Vitamin yang diperlukan oleh Ibu Hamil / Ibu Mengandung dan kepentingannya adalah topik hari ini. Setiap ibu mengandung atau hamil wajib ambil tahu dan ambil kisah.
.
Normally masa mengandung ni tak kira la pergi klinik kerajaan atau swasta, memang doktor atau gyne akan recommend dan bekalkan certain Vitamin dan Mineral yang ibu-ibu hamil perlu amalkan sepanjang tempoh kehamilan.

.
.
Tak ambil kisah kepentingan Vitamin kepada badan masa mengandung
.
Selalu skip ambil Vitamin
.
Penting sangat ke dan apa jadi kalau Vitamin dan Mineral ni tak cukup dalam badan ibu ? Actually Mira ni antara ibu-ibu yang tak ambil tahu sangat tentang kepentingan Vitamin dan Mineral semasa mengandung dulu. Asid Folik tu kekadang seminggu tak ambil, pil kalsium lagi la. Disebabkan saiznyer yang gedabak, Mira cenderung untuk muntahkan semula dan skip terus.
.

Mungkin kerana Mira normally check di hospital swasta so takde la kene marah atau kene sound dengan doktor kan. Selalu je dengar cerita yang ibu-ibu kene sound sebab darah tinggi kandungan gula sampai kene minum air gula semua. Mira memang tak pernah rasa pun air gula macam mana.
.
Masalah kesihatan dari sebelum kahwin
.
Tapi kalau Mira pergi klinik kerajaan ni satu bende yang confirm doktor akan detect ialah, HB low. Before kahwin pun selalu kene tekanan darah rendah, kalau mengandung ni jangan cakap la kan. Even di hospital swasta pun doktor selalu tekankan untuk ambil Obimin. Siap doktor upgrade obimin tu kepada obimin pluz lagi.
.
.
Vitamin yang diperlukan oleh Ibu Hamil / Ibu Mengandung dan Kepentingannya :
Akibat tak ambil kisah tentang keperluan Vitamin dan Mineral semasa Mengandung
.
Baby lahir kurang berat badan
Mira dah 2 kali bersalin dan both delivery Alhamdulillah, secara Normal. My first baby was a boy dan lahir kurang 2.5kg manakala si adik pulak lahir lebih sikit dari abang which is 2.6kg. Both pregnancies end up baby lahir awal dari sepatutnya dan saiz kecil.

.
.
Baby lahir lebih awal dari due date
.
Abang lahir disebabkan air ketuban pecah pada week 36, manakala adik pula lahir lebih awal. Adik hampir-hampir lahir pra-matang dan doktor berjaya stopkan kelahiran tu dan delay it for 2 weeks. Mira kene tahan wad for few days sebab doktor tak nak Mira gerak banyak sangat.
.

Not only that, special medication was given to stop delivery process walaupun bukaan dah 2cm waktu tu. Doktor kata, it is not safe for the baby to come out as baby was not fully developed. Silap Mira ialah Mira silap kiraan pregnancy weeks.
.
Alhamdulillah baby lahir dalam keadaan cukup sifat dan sihat walaupun kurang berat badan dan lahir awal dari sepatutnya.
.
.
Selalu sakit-sakit badan lepas bersalin
.
Mira memang tak duduk dengan mak masa bersalin sebab kami suami isteri tak nak menyusahkan parents Mira. Mak dulu pun dah pesan, lepas kahwin jangan susahkan dia so bende-bende macam ni memang senang melekat dalam kepala Mira as Mira ni spesies yang a bit sensative even bila orang just melawak ngan Mira.
.

Pendekkan cerita, antara yang Mira alami lepas bersalin ialah :
- Kebas kedua belah tangan, kiri dan kanan.
- Kedua-dua tangan selalu rasa berbisa especially bila kene air sejuk atau terpegang bende sejuk.
- Sakit pinggang yang berpanjangan sampai susah nak gerak dan berjalan lepas mandikan baby.
- Tapak kaki kebas-kebas dan sakit
- Cepat naik angin atau emo
.
Boleh baca apa Mira lalui selepas bersalin dan bagaimana Shaklee membantu Mira. (klik di sini) Kalau nak tahu, Mira kenal Shaklee sebulan sebelum Mira lahirkan anak ke-2. Kisah ni antara kisah bagaimana Mira jatuh hati dengan Shaklee.
Ni pun Mira ceritakan pengalaman Mira dengan Vitamin Shaklee (klik sini) -> Bagus sangat ke Vitamin Shaklee nie?
.
.
Vitamin yang diperlukan oleh Ibu Hamil / Ibu Mengandung dan Kepentingannya :
Mengapa Nutrisi penting semasa kehamilan ?
Hari ni Mira kongsikan sharing dari Nutritionist Shaklee sendiri tentang kepentingan Nutrisi atau kita selalu panggil Vitamin. Ibu-ibu mengandung kene jaga pemakanan elok-elok untuk pastikan baby dan ibu selalu sihat.
1. Protein
.
Protein merupakan mikronutrient yang diperlukan dalam kuantiti yang besar oleh badan. Ia membekalkan Tenaga untuk kecergasan sepanjang hari. Protein yang terdiri daripada Asid Amino adalah blok binaan asas sel.
.

