalau nak style kampung sikit, goreng dengan tumbukan bawang dan ikan bilis. Mira kongsikan resepinya walaupun rasanya ramai yang dah tahu,

.

.

Resepi Kobis Goreng Kicap Cair dengan Udang Kering

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style
Kobis Goreng Udang Kering dengan Kicap Cair

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Kobis yang dihiris nipis
  • Bawang Putih – hiris atau cincang
  • Udang Kering – boleh lumatkan sikit kalau besar sangat
  • Kicap Cair
  • Cili Merah – dihiris
  • Sedikit Minyak
  • Minyak bijan – untuk aroma jika suka

 

Cara Penyediaan  :

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering, cili merah dan kicap cair dan kacau rata.
  2. Masukkan kobis yang telah dihiris dan gaulkan lagi. Tak perlu masak sehingga sayur jadi terlalu layu. Lebih sedap jika dimakan rangup.

.

.

Resepi Kobis Goreng ala Kampung

.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Kobis yang dihiris nipis
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Ikan Bilis / Udang Kering
  • Cili Merah atau Cili Padi
  • Sedikit Minyak
  • Garam atau Sos Ikan “Squid”
  • Lada putih atau lada hitam

.

Cara Penyediaan  :

  1. Tumbuk atau lumatkan bawang putih, bawang merah, cili dan ikan bilis. Nak lebih menyengat, boleh gunakan cili padi.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dah dilumatkan tadi sehingga wangi dan masukan garam atau sos ikan bersama-sama dengan lada hitam. Lada hitam lebih kuat rasanya dibandingkan dengan lada putih / lada sula.
  3. Masukkan sayur kobis yang dah dicuci dan dihiris. Gaul sehingga rata dan tutupkan api.

.

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style
Kobis Goreng Mamak Style

 

Hari ni selain 2 Resepi Kobis Goreng di atas, Mira kongsikan resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style. Empunyanya Resepi ialah Mamak Haji dan resepi ni Mira ambil dari blog Mamak Haji sendiri. Mira dah cuba few times dan memang menjadi.

.

Mak mertua pun puji bau kobis ni harum semerbak dan  rasa pun sedap. Kobis mamak style ni ambil masa lebih sikit untuk sediakan as kita perlu goreng sayur ni sehingga layu dan lembut. Itu cara Mamak Haji ajar tau. Itu juga perbezaan antara kobis goreng mamak dengan kobis goreng cara lain.

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style :

Bahan-bahan yang diperlukan

 

Bahan Utama :

Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg.

 

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style
Kobis

.

Catatan dari Mamak Haji
Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).

.

.

Bahan Menumis A :

  • 3-4 sudu minyak masak.
  • 1/2 sudu halba campur (kalau suka)
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 3-4 cili kering.
  • 3 dahan daun kari.
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.

.

Bahan Menumis B :

  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  • 1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).
  • 2 biji cili hijau.
  • 1 batang karot di potong halus untuk hiasan.
  • 1 sudu kecil gula pasir.

.

Bahan Tambahan sebagai hiasan :

  • Hirisan cili muda atau cili merah
  • Hirisan karot.
  • Daun Ketumbar (corriander)

.

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style

Cara Penyediaan :

 

1. Masukkan minyak masak dalam kuali dan apabila minyak panas, masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletop, masukkan segera bawang putih yang telah dihiris halus. Apabila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan bawang hiris dan juga cili kering dan juga daun kari.

.

Perhatikan bawang tadi, bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, masukkan segera pes bawang putih halia

.

Catatan Mamak Haji :
Ini kena lakukan dengan cepat, (masukkan pes bawang putih halia) sekiranya minyak terlalu panas, masukan satu sudu lagi minyak baru dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali.

.

2. Masukan serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih, gula tetapi jangan masukan garam dahulu. Goreng sehingga pecah minyak .

.

Bila minyak mula timbul, masukan sayur kobis. Keraskan api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit. Sederhanakan api dapur dan tutup gorengan dengan tudung. Jangan biarkan terlalu kering dan hingga hangus. Yang selamat masukkan 1 cawan air.

 

3. Masakan sayur Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.

 

4. Buka tudung, masukkan garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai).

 

5. Masukkan hirisan cili muda (atau merah) dan hirisan hiasan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan daun rempah (corriander) di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.

.

.

Resepi Kobis Goreng ala Mamak, aka Fried Cabbage Mamak Style :

Rujukan

 

https://www.google.com/amp/s/balannambiar.wordpress.com/2011/10/12/resepi-sayur-1-kobis-goreng-mamak-penang/amp/