Ia membina sel-sel baru dan membantu dalam perkembangan pesat sel bayi. Bila protein cukup dan lengkap, bayi akan membesar dengan lebih sihat dan ibu akan perolehi tenaga.
.
.
Keistimewaan Protein berbanding karbohidrat dan lemak
.
Beza tenaga dari Protein berbanding karbohidrat dan lemak, ialah protein tak bertukar kepada gula semasa ia diurai oleh badan. Selain itu, Protein sangat banyak kegunaan dalam badan dan setiap sel memerlukannya (kuku, rambut, hormon dan lain-lain).
Pengambilan sumber protein yang sihat akan menghasilkan badan yang lebih sihat. Antara sumber protein sihat yang ibu-ibu hamil dan menyusu boleh amalkan adalah ESP.
.

.
.
2. Asid Folik
.
Folat merupakan salah satu komponent dalam Vit B Complex yang juga merupakan sejenis vitamin dikenali sebagai Vitamin B9. Asid Folik atau folat diperlukan untuk pembentukan tiub neural bayi anda, yang kemudiannya membentuk tulang belakang dan otak.
.
Kekurangan folat boleh menyebabkan risiko kecacatan tiub nueral berlaku. Waktu kritikal asid folik diperlukan oleh badan ialah pada hari ke-15 dan ke-27 hari selepas persenyawaan. Ambil folik asid sebelum hamil merupakan antara nasihat para gyne kepada wanita yang ingin hamil.
.
Folat (vitamin B9) adalah nutrien penting yang diperlukan untuk replikasi DNA dan sebagai substrat untuk pelbagai reaksi enzim yang terlibat dalam sintesis asid amino dan metabolisme vitamin. Keperluan folat semasa kehamilan meningkat kerana ia juga diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan folat telah dikaitkan dengan keabnormalan kedua-dua ibu (anemia, neuropati periferal) dan janin (keabnormalan kongenital).
.

Nak tahu kepentingan Asid Folik atau folat dengan lebih lanjut untuk ibu yang ingin hamil dan ibu hamil ? Boleh baca di sini
.
.
3. Zat Besi aka “Iron”
.
Apabil hamil, ibu memerlukan kira-kira dua kali ganda jumlah zat besi (iron) kerana tubuh menggunakan zat besi untuk mengahasilkan lebih banyak darah untuk bayi dalam kandungan. Namun, kira-kira 50% wanita hamil tidak mendapatkan zat besi yang secukupnya. Makan makanan yang kaya dengan zat besi dan mengambil zat besi tambahan membantu mengekalkan tahap besi anda.

Selain menghasilkan darah tambahan (hemoglobin) untuk ibu dan bayi semasa mengandung, zat besi juga membantu menggerakkan oksigen dari paru-paru ke seluruh badan ibu dan kepada bayi.
.
Mendapatkan zat besi yang cukup dapat mengelakkan berlakunya kejadian di mana sel darah merah menjadi terlalu sedikit yang boleh menyebabkan ibu mengandung mudah letih (anemia atau kekurangan zat besi). Ibu yang mengalami anemia berisiko melahirkan bayi dengan saiz yang terlalu kecil atau terlalu awal.

.
.
4. Vitamin C
Vitamin yang larut air yang memang terkenal dengan fungsinya ini membantu meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik (folat) dalam sel darah.Kedua-dua ibu hamil dan bayi memerlukan vitamin C setiap hari kerana ia perlu untuk menghasilkan kolagen, struktur protein yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang, dan kulit.
.

Bayi yang sedang membesar memerlukan Vitamin C untuk pembesaran bayi terutama di bahagian sendi manakala ibu hamil memerlukan Vitamin C sebagai bahan asas untuk sistem imunisasi.
.

Berdasarkan kajian, sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.
.
Vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah penting untuk pembaikan tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan kulit yang sihat. Vitamin C membantu tubuh melawan jangkitan dan bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas.
.
.
5. Kalsium
Kalsium merupakan sejenis mineral yg penting. Bayi dalam kandungan yang sedang berkembang memerlukan kalsium untuk menghasilkan tulang dan gigi yang kuat, penghasilan jantung yang sihat, sistem saraf dan otot.
.

.
Sekiranya ibu tidak mempunyai kalsium yang mencukupi semasa mengandung, bayi akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Ini mampu menjejaskan kesihatan ibu di kemudian hari seperti contoh risiko osteoporosis.
.

.
Wanita mempunyai risiko osteoporosis yang lebih tinggi berbanding lelaki kerana :
1. Wanita hamil sering kehilangan sumber kalsium semasa hamil atau menyusukan anak
2. Bila meningkat usia, hormon estrogen semakin menurun menyebabkan kepadatan tulang menurun
.

.
6. Omega 3 (DHA)
.
Omega 3 adalah asid lemak yang penting untuk kesihatan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh manusia. Asid lemak Omega 3 terdiri daripada beberapa komponen utama dan antaranya ialah EPA dan DHA.
.

Mengikut kajian, EPA menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan manakala DHA menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat. Ini adalah antara sebab mengapa ia penting untuk wanita hamil dan menyusu.
.
Kajian ke atas ibu hamil menunjukkan, sel otak akan mengecut ketika kehamilan therefore ibu jadi mudah lupa. Pengambilan Omega 3 mampu memelihara sel otak ibu. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA telah menunjukkan ia mampu mencegah kelahiran pra-matang, mengurangkan risiko preeklampsia, dan boleh meningkatkan berat badan bayi yang bakal dilahirkan.
.

Kekurangan Omega 3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa gangguan mood postpartum menjadi lebih teruk dan bermula lebih awal dengan kehamilan berikutnya.
.
.
Vitamin yang diperlukan oleh Ibu Hamil / Ibu Mengandung dan Kepentingannya :
Keperluan Vitamin dan Mineral unutk Ibu Hamil / Mengandung
Jika kita lihat semula kepada keperluan harian ibu hamil / ibu mengandung ni, kesemua element di atas disamping mineral penting lain ada di dalam Set Mengandung Shaklee.
.

.
Kalau kita tengok dalam senarai produk di atas memang banyak item yang terlibat tapi semua bergantung kepada keperluan ibu dan budget ibu. Ibu boleh pilih nak beli secara loose mengikut masalah yang dihadapi atau beli mengikut Set Basic, Medium atau Set Premium.
Boleh pm Mira untuk dapatkan more details (klik sini) on Set atau item yang terbaik untuk masalah yang sedang dihadapi. Tapi untuk Set Hamil yang normally ibu-ibu hamil amalkan adalah seperti berikut :

.
.
Hubungi Mira untuk dapatkan Vitamin anda
Anda berminat nak dapatkan sebarang Vitamin di atas untuk kesihatan yang lebih baik ? Sebenarnya Vitamin ni semua boleh diamalkan sejak sebelum kahwin atau sebelum mengandung lagi tau.
.
Jika anda nak tahu lebih lanjut lagi, boleh contact Mira di 012 531 9097 (klik pada nombor untuk terus Whatsapp Mira ya). Mira merupakan Agen Shaklee yang sah, Pengguna dan Pengedar as well. Semua paroduk Shaklee adalah direct dari Warehouse Shaklee dan boleh dihantar terus ke rumah atau pejabat anda.
.
Prefer COD ? Mira terima COD di sekitar area Bandar Puteri, Klang. Boleh hubungi MIra untuk tempah produk anda dan once barang dah sampai, Mira akan deliver kepada anda. 🙂 Hubungi Mira di talian 012 531 9097 atau klik sini untuk Whatsapp Mira terus ya.
.
Antara masalah ibu hamil ialah GDM atau Kencing Manis semasa Hamil. Ini antara yang ibu perlu tahu (klik)
Anda sedang usaha untuk hamil ? Mungkin boleh amalkan 3 tips ini (klik sini)
012 531 9097
Rujukan :
- Nota Kelas “Nutrisi ketika Hamil, Berpantang & Penyusuan” by Shaklee’s Nutritionist
- https://www.babycenter.com/
- http://americanpregnancy.org/
- https://www.webmd.com/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/